kalau makan luar (siri 2)..

(note - ni adalah kesinambungan dari entri kalau makan luar siri pertama. Sebabnya terlupa pula tentang beberapa fokus yang lain..Takpe, hari ni kita tengok satu lagi fokus)

Waktu rehat (ketika bekerja) aku pun pergi la ke kantin staff dengan kawan-kawan kerja lalu memesan makanan. Menu aku macam biasa la ^-^! bila tiba masanya untuk makan..
"eh, kau tak pakai sudu ke makan ni?", tanya seorang kawan
Fokus *5 - makan dengan tangan (kanan)
*nombor ini adalah sambungan dari entri yang berkaitan
Sukanya aku makan makanan dengan tangan berbanding dengan garpu dan sudu dan lain-lain. Kebarangkaliannya lebih kurang 90% aku akan makan guna tangan. Beberapa situasi yang membuatkan aku pasti makan dengan tangan:
  • set makanan nasi berlauk campur
  • adanya kemudahan membasuh tangan yang memuaskan (eg. sinki untuk pelanggan)
  • (kalau pesan masakan panas), menu nasi
Sama juga, ada beberapa situasi membuatkan aku guna garpu dan sudu:
  • masa sarapan 
  • menu makan adalah bukan nasi (eg. mee, bihun dan lain-lain)
  • Takde kemudahan basuh tangan (walau teko di atas meja sekali pun, kedai tu takde juga)
"Kenapa aku suka makan dengan tangan..?"
“Jika salah seorang dari kalian akan makan, hendaknya makan dengan tangan kanan. Dan apabila ingin minum, hendaknya minum dengan tangan kanan. Sesungguhnya setan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya” [HR. Muslim]
Pertamanya aku terdengar tentang hikmah hadith nabi berkenaan adab makan (menggunakan tangan) iaitu adanya enzim pada jari yang turut membantu proses pencernaan makanan. 

Kedua, acap kali aku makan guna tangan serta merta mengingatkan aku betapa besar kekuasaan Allah menjadikan struktur (tangan) manusia yang mampu melakukan pergerakan kompleks (eg. mencubit daging ayam untuk pisahkan dari tulang). Menarik, kan? Allahu akbar~ Sementara usaha melalui set sudu dan garpu agak sukar, terutamanya bagi aku yang tak biasa.

Ketiganya, aku berpendapat satu lagi kelebihan makan guna tangan ialah kita dapat agak suhu makanan itu agar selesa ketika mengunyahnya. Jadi kita boleh agak sama ada makanan tu sangat panas atau macam mana. Sebaliknya, kalau guna sudu-garpu, tahu-tahu bila makan terasa panasnya makanan dalam mulut ^-^! kan menggelupur jadinya nanti..

Keempatnya, berkenaan aspek kebersihan. Siapa yang lebih tahu tentang kebersihan tangan untuk makan melainkan diri sendiri? Kalau sendiri sedar tangan tak bersih, maka semestinya kita akan basuh tangan betul-betul (salah satu usaha penjagaan kebersihan diri diperlihatkan). Kalau nak dibandingkan dengan sudu garpu, boleh tak kita pastikan peralatan tersebut telah dibersihkan dengan sebaiknya?

-------------------------------------------<section closed>------------------------------------------------

Some other stream of thought
Bukanlah niat aku untuk menolak amalan makan dengan sudu garpu ni. Aku sekadar lebih suka makan guna tangan je. Apa-apa pun, ada beberapa situasi yang aku juga berpendapat perlunya kepada guna sudu garpu ni:
  • sebagai penghormatan terhadap budaya orang lain terutamanya apabila menyertai majlis mereka
  • berlakunya konflik dengan orang ramai jika pada masa itu dia makan dengan tangan (eg. non-adjusting full-kidal mungkin akan dihina apabila mereka obviously makan guna tangan kiri, maka kalau guna sudu garpu harap-harapnya tak la nampak sangat)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)