Manjalitis

Hari (tarikh entri) ni aku bertugas di wad SW14 iaitu wad kelas pertama di HKL. Perbezaan nyata wad ni dengan wad biasa adalah pesakit diberikan bilik yang lebih selesa dan kurang sesak (sama ada bilik persendirian/ berdua/ berempat sementara wad biasa lebih kepada open space) tentulah dengan bayaran yang berbeza. Selain itu, pesakit berpeluang memilih menu ketika masa makanan diagihkan..

Jadi antara pesakit yang tinggal di wad ni termasuklah mereka-mereka yang berkemampuan lebih (orang KL kebanyakannya tiada masalah pun nak bayar lebih ^-^!) terdiri daripada golongan korporat dan berjawatan hebat dalam institusi masing-masing. Tak terkecuali watak VIP (very important person) pun turut sama hadir di sini. Maka di sinilah cabaran hebat timbul buat kami - Manjalitis (^-^! aku lagi selesa guna istilah sendiri 'Manjalosis') Jadi apakah halnya dengan manjalitis ni? Aku sendiri tak diberi takrifan sebenar namun dari taakulan aku:
"Manjalitis ni satu kelakuan yang kurang baik oleh pesakit kerana selalu dituruti akan segala kemahuan mereka" - kamus dewan edisi empat (nota - istilah manjalitis ni sebenarnya diambil dari kata dasar "manja-" serta ditambah "-litis" diambil dari istilah perubatan iaitu merujuk kepada satu proses inflammation, diaktifkan apabila menghadapi satu 'ancaman') ^-^! suka hati je andaian aku ni tentang asal usul istilah ni..
Jadi demikianlah halnya. Antara contoh perangai manjalitis ni ialah 'tak tahan sakit', 'demanding dan pelbagai lagi. Dan ia ni paling menjadi-jadi apabila pesakit ditempatkan di wad kelas satu. Paling tak best sekali banyak halnya dikemukakan ke pihak atasan untuk tindakan (nota - sebab mereka ni watak VIP, maka sebarang aduan pastinya akan diberikan tindakbalas dengan tujuan menjaga nama baik) walaupun pada dasarnya staf hanya menurut protokol yang ditetapkan oleh hospital;

  • Ambil consent untuk prosedur memang la kena terangkan macam-macam (tujuan, cara, risiko, kemungkinan buruk) --> tu pun nak mengadu menakut-nakutkan..
  • Ada masanya ingin tegur pesakit (jangan merokok / buat bising nanti orang lain terganggu) --> diadunya staf tak mesra 
  • Bila sampai masa nak balik, mereka ni la paling tak sabar-sabar nak keluar (sedangkan perlunya urusan untuk mohon temujanji followup, bil, ambil ubat, bagi slip cuti sakit, pengesahan dari specialist terbabit --> semua urusan ni agak memakan masa sedikit)

"Boleh aku faham sedikit sebanyak akan pemikiran pesakit sebegini: iaitu mereka telah bayar lebih, maka mereka mengharapkan layanan yang lebih (istimewa) berbanding dengan pesakit biasa yang lain. Jadi sama ada sengaja atau tak, mereka nampak lebih mengada-ngada sikit.."
Namun, kasihannya pada doktor dan staf yang merawat la. Selain tekanan dari pihak atasan, terpaksa pula melayan kerenah pelbagai pesakit ^-^! Pentingnya nak diingatkan, aku tak pasti la orang lain macam mana. Tapi aku percaya semua pun inginkan yang terbaik dalam urusan harian mereka..

Some other stream of thought
"Secara jujurnya, aku cuba sedaya upaya untuk elak berperangai sebegini dalam kehidupanku. Tentulah, aku juga inginkan kehidupan yang serba selesa dan baik, namun jauh sekali niatku untuk menyusahkan pihak lain selagi mungkin, sebaliknya kalau boleh ingin aku kongsikan keselesaan tersebut dengan mereka" - impian naif 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)