Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Efek resonans

Imej
(Nota - Ni sepatutnya entri bertarikh semalam tapi disebabkan masa terisi di dunia luar sana maka aku tak berkesempatan untuk tulis tepat pada masa ^-^! maaf, maaf.. ) Hari minggu ni juga ada walimatul-urus rakan seperjuangan  aku (kali ni dari zaman SEPINTAR 04/05), sejak sekian lama aku lost contact dengan kawan-kawan dari zaman tersebut (disebabkan aku melanjutkan pelajaran di UNIMAS 5+ tahun lamanya ) maka terlintas di hatiku untuk menyertai rombongan kawan-kawan ke majlis tersebut. Tapi, sekali lagi kalau nak sertai kena libatkan pemanduan lagi >_<! just grea t~ "i'll just be positive and take it as part of practice.." Alhamdulillah, dengan niat ikhlas diri serta bantuan kawan-kawan, aku berjaya juga sertai dan diterima semula ^-^! lain je bunyinya.. Maka, seterusnya pertemuan kami diikuti dengan suasana gembira gelak tawa dan gurau senda..

Kalaulah...

Imej
Entri kali ni adalah berkenaan adegan di tempat kerjaku pada (tarikh) hari ni: Kelihatan seorang pesakit wanita dalam linkungan 74 tahun baru saja didapati mengidap penyakit kanser di usus Sigmoid. keputusan CT TAP (thoracic-abdomen-pelvis) menunjukkan penyakit kanser tersebut masih di peringkat awal (iaitu tidak melibatkan mana-mana organ lain) , maka doktor pakar memberikan beberapa pilihan rawatan pesakit tersebut. Disebabkan umur pesakit yang lanjut, maka pendapat ahli keluarga yang lain diperlukan sebelum membuat keputusan. Jadi semua anak-anak wanita ni datang berkumpul dalam bilik pesakit (oh ya, bilik ni bilik persendirian 'kelas satu') untuk mendengar penjelasan doktor pakar.. Aku sebagai HO di wad itu bertindak sebagai pengiring memerhatikan boss ku memberi penjelasan.. "Untungnya makcik ni, walaupun dah berusia lanjut (74 tahun) , tapi masih nampak sihat lagi (HPT dan DM memang good control, lagi pula penyakit kanser yang dihidapinya masih di peringkat

Ya Hanana

Imej
Dah lama tak kongsi lagu ^-^ baru-baru ni aku tertarik mendengar dengan lagu Arab (Qasidah) yang bertajuk "Ya Hanana (betapa beruntungnya kami) ". Jom dengarkan ^-^ Antara mesej yang ingin disampaikan ialah betapa beruntungnya dunia kerana telah munculnya agama Islam dengan kehadiran seorang manusia agung bernama (nabi) Muhammad s.a.w. Antara isi yang disebutkan dalam lagu ni; Mukjizat bulan terbelah dua untuknya Kelahirannya dibanggakan oleh seluruh masyarakat Arab. Bahkan bapa saudaranya Abu Jahal pada masa itu pun begitu berbangga dengan kelahiran baginda. (Nama "Muhammad" yang bermaksud "yang terpuji" telah diberikan sebagai salah satu tanda bangga) Akhlaknya yang mulia memang tiada tandingan..  Fokus - Ya Hanana.. Mendengarkan lagu ni, buatku terfikir betapa benarnya mesej yang ingin disampaikan. Kalau diamati tentang semua umat para Rasul-rasul, hanya umat Nabi Muhammad yang paling beruntung kerana Nabi sangat mengambil berat tenta

Manjalitis

Imej
Hari (tarikh entri) ni aku bertugas di wad SW14 iaitu wad kelas pertama di HKL . Perbezaan nyata wad ni dengan wad biasa adalah pesakit diberikan bilik yang lebih selesa dan kurang sesak (sama ada bilik persendirian/ berdua/ berempat sementara wad biasa lebih kepada open space ) tentulah dengan bayaran yang berbeza. Selain itu, pesakit berpeluang memilih menu ketika masa makanan diagihkan.. Jadi antara pesakit yang tinggal di wad ni termasuklah mereka-mereka yang berkemampuan lebih (orang KL kebanyakannya tiada masalah pun nak bayar lebih ^-^! ) terdiri daripada golongan korporat dan berjawatan hebat dalam institusi masing-masing. Tak terkecuali watak VIP (very important person) pun turut sama hadir di sini. Maka di sinilah cabaran hebat timbul buat kami - Manjalitis (^-^! aku lagi selesa guna istilah sendiri 'Manjalosis')  Jadi apakah halnya dengan manjalitis ni? Aku sendiri tak diberi takrifan sebenar namun dari taakulan aku: "Manjalitis ni satu kelakuan y

