Penyiasat Remaja

Cuti rehat hari ni. Aku keluar berjumpa kawan lama di Sungei Wang. Alang-alang di situ, aku ambil peluang untuk melawat ke SunComic kedai buku (komik)  acap kali aku ke sana.. ^-^ Dah lama tak datang sini, masih banyak lagi komik-komik yang dijual sejak 12 tahun (kali pertama aku dibawa ke sana masa tingkatan 1)..

aku minat buku ni! ^-^ kali ni siri kemunculan semula
Maka aku berjumpa lagi dengan komik kegemaran aku - Penyiasat Remaja (atau tajuk asal jepunnya "Kindaichi Shounen no Jikenbou"). Macam detektif Conan, komik ini juga berkisarkan tentang pelajar sekolah menengah yang pandai membuat taakulan / deduksi, menyelesaikan kes-kes pembunuhan ketika menjalani kehidupan seharian. Bagi komik ni secara ringkasnya;
"Mengisahkan kehidupan seorang pelajar bernama Hajime Kindaichi, cucu kepada detektif terkenal. Walaupun secara luarannya, Hajime ni bukanlah pelajar yang pandai dan cemerlang, namun diperihalkan bahawa dia mewarisi kehebatan detektif seperti datuknya itu bukanlah khabar angin semata-mata. Dia sering membantu polis menyelesaikan kes-kes pembunuhan yang rumit.. Cerita utama siri Penyiasat Remaja ni ialah tentang Hajime bertungkus-lumus menangkap musuhnya Yoichi Takatoo, pembunuh kejam yang merupakan dalang bagi kebanyakan kes-kes pembunuhan yang berlaku.. Banyak kali berjumpa tapi mesti dia dapat lari.."
Siri ni ada versi anime juga tapi entah kenapa sangat terhad untuk didapati >_<! sayangnya~


Oh ya, aku memang suka komik-komik yang berkaitan misteri / detektif ni. Bagi aku, komik ni ajak kita berfikir ketika cuba menyelesaikan misteri yang diberi.. Misalnya masa tengah baca-baca, kita sendiri cuba memikirkan logik / kemungkinan satu situasi. Dan kemudian menariknya, pada pengakhiran kes akan dibentangkan segalanya.. ^-^ isn't it exciting..?

ada siri crossover ^-^
Aku berpendapat komik Penyiasat Remaja ni lebih realistik kalau nak dibandingkan dengan Detektif Conan, iaitu padanya;
  • Watak utama perlu mengharungi satu jarak masa yang tertentu baru dapat fikirkan penyelesaiannya. Berbanding dengan detektif Conan, magiknya clue penyelesaian disampaikan sekitar latar pembunuhan tu juga pada kebanyakan kes (Super pandainya Shinichi ni --> less realistic)
  • Tiada alatan-alatan canggih untuk membantu siasatan 
Namun, aku tetap suka keduanya ^-^ harap-harap suatu masa nanti adanya kisah crossover tentang gandingan / saingan mereka berdua..

Sementara itu, melalui komik ni juga aku mula beri perhatian kepada seseorang dan berkawan rapat dengannya..
"Kalima Inachus / Konoha-choh adalah idea dari Penyiasat Remaja siri permulaan volume 22. Pada awal 2001, komik tu memang popular dalam kalangan kawan-kawan. Tapi siapa tahu, aku telah dipertemukan dengan seorang kawan ni.." <-- Wanted! episod 5 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)