For One More Day

Huh, baru-baru ni agak sibuk. Tapi aku cuba juga meluangkan masa menulis blog ni.. ^-^! Baik, entri kali ni berkenaan buku pula. Aku telah diperkenalkan kepada buku berikut baru-baru ni. Antara intipati cerita ini adalah:
For One More Day oleh Mitch Albom
"Charley Benetto is a broken man, his life is destroyed by alcohol and regret. He loses his job. He leaves hs family. He hit rock bottom after discovering he won't be invited to his only daughter's wedding. And he decides to take his own life.. Charley takes a mdnight ride to his small hometown; his final journey. But as he staggers into his old house, he makes an astonishing discovery. His mother - who died 8 years earlier - is there, and welcome Charley home as if nothing had ever happened..." (sebahagian sinopsis kat cover belakang buku)
Secara jujur, aku masih lagi di pertengahan bacaan buku tersebut. Namun, aku dapati buku ni sangat menarik lagi menyentuh perasaan. Ye la, cuba bayangkan; apabila kita kehilangan salah seorang yang disayangi (eg. ibu bapa) --> kemudian bila kita muhasabah kenangan silam baru kita sedar banyaknya perkara yang kita dah buat silap pada mereka --> kita berharap agar diberi kesempatan untuk tebus kesalahan tersebut.

Demikianlah perihalnya kisah buku tersebut.. Ternyata buat aku rindu pada (arwah) Wan pula. Oh ya, teringat aku suatu masa dulu pernah mimpikan arwah;
"Ada suatu hari ni aku datang semula ke rumah (masa kecil dulu) di Kerteh, rupa-rupanya rumah lama tersebut didiami oleh emak dan ayah. Emak dan ayah sihat-sihat saja (tanpa sebarang penyakit kritikal stroke) dan ceria, menyambut aku umpama aku sedang pulang ke 'kampung' melawat mereka.." - olahan semula post Facebook 16 September 2012 di group MySibling
Kebetulan sama pula dengan jalan cerita novel tersebut ^-^! adoi, rindunya aku.. Al-Fatihah

Some other stream of thought
Aku ni bukanlah jenis yang suka membaca, namun aku tetap melawat dan meluangkan masa berjam lamanya di kedai buku Popular, MPH, BORDERS dan sebagainya mengeksplorasi buku-buku yang ada. Malah, aku perasan bahawa aku sentiasa meronda-ronda perpustakaan sekolah(SBPIR)/ matrikulasi (KMpK)/ universiti (UNIMAS) pada hari-hari terakhir aku habis pengajianku (pada masa ni, orang lain dah sibuk-sibuk mengemas untuk pulang tak kembali) 
"walaupun tampak tak jelas tentang minatku untuk membaca, namun jauh dalam hati aku tetap suka buku ^-^ moga perasaan ni kekal lagi bercambah.."
"membaca itu kunci ilmu (القراءة مفتاح العلم)" - entri cara studi yang pelbagai (isi 1)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)