Cara studi yang pelbagai (isi 1)


Trigger
Sedang aku mengemas (menyusun) buku ke dalam rak buku yang baru dibeli, aku tertarik pada mesej nota ketika studi aku di UNIMAS dulu. Mesej tersebut adalah sekadar peringatan kepada diri andai semakin lupa dan malas pada suatu masa akan datang. Serta-merta mengingatkan aku tentang pertanyaan tipikal orang ramai ketika bertemu semula baru-baru ni ^-^!
"Macam mana kau studi sampai berjaya? Kongsikan la tips skit" - pertanyaan daripada seseorang kenalan lama 
Jadi entri kali ini membincangkan cara studi yang aku selalu cuba amalkan. Ada beberapa cara studi yang aku dapati sangat menarik namun fokus kali ni adalah berdasarkan mesej no3 dari nota lama aku.. Mungkin yang tertera itu tak jelas sangat maka aku akan tuliskan semula di sini (diubahsuai menjadi bahasa melayu sepenuhnya) :
"Tentulah, nota ini ditulis untuk diri aku yang malas nak baca buku tebal tapi serius, masa tulis (nota) tu, aku akui yang membaca ni tak la begitu membosankan ^-^ cuba la semula kalau tak percaya"
Fokus A - membaca itu kunci ilmu (القراءة مفتاح العلم)
Tak dapat dinafikan bahawa membaca itu cara tipikal untuk belajar (seterusnya berjaya)~ ^-^! takpe, mula-mula sekali, mari kita ingat semula wahyu pertama Allah kepada Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.." (Surah Al-'Alaq 96:1-5)
Apa yang menarik perhatian aku ialah; Rasulullah ditakdirkan menjadi seorang yang tidak tahu membaca, tetapi ini adalah wahyu (bahkan yang pertama) yang diturunkan Allah kepadanya. Berdasarkan ayat tersebut, aku rasa tentunya membaca itu antara unsur penting untuk menggapai kejayaan..

Jadi membaca tu sangat banyak faedahnya tak kira la bahan bacaan itu berupa akhbar, buku-buku, media internet dan pelbagai lagi. Sebagai ringkasan tentang faedah membaca (tiba-tiba aku rasa macam promote kempen membaca pula ^-^! huhu);
  1. menambah ilmu pengetahuan (terutamanya apabila bahan bacaan bersifat ilmiah) 
  2. sebagai satu senaman minda - membaca akan menimbulkan rasa ingin tahu seterusnya mengaktifkan proses berfikir
  3. mengurangkan stress/ tekanan kerja (terutamanya bagi yang menganggap membaca sebagai hobi masa lapang)
  4. memperbanyak kosa kata
  5. mengukuhkan kemahiran dalam berkomunikasi
  6. (dan banyak lagi yang boleh difikirkan)
Oleh itu, jom la kita sama-sama pupuk minat membaca. Semoga dengan amalan membaca ini kita semakin memperbaik kehidupan di dunia dan akhirat. Insya-Allah ^-^! untuk diri sendiri juga, semoga rajin istiqamah dalam membaca.. Aamiin~

Wanted! episod 84 (season III) adalah tentang studi
Some other stream of thought
Dalam mengharungi kehidupan sebagai pelajar, aku perhati ada pelbagai cara studi yang dipraktikkan oleh kawan-kawan dan kenalan sekeliling. Setiap orang ada cara dan usaha tersendiri untuk mencapai kecemerlangan. Ada yang buat nota, ada yang buat studi group, ada yang guna mnemonic (formula untuk ingat)..

Namun, kepelbagaian ini bukanlah bertujuan untuk membuat perbandingan (yakni menentukan mana satu yang terbaik). Bahkan tiap-tiap orang ada kadar effektif masing-masing. Asalkan usaha tersebut membantu ke arah memajukan diri maka sebaiknya masing-masing terus digalakkan dengan cara tersendiri (dan selagi takde mudarat pada diri dan sekeliling)

Jadi apakah cara studi yang anda sukai? Bagi aku ialah.. (sambung ke isi 2) ^-^!



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)