Jerebu

Imej
tak nampak latar belakang Sejak kebelakangan ni, keadaan persekitaran semakin kabur dek jerebu. Dikhabarkan jerebu ni berlaku akibat kebakaran hutan di kepulauan Sumatera sana.. "Teringat aku suatu masa dulu, tahun aku mengambil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) pun ada jerebu melanda sehingga sekolahku ditutup ^-^ aku ingat lagi.. masa-masa tu aku ambil peperiksaan percubaan peringkat SBP dan akhirnya pelajar semua terpaksa dibenarkan balik bermalam kerana masalah jerebu ni. Gembira memang gembira, namun aku tak nafikan masalah jerebu bukannya calang-calang yang boleh dipandang ringan.." Pencemaran udara oleh jerebu ni sangat tidak sihat. Ramai mudah jatuh ketika ni v_v oleh itu sebaiknya kena jaga diri baik-baik agar tak mudah jatuh sakit. Hati-hati ya kawan-kawan.. Sementara itu, jom lihat fokus kali ni;

Rendah diri (siri 3)

Imej
Eh?? eh?? Sejak bila pula dah sampai siri ketiga ni?? Sekadar untuk ingatan semula, entri sebelum ni adalah.. siri 1 - rendah diri dari aspek sikap (ie terhadap junior) siri 2 - rendah diri dari aspek penampilan (ie pakaian, kenderaan dsb) Maka siri ketiga pula adalah berkenaan.. hmm, baca je la sendiri... [ CHUP! iklan kejap - koleksi nasihat aku dah kumpul dalam satu laman (page) ini -- >  Nasihat ] -------------------------------------- Ketika bertugas oncall di wad pada suatu hari, seorang rakan kerja bertanya kepadaku.. "Kau ni *jonah tak?" (entri yang berkaitan  dilema jonah vs solat jumaat ) "Hm, tak tau la nak cakap.. ^-^! (wallahu a'lam) .. setakat ni, banyak kali aman dari jonah kot.."   "Ye? Bagus la macam tu. kalau aku, aku pun anti-Jonah. kau tau si X tu jonah gila. Satu langkah je masuk wad ni, terus macam-macam hal jadinya; patient unstable la, banyak admission la.. susahnya~"  Namun pada malam tu, wad kami di

Hybrid

Imej
Nota - Entri kali ni adalah sekadar suka-suka saja. Anggaplah ni sebagai satu lagi makluman untuk lebih mengenaliku ^-^! Dari entri  decisions, decisions.. , dapatlah difahamkan aku ni seorang yang sukar untuk memilih atau membuat keputusan. Terutamanya dalam situasi dwi-pilihan, pada setiap satunya terdapat baik dan buruk jadi memang susah nak buat pilih (kecuali kalau dalam diri dah ada keutamaan tertentu) . Setuju? Mungkin pendapat tiap-tiap orang berbeza. Bagi aku, aku inginkan satu keputusan yang terbaik iaitu mencakupi kelebihan kedua-dua pilihan sekali gus. (kalau situasi pilih jalan, seboleh-bolehnya aku nak ambil jalan tengah dengan harapan aku dapat manfaat kedua-dua sekali gus --> tamaknya)  Jadi dengan prinsip demikian, maka terhasilnya pendirian untuk pilihan kacukan dalam pelbagai situasi lain (kalau applicable ) . Misalnya yang dapat aku sebutkan: Kalau dah keliru sangat nak beli jam digital atau analog, maka akhirnya jam kacukan digi-analog menjadi pilih

