Manual

Sejak kebelakangan ni, aku dapati kerap sangat pula aku memandu kereta ni, bermula hari kenduri kahwin seorang sahabat lama (dalam entri eksplorasi jalan raya), diikuti bawa keluarga angkat jalan-jalan KL dan Shah Alam. Terbaru hari (tarikh entri) ni, aku saja ingin berjumpa dengan kawan lama di Bangi pula dan ajak makan-makan..
"Eh Syed! Kau bawak *manual eh?" (*merujuk kepada sistem transmission gear kereta yang aku bawa..) - antara komen yang aku dapat bila mereka tumpang kereta aku..
"Haah, ni kereta (arwah) mak aku..
"Dah jarang jumpa. Selalunya kat bandar ni semua pakai auto je sekarang ni. Sampai ada yang dah tak biasa dengan manual lagi dah" (nota - ketika mendapatkan lesen memandu, semua pengguna kereta akan diberikan kereta manual. Jadi pengalaman mengendali kereta manual ni sebenarnya pernah ada, suatu masa dahulu) 
Tak sangka pula gear manual ni menarik perhatian para penumpang sekalian. Aku setuju bahawa teknologi kereta mutakhir ni iaitu sistem transmission auto lebih mudah dan disukai oleh pengguna. Sementara aku masih lagi menggunakan kereta peninggalan arwah wan sememangnya tetap kekal dengan sistem manual. Jadilah aku terus menggunakannya sehingga ke hari ni..


Kalau diimbau masa silamku, sejak dapat lesen kereta aku memang tak suka kereta manual ni ^-^! struggle betul nak kawal clutch untuk mulakan perjalanan. Selalu mati enjin je. Situasi boleh menjadi lebih teruk di jalan berbukit sebab silap-silap boleh reverse ke belakang pula..
"Haha, alhamdulillah aku lulus ujian bukit in one shot.. ^-^! curious juga aku, macam mana la boleh lepas.. nasib baik je kot~"
Atas faktor ni, aku sering memilih menjadi pemandu terakhir (last driver) dalam ahli keluarga. Namun, Alhamdulillah aku mempunyai adik-beradik yang sentiasa memberi sokongan dan tunjuk ajar. Maka berkat usaha tersebut, akhirnya aku dah biasa menggunakannya sehingga ke hari ni..
"Seems i'm going to enjoy using manual for the time being.. After all, it looks cool and fun in some way~" ^-^ 

Namun yang paling penting, tak kiralah sistem apa sekalipun pastinya aspek keselamatan diri dan penumpang perlu diberi keutamaan. Kena berhati-hati ketika memandu ^-^ Banyak kemalangan jiwa berlaku di jalan raya atas sebab kecuaian dan pada masa tu sistem auto/manual tidak lagi dipersoalkan..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)