Anime Jepun (3)

Aku meningkat dewasa ni masih lagi melayan anime, namun tidak lagi begitu addicted kecuali kalau episod/ babak yang mendebarkan lagi suspens ^-^

Nota - mesti ramai tana kenapa tiba-tiba bernombor 3 pula.. ?? Jadi
*entri siri 1 adalah bertajuk aku suka doraemon
*entri siri 2 pula detektif conan
asalnya kedua-dua entri tersebut tidaklah berniat untuk cakap tentang anime, namun update terbaru masing-masing diselitkan unsur dari anime..

Tibat-tiba teringat satu anime jepun yang aku suka tengok terutamanya ketika masa sekolah dulu. Masih ingat lagi Digimon Adventure?
"Digimon Adventure mengisahkan pengembaraan sekumpulan kanak-kanak (mulanya 7 orang, tapi watak ke-8 muncul pada pertengahan kisah) yang telah sesat ke satu dunia asing yang misteri. Dengan tujuan awalnya untuk mencari jalan pulang, masing-masing telah berjumpa dengan digimon dan bekerjasama dengan mereka. Di pertengahan jalan cerita, mereka mula menyelamatkan digimon-digimon lain dari genggaman kuasa jahat dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk menyelamatkan dunia Digimon tersebut.." 
8 kanak-kanak terpilih dengan digimon masing-masing ^-^!
Di Malaysia, kartun ini disiarkan (versi terjemahan tempatan) di kaca TV seawal tahun 2001 dulu. Maka itu, kebetulan aku bersekolah asrama. Maka setiap minggu sentiasa bersemangat turun ke bilik TV untuk tengok anime ni..

Menariknya walaupun siri Digimon telah mencapai 6 musim mutakhir ni (tiap-tiap musim mempunyai jalan cerita yang berbeza dan tidak berkaitan antara satu sama lain, kecuali musim 1 dan musim 2), namun aku tetap berasa Digimon Adventure ini mempunyai jalan cerita yang terbaik Antara sebab yang aku boleh nyatakan di sini:

  • Lapan orang watak utama ni ada masa-masa spotlight tersendiri beberapa kali. Dengan kata lain, masing-masing berpeluang menjadi hero dalam sebilangan episod (tidak terhad hanya kepada seorang dua sahaja, ada sesetengah anime tak kira macam mana jalan cerita sekali pun, kebanyakannya mesti hero yang seorang ni juga penyelamat keadaan)
  • Dengan lapan orang watak utama ni, adanya episod yang melibatkan kombinasi watak berbeza secara tak sengaja iaitu mereka berpisah dengan tidak dijangka (contohnya pada kebiasaan kisah Taichi - Yamato, ada pula episod melibatkan Taichi - Takeru atau Taichi - Jyou dan macam-macam lagi kombinasi lain) 

Demikianlah antara isi menarik yang aku dapati dari anime tersebut. Walaupun siri Digimon dah mencapai 6 musim iaitu Digimon Adventure, Digimon Adventure 02, Digimon Tamers, Digimon Frontiers, Digimon Savers, Digimon Cross Wars. Namun hanya musim pertama ni sahaja yang paling jelas memaparkan babak tersebut ^-^! sementara musim yang lain lebih bersifat stereotype dan tipikal..

Oh, sempena ulang tahun ke-15 sejak Digimon diterbitkan, pihak pengeluar telah mengeluarkan siri game Digimon Adventure untuk konsol PSP. Game ni memang berdasarkan anime musim pertama 100% disertai beberapa babak tambahan.. Antaranya seperti video berikut, semua watak utama Digimon mampu evolve ke peringkat Mega (Kalau dalam anime, hanya Agumon dan Gabumon je yang ada kemahiran ni)


"Can't wait to get the chance to play this game ^-^ cepat la keluar versi English.."


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)