Jam Tangan

Imej
kalau mcm ni kena baca 'jarum jam' Babak 1  "Eh, Syed! Dah pukul 10 ke sekarang?" - tanya seorang rakan sekerja apabila sekilas melihat jam tanganku "Err, bukanlah.. Sekarang baru pukul .... " - balasku sambil memberikan bacaan sebenar jam tangan..  " Apsal jam kau ni? Rosak ke? Beli baru je la.. " "Mana ada ^-^! Yang kau nampak tu timer 10 minit sebenarnya.. " Demikianlah halnya. Kalau tentang jam tangan, aku lebih gemarkan jam tangan hybrid digi-analog (iaitu gabungan jarum jam dan paparan digital sekali gus ^-^!) berbanding dengan hanya salah satu kategori asal. Aku sukakan jarum untuk membaca masa sedangkan paparan digital boleh digunakan untuk fungsi lain.. " talk about  multi-objective  ^-^ kat jam tangan pun boleh apply~ " Babak 2 Tengah-tengah sibuk menjalankan tugas tiba-tiba kedengaran bunyi.. " Tenet-Nenet~ ~ ~ " (pandai-pandai korang la bayangkan macam mana bunyi timer jam tangan ^-^!

Maaf

Imej
contoh adegan lain " Aku nak minta maaf.. " - tiba-tiba seorang sahabat A aku setelah bergurau sendanya dengan aku dan kawan-kawan lain B,C,D "Eh?? Kenapa tiba-tiba minta maaf ni?" - respons aku yang tengah keliru "Takdelah, takut kau kecik hati dengan gurauan aku tadi. Aku tengok (mimik) muka kau macam terasa je.." " Loor, aku tak ingat pun apa-apa pasal tadi .. (dan mimik muka memang begini) janganlah fikir lebih sangat.. "  " Baiknya kau ni.. Kalau aku, aku nak suruh dia belanja aku dulu baru aku maafkan. ." - celah kawan B sambil bergurau Live-Action Trigger!! Agaknya apa respon yang akan patut diberikan kalau orang minta maaf dengan kita? a) taknak memaafkannya (lantak ko la) malah mungkin nak membalas balik b) memaafkan tapi tidak melupakan kesalahan orang tersebut c) memaafkan langsung (malah juga minta maaf kepadanya tak semena-mena)

Jawi

Imej
Kemaskini 20.1.2019 - Penambahan sedikit tulisan jawi dalam penulisan - Tambah pautan cara-cara untuk menulis jawi di komputer.. ---------- [Blog, mula!!] ----------  Hm, apa yang mengaktifkan trigger entri (hari) ni ialah berdasarkan satu iklan promosi di TV sejak kebelakangan ni. Sayangnya, aku ingatkan boleh jumpa semula iklan tersebut di YouTube tapi tak ada pula.. apa-apa pun, jom kita cuba uji kemampuan diri dengan membaca komik berikut ^-^ (nota - komik ni adalah dari hasil usaha insan tertentu, aku sekadar mengongsikannya di sini. sila berterima kasih kepada pengkarya asal) hendaknya ramai yang dapat membaca komik mudah ini ^-^!

Penyiasat Remaja

Imej
Cuti rehat hari ni. Aku keluar berjumpa kawan lama di Sungei Wang. Alang-alang di situ, aku ambil peluang untuk melawat ke SunComic kedai buku (komik)  acap kali aku ke sana.. ^-^ Dah lama tak datang sini, masih banyak lagi komik-komik yang dijual sejak 12 tahun (kali pertama aku dibawa ke sana masa tingkatan 1) .. aku minat buku ni! ^-^ kali ni siri kemunculan semula Maka aku berjumpa lagi dengan komik kegemaran aku - Penyiasat Remaja (atau tajuk asal jepunnya "Kindaichi Shounen no Jikenbou") . Macam detektif Conan, komik ini juga berkisarkan tentang pelajar sekolah menengah yang pandai membuat taakulan / deduksi, menyelesaikan kes-kes pembunuhan ketika menjalani kehidupan seharian. Bagi komik ni secara ringkasnya; "Mengisahkan kehidupan seorang pelajar bernama Hajime Kindaichi, cucu kepada detektif terkenal. Walaupun secara luarannya, Hajime ni bukanlah pelajar yang pandai dan cemerlang, namun diperihalkan bahawa dia mewarisi kehebatan detektif seperti datukny

Sedeqah (2)

