Language barrier

Antara adegan yang berlaku hari ni;
"Puan A (nama asing, dalam entri ni sengaja digunakan huruf A agar tidak merujuk kepada siapa-siapa), ya? Selamat pagi, puan. Nama saya (memperkenalkan diri sendiri), doktor yang bertugas hari ni.." - tanyaku ketika saat pertama bertemu pesakit di klinik
"..." - pesakit kelihatan termanggu-manggu di situ 
"Doktor, dia berasal dari Myammar ni", terang si jururawat selaku *chaperon (*'saksi' wanita yang professional bagi doktor lelaki ketika berjumpa dengan pesakit wanita) di bilik rawatan sambil menyelak buku rawatan
"Bahasa Melayu.. boleh faham? English?", tanyaku kepada si pesakit 
Pesakit menggelengkan kepala..
"Nampaknya kita perlu translator ni, nanti saya panggilkan..", kata jururawat
Fokus - kepelbagaian bahasa
Sebagai permulaan, jom kita rujuk semula firman Allah s.w.t (yang sama seperti entri lalu) iaitu:
"Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan. Kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah mereka yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti" (Surah Al-Hujurat 49:13) 
Jadi apabila diciptakan manusia yang berbangsa-bangsa dan bersuku-suku maka tentunya wujud juga aneka bahasa sebagai salah satu dari budaya bangsa tersebut. Perbezaan bahasa ini merupakan satu cabaran / ujian terhadap manusia untuk berinteraksi atau berhubung sesama mereka. Dan sekali lagi, mereka yang paling bertaqwa sentiasa melihat secara optimistik, iaitu perbezaan ini bukan satu faktor penghalang untuk mereka menjalin ukhwah serta saling hormat-menghormati.

Aku akui; walaupun di Malaysia, terdapat juga penggunaan bahasa yang berbeza-beza walaupun sesama bangsa Melayu iaitu wujudnya dialek tertentu bagi sebilangan negeri (eg. Kelantan, Terengganu, Sarawak dll). Apatah lagi rakyat Malaysia sendiri terdiri dari pelbagai kaum, masing-masing mempunyai bahasa sendiri.

Aku berpendapat penguasaan bahasa *asing (*merujuk kepada semua penggunaan kata asing yang bukan dari piawai Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris) ni sangat penting dalam kehidupan seharian. Apatah lagi, bagi golongan dewasa yang mula berinteraksi dengan aneka pihak dari pelbagai tempat. Sebab aku pernah terdengar cetusan idea bahawa 'untuk memenangi hati (impresi baik) sesuatu bangsa, hendaklah dikuasai bahasa pertuturannya' (nota - ayat ni olahan sendiri >_<! aku dah lupa mana aku jumpa idea ni.. insya-Allah bila dah jumpa aku akan kemaskini semula entri ni). Jadi aku dapati ada benarnya idea tersebut melalui pengalaman peribadi di Sarawak, ketika aku bertutur dengan kosa kata tempatan, mereka lebih terbuka dan berkongsi banyak dengan aku ^-^

Menarik, kan? Selain mencapai komunikasi berkesan, kita juga secara tak langsung telah menjalin ikatan silaturrahim dengan mereka melalui penguasaan bahasa yang mereka gunakan..

Nota - bukanlah niat aku untuk secara rawaknya mengajak kawan-kawan belajar bahasa asing apatah lagi bagi yang tak berminat, cuma entri ni hanyalah bertujuan menyatakan isi hati betapa menariknya bahasa sebagai medium komunikasi yang mampu menghubung dan menyatukan manusia ^-^ Berkata tentang komunikasi ni, teringat aku akan satu nasihat dari sister (UNIMAS 2009/10) ketika aku belajar klinikal O&G di Hospital Sibu;
"Ask permission from nurses or doctors if you want to observe or conduct procedures (deliveries). Make sure you communicate well with your friend, too! Don't simply assume that these people want to do, because you don't know until you communicate with them. Only through communication, we can understand and help each other"
Tentulah, untuk berkomunikasi secara berkesan perlunya penguasaan bahasa yang baik. Jadi, kan bahasa tu penting juga dari satu aspek kehidupan? Allahu akbar~ ^-^ Besarnya kekuasaanMu ya Allah~

Some other stream of thought

Teringat pula perkongsian yang aku pernah jumpa di laman sosial Facebook. Maka ingin aku selitkan di sini untuk difikirkan bersama Aku cuba cari semula gambar + penjelasan penuh tapi gagal v_v sebaliknya terjemahan ni adalah berdasarkan ilmu & naluri sendiri. Sila beri tunjuk ajar sekiranya terdapat kesalahan menterjemah:
Jangan dilupakan bahasa Arab sebagai bahasa akhirat nanti ^-^
Mereka kata: "kasihannya (bagi) siapa yang tidak mengetahui (bahasa) Inggeris, tentunya dia menghadapi kesusahan dalam memahami perkataan manusia"

Dan aku kata: "kasihannya (bagi) siapa yang tidak mengetahui (bahasa) Arab, tentunya dia menghadapi kesusahan dalam memahami perkataan Tuhan" manusia"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)