[Lagu] Barak-Allahu Lakuma

Bulan disember ni banyak pula jemputan ke walimatul urus (kenduri kahwin) kawan-kawan. Sempena peristiwa gembira kawan-kawan ni, aku nak kongsikan satu lagu yang kena dengan mereka. jom dengar lagu Maher Zain - Barakallahu lakuma (ada lirik sekali).



Aku tak lama juga diperkenalkan dengan lagu ni.. ada la dalam sebulan sejak pendedahan pertama..  dan baru hari (tarikh entri) ni aku belajar tentang significant lagu ni.. Apa-apa pun, best juga lagu ni bila dah dengar banyak kali~ Ok, jom ke bahagian fokus hari ni..

Fokus - hari gembira buat semua ^-^
Melihatkan ekspresi muka kawan aku (Redzuan SEGAMBUT) yang berkahwin hari ni, tampak gembira bersama pasangannya. Aku sedia maklum, majlis perkahwinan adalah peristiwa gembira buat diri seseorang, dan juga bagi keluarga kedua-dua pihak..
"Mengingatkan aku pada keluarga angkat pertama aku di Sarawak ketika majlis perkahwinan, si bapa angkat tersangat gembira sehingga menangis serta-merta. Begitu juga ketika Abang Ngah kahwin juga, ayah dan (arwah) wan pun turut menangis gembira.."
Berdasarkan pemerhatian ni, aku yakin majlis sebegini merupakan antara saat-saat indah buat ibu bapa. Ye la, siapa tak gembira bila melihatkan si anak yang dahulunya di bawah jagaan mereka (makan, minum dll) kini telah memulakan keluarga baru..Pada kaca mata aku sebagai anak, perasaan ni aku masih tak dapat dalami sebab aku tak hadapi situasi ni sendiri, namun begitulah andaian yang aku dapat fikirkan..

Dan secara jujurnya, peristiwa sebegini juga membuatkan aku turut gembira ^-^ Alhamdulillah, barak-Allahu lakuma (Aamiin). antara faktor gembira yang lain, apabila kawan-kawan lama turut datang meraikan.. Lama tak jumpa kot~

Other stream of thought
Aku pernah terdengar akan suatu nasihat (hadith kot? aku tak pasti sumber asalnya) bahawa pada hari perkahwinan /akad nikah syaitan akan menangis. Hal ini disebabkan melalui perkahwinan, hubungan antara pasangan lelaki dan perempuan (suami isteri) telah halal, malah mendapat pahala.. pendek kata, syaitan ni hilang satu peluang untuk mengajak manusia ke arah kejahatan..

Apa-apapun, melihatkan saat-saat gembira watak utama raja sehari hari ni, membuatkan aku teringin juga untuk mengalami situasi yang sama.. In-sya-allah akan sampai juga giliran aku suatu hari nanti.. >_<! 
"Secara ingin tahu, aku juga tertanya-tanya siapakah bakal jodoh aku pada suatu masa akan datang?"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)