Imej
"Hati-hati sikit kalau jalan kat tepi padang tu pagi-pagi.. Ada orang 'tak betul' kat situ" Pagi ni aku berjalan kaki pergi beli sarapan, melalui padang di kawasan perumahan aku tu. (Sejak November 2012 lagi aku dah kembali menetap di rumah, jadi sampai sekarang aku dah tahu tempat beli sarapan) . Selalu juga la aku berjalan kaki sebab jaraknya lebih kurang 200m je. Senam sikit.. Jadi, ketika melalui padang tersebut, aku ternampak akan kelibat *pakcik Chong (orang 'tak betul' yang dimaksudkan) "Nanti beli nasi lemak ar?? Beli satu untuk saya ya..." - tegurnya ketika aku melalui padang tersebut (Live-trigger-action!!) Seorang pakcik yang tak dikenali tiba-tiba minta *belikan (belanja dia) nasi lemak untuknya, apakah yang patut aku lakukan..?? a) Dengan baik hatinya menurut kehendak pakcik tu (iaitu beli makanan lebih dan bagi sikit kepadanya) b) Mengabaikannya lagi pula dia tu orang 'tak betul', jangan dilayan sangat.. Reaksi s

Anime Jepun (3)

Imej
Aku meningkat dewasa ni masih lagi melayan anime , namun tidak lagi begitu  addicted  kecuali kalau episod/ babak yang mendebarkan lagi suspens ^-^ Nota - mesti ramai tana kenapa tiba-tiba bernombor 3 pula.. ?? Jadi *entri siri 1 adalah bertajuk  aku suka doraemon *entri siri 2 pula  detektif conan asalnya kedua-dua entri tersebut tidaklah berniat untuk cakap tentang anime, namun update terbaru masing-masing diselitkan unsur dari anime.. Tibat-tiba teringat satu anime jepun yang aku suka tengok terutamanya ketika masa sekolah dulu. Masih ingat lagi Digimon Adventure ? "Digimon Adventure mengisahkan pengembaraan sekumpulan kanak-kanak (mulanya 7 orang, tapi watak ke-8 muncul pada pertengahan kisah) yang telah sesat ke satu dunia asing yang misteri. Dengan tujuan awalnya untuk mencari jalan pulang, masing-masing telah berjumpa dengan digimon dan bekerjasama dengan mereka. Di pertengahan jalan cerita, mereka mula menyelamatkan digimon-digimon lain dari genggaman kuasa jah

For One More Day

Imej
Huh, baru-baru ni agak sibuk. Tapi aku cuba juga meluangkan masa menulis blog ni.. ^-^! Baik, entri kali ni berkenaan buku pula. Aku telah diperkenalkan kepada buku berikut baru-baru ni. Antara intipati cerita ini adalah: For One More Day oleh Mitch Albom "Charley Benetto is a broken man, his life is destroyed by alcohol and regret. He loses his job. He leaves hs family. He hit rock bottom after discovering he won't be invited to his only daughter's wedding. And he decides to take his own life.. Charley takes a mdnight ride to his small hometown; his final journey. But as he staggers into his old house, he makes an astonishing discovery. His mother - who died 8 years earlier - is there, and welcome Charley home as if nothing had ever happened..."   (sebahagian sinopsis kat cover belakang buku) Secara jujur, aku masih lagi di pertengahan bacaan buku tersebut. Namun, aku dapati buku ni sangat menarik lagi menyentuh perasaan. Ye la, cuba bayangkan; apabila kita ke

Manual

Imej
Sejak kebelakangan ni, aku dapati kerap sangat pula aku memandu kereta ni, bermula hari kenduri kahwin seorang sahabat lama (dalam entri  eksplorasi jalan raya ) , diikuti bawa keluarga angkat jalan-jalan KL dan Shah Alam. Terbaru hari (tarikh entri) ni, aku saja ingin berjumpa dengan kawan lama di Bangi pula dan ajak makan-makan.. "Eh Syed! Kau bawak * manual eh?" (*merujuk kepada sistem transmission gear kereta yang aku bawa.. ) - antara komen yang aku dapat bila mereka tumpang kereta aku.. " Haah, ni kereta (arwah) mak aku.. "  "Dah jarang jumpa. Selalunya kat bandar ni semua pakai auto je sekarang ni. Sampai ada yang dah tak biasa dengan manual lagi dah " (nota - ketika mendapatkan lesen memandu, semua pengguna kereta akan diberikan kereta manual. Jadi pengalaman mengendali kereta manual ni sebenarnya pernah ada, suatu masa dahulu)   Tak sangka pula gear manual ni menarik perhatian para penumpang sekalian. Aku setuju bahawa teknologi ker

Bertemu dan berpisah..

