Bad hair day..

Kali ni kita mulai dengan dalil dulu ye ^-^ dari Al-Quran kalam-ullah:
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata, "Kami beriman", sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian) nyata apa yang diketahui Allah tentang orang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yg diketahuinNya tentang orang-orang yang berdusta. (surah Al-Ankabut 29: 2-3)
Demikianlah, nasihat yang aku perlu terus ingatkan kepada diri dari semasa ke semasa. Mungkin ketika menghadapi hari-hari gembira, iman kita akan melonjak tinggi dan bersyukur ke hadrat Ilahi atas segala kurniaanNya.. Namun, ketika menghadapi musibah, itulah antara ujian tahap keimanan kita.. adakah kita akan menjadi orang yang redha akan takdir ketetapanNya. Jom kita lihat beberapa situasi berikut:
  • studi rajin-rajin untuk final exam, tapi akhirnya gagal dan terpaksa mengulang atau extend untuk beberapa tempoh lagi --> ^-^! realiti sendiri ketika studi di unimas
  • dalam keadaan urgent (eg. mengejar masa untuk sesuatu urusan), timbul pula masalah yang serta-merta menunda rancangan asal
  • tekanan dan tanggungjawab bekerja yang sangat berat membuatkan diri berasa stress.
Jadi apa yang berlaku hari ni ialah ketika aku masih tagging di bahagian O&G HKL ni, ada beberapa prosedur yang perlu dilakukan sebagai sasaran menyempurnakan tagging sebelum mula diakui bekerja (secara rasmi) di hospital tersebut.. Prosedur tersebut termasuklah delivery (observe & conduct), OT (observe & assist), suture repair (episiotomy/ tear), scrubbing technique, dan clerking case.. 

Secara jujurnya aku menghadapi masalah dalam beberapa prosedur, spesifiknya suture repair sebab ketika belajar dulu, aku memang takde latihan pasal ni. Jadi memang langsung blurr sangat untuk bertindak mengamalkan prosedur ni.. Lagi pula, *suasana hospital agak kurang kondusif untuk aku yang mana 'pakar' hanya sibuk dengan kerja masing-masing dan tak meluangkan masa pun (*ada diterangkan dalam entri tagging..) >_<! 
"just great~ apakah ikhtiar aku kali ni? 
Other stream of thought..
Tapi, kalau difikirkan sebenarnya, nikmat kesenangan itulah antara 'ujian yang paling senang untuk fail' yang mana ada masanya kita akan leka.. Kira alhamdulillah juga la, sebab Allah beri ujian bertahap senang sedar diri agar terus berusaha..

-------------------------------------------------------------------
banyak lagi nasihat lain Al-Quran, Hadith, cerita/kisah lain dalam --> Nasihat (page)
Jemput-jemput la tengok ye..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)