Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2020

Diari MO KK - Peristiwa Baris Hadapan Covid-19

Imej
Nota - entri ini bersifat retrospektif. Wabak covid-19 semakin menjadi-jadi di Malaysia. Bahkan Perdana Menteri ke-8 beserta Agong telahpun mengeluarkan perintah "Kawalan Pergerakan" kepada semua rakyat Malaysia bermula 18.3.2020. Harap-harapnya kejadian kes dapat dikawal sepenuhnya.. Bersempena arahan tersebut, maka banyak premis kerajaan terpaksa ditutup. Dan tentulah bangunan UTC tempat aku kerja juga terkesan sama. Pada awalnya, aku dipanggil bertugas semula di 'klinik penjaga'. Namun terdapat arahan baru bahawa semua staf klinik di UTC dipanggil khas untuk bertugas di pusat saringan covid-19, bermula 20.3.2020 (Jumaat). Fasa persediaan (aku terima arahan ini pada 17.3.2020) 18.3.2020 (Rabu) - Mesyuarat gempar oleh pejabat kesihatan & klinik yang terlibat. Pada awalnya pusat saringan covid-19 dirancang untuk buka di Klinik Kesihatan Batu Kawa. Aku rasa klinik ini sesuai sebab klinik ini agak terpinggir dari bandaraya (laluan trafik kurang sesak sebab

Modul Ramadhan 1441H (Tahap 2)

Imej
Ramadhan kembali lagi. Tahun Hijrah 1441H. Ahlan wa sahlan.. "Macam biasa, pada permulaan bulan puasa, ramai orang semangat berkobar-kobar untuk memperbanyak amal ibadah sepanjang bulan ramadhan sebab nak kejar pahala banyak-banyak.. Dan aku juga tak terkecuali, turut berusaha untuk memperbanyak amal ibadah..  Alhamdulillah, di media internet terdapat usaha daripada pelbagai pihak & organisasi menyenaraikan antara amalan-amalan yang boleh dilakukan sepanjang bulan ramadhan supaya jemaah mudah untuk capai pahala tersebut. Sementara itu, aku mempunyai pelan senarai semak sendiri (custom). Kesinambungan dari usaha Modul Ramadhan tahun lalu, kali ini naik taraf sikit. Objektif Ramadhan kali ini ialah.. Pada pengakhiran Ramadhan 1441H, aku berharap agar aku fasih dan lancar untuk semua surah Juzuk 29 & 30.. Sembang memang senang. Bab nak laksanakan itu perlukan kegigihan dan kecekalan. Oleh itu, penulisan kali ini sebagai pelan perancangan tindakan & pemantauan usah

[Game] Resident Evil 2 Remake

[nota - entri ini bersifat santai sahaja, kategori sembang game semata-mata] Bersempena musim wabak covid-19 ini, perintah kawalan pergerakan (PKP) telah pun dikeluarkan oleh Perdana Menteri, bahkan Agong juga memberi titah perintah yang sama. Jadi, boleh la luang masa untuk main game. Tengok-tengok di kedai maya PSN, ada jualan hebat sikit untuk pelbagai judul Resident Evil (promosi bersempena terbitan game baru Resident Evil 3 Remake). Aku amat meminati siri game ini (boleh rujuk penulisan lama tentang Resident Evil).. Jadi salah satu judul dalam siri RE yang menarik perhatian aku ialah Resident Evil 2 (versi asal 1998). "Game ini berkisar tentang seorang polis muda bernama Leon Kennedy yang baru sampai ke Bandar Raccoon. Setibanya di bandar dia mendapati bandar tersebut telah dipenuhi oleh mayat hidup. Dia diserang oleh mayat hidup lantas cuba melarikan diri. Dalam proses tersebut, dia terserempak dengan gadis bernama Claire Redfield yang kebetulan baru sampai ke bandar u