Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2017

Fun Run

Imej
Sejak akhir-akhir ni aku mula menjebakkan diri dalam aktiviti Fun Run anjuran pelbagai organisasi luar 24 Ogos 2017 Heart Walk anjuran PJHUS bertempat di Dewan Undangan Negeri Sarawak. Ada beberapa pilihan: 2 km Heart Walk / 5 km Fun Run / 12km Competitive Run "Debut kali pertama bersama isteri ialah heart walk ^-^! Warm up dulu.. Kebetulan adik-beradik aku yang lain (Kak yong, Abang Ngah, Abang Chik pun sertai larian di tempat mereka.." "Together we run! The power of sibling" - kata kak yong 15 September 2017 Charity Run anjuran Hospital Sentosa berlatar di Dewan Bandaraya Kuching Selatan. Kali ni aku sertai secara solo (sebab isteri tak bersedia untuk jogging lagi) Mungkin ni satu permulaan untuk ke arah kehidupan sihat. Insya-allah.. Entah aku pernah termimpi suatu masa lalu, yang mana tiba-tiba aku tak mampu lagi untuk berlari. Bagi kebanyakan orang dewasa, mungkin takde makna apa sangat tak dapat kalau tak dapat berlari. Tapi bagi aku, macam

Curhat 12.10

Imej
Ulang tahun ke-9 sejak pemergian arwah Wan bonda kesayangan.. Entri kali ni hanya sekadar cur-hat (curahan hati) bersempena peristiwa tersebut.. "Assalamualaikum.. Ke hadapan Wan yang kini berada di sana.. Semoga sentiasa dicucuri rahmat dan pengampunan Allah.." Dah 9 tahun tak berjumpa, banyak perkara yang sebenarnya Ran nak cerita kat Wan yang berlaku sejak Wan takde di rumah.. -------------------------------------------------------- Mula dengan Ayah dulu.. Nak tahu, Ayah berkahwin lagi selepas beberapa bulan Wan pergi.. Dalam 4 bulan kot. Tapi perkahwinan Ayah dengan mak tiri Ran tak ikut sebab kebetulan Ran pergi exchange program UNIMAS-USM masa tu.. Jadi tak dapat nak cerita tentang suasana perkahwinan tu.. Dengarnya adik-beradik macam tak begitu terima berita tu secara mendadak, tapi bagi Ran paling penting Ayah kena bahagia sejak Wan pergi.. "Yang pasti, Ran rasa itu bukan atas kehendak hati ayah, tapi lebih kepada nasihat orang  (Wah kot)  agar ayah tak b

About mom..

Imej
Here goes..  (oh ya, aku akan berhati-hati agar tak terlalu mendedahkan semua maklumat peribadi  eg. nombor-nombor,  maka Biodata ni hanyalah berkenaan perkara yang subjektif dan abstrak sahaja) . Format sama macam entry / page about me.. Nama : terpaksa dirahsiakan sebab banyak security question melibatkan nama mak ^-^ Asal  (merujuk kepada tempat lahir)  :  Batu Gajah, Perak   Tarikh lahir : 10 Oktober 1955 Perwatakan Ceria  Penghubung silaturrahim "Diperihalkan arwah sentiasa menjadi penghubung bagi ahli keluarga. Sama ada antara anak-anak & ibu-bapa (selalunya memenangkan anak-anak), dan juga sesama keluarganya sendiri" "Antara contoh lain, Wan pun pernah menganjurkan rumah terbuka beberapa kali.. (tapi aku tak ingat masak sendiri atau tempah catering dari orang lain) " "Aku tak pasti Wan ni family-person atau friend-person tapi macam semua orang boleh ngam dengan Wan: Saudara-mara, jiran-jiran, AVON, Petronita dll.."  Hobi S

Suri Rumah

"T akpe ke saya kerja suri rumah je ni? " - tanya isteri Dah setahun lebih dah sejak kami berkahwin. Isteri dahulunya seorang quality control dalam sebuah syarikat kimia (swasta) tempatan. Pada saat-saat berkahwin, isteri telah mengemukakan pertanyaan.. "Kalau saya nak jadi suri rumah je lepas kahwin ni boleh tak? " - tanya isteri Dah setahun lebih sejak itu, memang isteri mengikut aku tinggal di Sarawak disebabkan kerjaya aku di sana. Sepanjang aku bekerja, memang isteri hanya tinggal di rumah. Menjadi tanda tanya dan misteri bagi semua orang (termasuk aku juga) tentang apa aktiviti hariannya di rumah seketika aku bekerja. Tapi soalan paling kerap yang akan/ bakal ditanya oleh ramai ialah "Takpe ke isteri hanya suri rumah je? "  Fokus - Suri rumah Ada beberapa isi (point) yang aku bersetuju agar isteri hanya jadi suri rumah sahaja... (Isi biasa) tugas suri rumah  untuk menguruskan hal-ehwal di rumah seperti kemas rumah, masak, uruskan paka