Warna

"Apa warna kegemaran kamu?"
Demikianlah antara soalan yang pernah diajukan sepanjang kita menjalani kehidupan ni, baik ketika sekolah mahu pun universiti sekali. Pastinya setiap orang mempunyai warna kegemaran masing-masing..

Dari dulu lagi aku sering berubah-ubah jawapan aku disebabkan sifat tak konsisten aku tentang warna ni. Mulanya kata Biru, lepas tu Hijau, lepas tu Merah.. Macam-macam pula.. Namun, akhirnya aku dah jumpa dan set up warna kegemaran aku yang tersendiri..

warna coklat dan beberapa variasinya..

"Coklat"

Ternyata aku paling selesa dengan warna ni. Aku berpendapat warna ni adalah warna ketiga (selepas hitam/ putih) yang boleh disuaikan dengan warna-warna lain..  Hal ini biasanya berkait dengan pakaian harian la iaitu kita cuba untuk matching warna yang sesuai antara baju dan seluar.. Jadi aku nampak, warna coklat (atau variasinya) ni boleh je masuk dengan mana-mana warna lain.

Menurut wikipedia, warna coklat ni adalah warna tertier, gabungan dari warna Merah/Oren/Kuning/Rose + Hitam/Kelabu.

Beberapa fakta lain yang aku jumpa melibatkan warna coklat ni ^-^ interesting in some way~ (dalam entri ni aku terjemah ke ayat / bahasa sendiri, sementara kalau nak ayat asal sila rujuk website yang turut disertakan..Website Rujukan)
  • dari aspek pakaian, warna coklat ni tak dapat menunjukkan sebarang perangai / tujuan kita. (sesuai sangat la dengan aku yang 'misteri' ni), orang lain tak dapat apa-apa idea melalui impressi pakaian coklat..
  • secara psikologinya, coklat melambangkan perasaan kestabilan dan keselamatan. Ada juga yang berpendapat warna coklat ni adalah warna bumi (tanah), iaitu rendah diri..
Banyak juga la fakta menarik dari website tersebut ^-^! ada yang kena dengan perwatakan aku. Namun, lepas baca tu, aku makin kukuh menyukai warna ni..

Other stream of thought
kepelbagaian warna yang cantik-cantik
Allahu akbar~ betapa banyaknya warna yang telah Allah nampakkan kepada kita dalam dunia ni. Tak kisah la apa warna kegemaran aku dan kawan-kawan, bagi aku kepelbagaian warna tu cantik-cantik belaka dan membuatkan dunia ni indah. Cuba bayangkan, bagaimana la agaknya kalau dunia ni hanya ada warna kegemaran kita je v_v memang la kita suka, tapi hakikatnya tak seindah imaginasi kita je..

Allahu akbar..

Bila fikirkan tentang ni, in shaa Allah, aku akan menghargai setiap warna yang aku nampak ^-^! tak perlulah nak begitu obses terhadap satu warna je.. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)