Hobi kanak-kanak aku..

dengan latar belakang model lego bandar ^-^ menariknya
Semasa berjalan-jalan dengan kawan UNIMAS (bekas) di Bangsar village hari ni, aku tertarik dengan pameran LEGO yang dipamerkan di ruang perkarangan. Serta-merta mengingatkan aku tentang hobi aku suatu masa dahulu..

Fokus - aku tetap suka LEGO
Apa dia LEGO ni? Untuk pengetahuan, (definisi sendiri) LEGO ini adalah satu permainan fizikal yang mana kita perlu membina model rumah atau kenderaan (biasanya seperti ilustrasi yang diberi) dengan kepingan-kepingan kecil yang disediakan dalam set pembelian.

Menariknya, permainan LEGO ni memupuk daya kreativiti seseorang melalui daya cipta seseorang (iaitu dia tak semestinya perlu mengikut panduan yang diberikan untuk membina sesuatu). Maksudnya, seseorang boleh mencipta model mengikut gaya kreatif tersendiri. Jadi terpulanglah kepada seseorang untuk membina model  rumah/kereta mengikut imaginasi dan kreativiti masing-masing.

model LEGO bertemakan musim sejuk (sempena krismas la ni)
"Dalam developmental milestone assessment (paediatric posting), ada berkenaan menilai perkembangan minda anak-anak terhadap penggunaan blok sama ada boleh susun menara tinggi / kereta api dan sebagainya.."
Melalui fakta ini, aku membuat deduksi bahawa penggunaan blok dapat membantu perkembangan minda. Jadi melalui deduksi yang sama, aku berpendapat LEGO juga turut mengaplikasikan prinsip tersebut.

model Shinkansen dan stesen kereta api
Jadi sampai sekarang aku tetap suka LEGO ni walaupun dah tak main. LEGO ni mempunyai model-model yang terdiri pelbagai tema; dari yang bersifat realistik seperti kehidupan bandar, bukit, koboi sehingga la yang bersifat fantasi seperti siri Harry Potter, The Avengers, Batman, Star Wars dan banyak lagi.

Atas faktor kepelbagaian tema ini, aku berasa LEGO ni sangat menarik dan mendapat sambutan hangat dari pelbagai peringkat umur (seperti mana aku tetap sukakannya dulu dan kini)

pemandangan LEGO CITY
Jika diperdalami faedah LEGO ni, bagi sesetengah pihak berkerjaya (seperti arktitek dan pereka cipta) tentunya LEGO ni menjadi salah satu model ujikaji tentang rekabentuk dan seni bina yang baru. Tak terhad kepada mereka, bagi yang mengimpikan ingin mempunyai rumah/ model yang tersendiri pasti setidak-tidaknya bermula melalui cubaan membina LEGO dulu..

Huhu, seronoknya dapat tengok pameran LEGO ni. Seolah-olah kita dapat rasakan diri sebagai arkitek yang merancang pembinaan sebuah bandar. (kalau tak nak arkitek, mayor pun boleh ^-^!). Kalau bagi sesetengah pihak yang lain, mungkin idea penceritaan dapat diwujudkan dan dicuba melalui model ni juga..
"Haha, teringat aku dulu-dulu main LEGO, pastinya aku mereka cerita kehidupan di bandar.. misalnya ada penjahat menyerang bandar, zombie la, lanun la, raksasa la..

Some other stream of thought
Diperihalkan Legoland Malaysia telah dibuka di Nusajaya, Johor pada 22 September 2012. Pastinya aku ingin pergi ke sana, sekurang-kurangnya sekali.. Tapi, memandangkan ia baru dibuka maka tersangatlah ramai orang yang berkunjung.. Memang sambutan hangat~ mesti pergi ni ^-^
"it's okay, someday i'll be surely want to go there.. in Sya Allah.."
Entrance Legoland

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)