Imej
Rupanya seminggu lamanya keluarga angkat (dari Sarawak) aku datang ke KL , memang utamanya atas urusan kerja. Namun, alang-alang musim cuti sekolah maka seluruh ahli keluarga pun turun ke sini. Maka aku juga turut meluangkan masa berjumpa setelah sekian lama meninggalkan bumi Sarawak. Oh ya, sedikit pengenalan tentang keluarga ni; "Keluarga ni senang dikenali dengan nama Syahmie sebab semua watak anak diberi nama tersebut diikuti nama berbeza bagi setiap anak (macam family name pula) , sementara si ibu (Ummu Syahmie) dan si bapa pula aku panggil Abu Syahmie (panggilan sendiri-sendiri) . Aku kenal keluarga ni pada awalnya atas dasar kerja part-time iaitu aku diupah menjadi guru pensendirian bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Pelajaran Jawi dan Matematik. Saja cari pengalaman dan isi masa ketika mengharungi supplement arc (entri  cebisan kenangan (vol 1) ). Namun, hubungan kami menjadi semakin intim sehingga aku sendiri menganggap mereka macam keluarga aku sendiri juga

Mulanya di sini..

Imej
Ketika dalam perjalanan pulang hari (tarikh entri) ni, sesak pula di MRR2 >_<! memang  peak hour sedemikian. Jadi aku pun mencelah ke satu lorong jalan pintas untuk ke rumah. Ketika melalui lorong tersebut, aku berjumpa semula dengan taski (tadika) aku satu masa dulu.. Taski Abim bermulanya sejarah pendidikan aku seawal 1993/1994 Melihatkan persekitaran taski ni, membuat aku mengimbau sejarah permulaan aku bersekolah seawal tahun 1993 (aku berumur 5 tahun masa ni) . Tentulah, aku di Miri juga dah pergi taska (seperti mana disebutkan dalam entri  memori terawal ) tapi aku memang dah tak ingat apa-apa pun.. Jadi boleh kata, memori persekolahan aku bermula dari timeline ini je..

Kidzania

Imej
Keluarga angkat (sejak tahun lalu) aku di Sarawak datang ke KL dalam 2-3 hari ni, jadi aku pun meluangkan masa berjumpa keluarga ni sejak sekian lama tak berjumpa ^-^! Kena jadi tour-guide pula, bawa keluarga ni ke sekitar KL .. peta 'bandar' Kidzania Antara tempat yang aku bawa pergi ialah Kidzania di The Curve, Damansara. Apa dia tempat tu? Aku pun pertama kali dengar. Tapi dari istilah 'Kid'-zania, maka sudah tentulah tempat ni hanya dikhaskan untuk budak-budak sahaja sehingga yang berusia 17 tahun. Sungguhpun demikian, aku ambil peluang masuk sebagai penjaga (anak keluarga angkat) dan tengok kat dalam.. Jadi lepas masuk, akhirnya aku faham bahawa; "Kidzania ni adalah tempat pendedahan awal kepada anak-anak untuk mengenali kehidupan orang dewasa, khasnya melibatkan pekerjaan. Di tempat ni, dalam masa 5 jam per sesi mereka diberi peluang untuk mengalami suasana kerjaya (eg. juruterbang, doktor, pihak media akhbar, TV, DJ radio, polis, bomba dan m

Eksplorasi Jalan Raya

Imej
Hari (tarikh entri) ni cuti rehat. Sengaja aku pinta agar bercuti hari ni untuk memenuhi undangan seorang sahabat lama ke majlis perkahwinannya.. Cuma cabarannya majlis tersebut nyata memerlukan satu perjalanan berkereta.. "Just great! kena memandu lagi.. >_<! takpe la, kawan punya pasal.." destinasi kali ni sejauh ~78km sehala (kiraan Google map) Nak ajak kawan-kawan lain yang sezaman, semua boleh kata semua dah lost contact (disebabkan aku belajar di Sarawak selama 5 tahun) sejak sekian lama.. Takkan tiba-tiba nak approach sambil ajak ke kenduri kahwin pula.. Ada udang di sebalik batu ni! <-- bukan prinsip aku untuk mengambil kesempatan.. Maka nak tak nak, aku mengambil keputusan untuk tetap memandu berseorangan.. "Nak kena menjelajah kawasan Rasa / Kuala Kubu Bharu (KKB) skit ni.." Fokus - perjalanan yang menggamit memori Alhamdulillah. Dari mula lagi, aku telah familiar lebih kurang separuh jarak perjalanan kerana destinasi agak berhamp