Jalinan [ada Lagu juga]

Minggu ni aku ditempatkan bertugas di klinik (O&G), kali ni betul-betul dengan rakan sekerja yang berbeza dari yang selalu ^-^ huh, kena menyesuaikan diri dengan rakan baru. Harap-harap dapat la menyesuaikan diri dengan mereka ni. Dah la aku ni pendiam sikit ^-^
"tapi nanti sekejap, sebenarnya ni bukan kali pertama pun bagi aku.."
Fokus - kepelbagaian jalinan ukhwah
Ya, ini bukannya kali pertama situasi sebegini. Pada masa lalu, aku seorang diri dah menempuh beberapa suasana asing beserta rakan baru..
  • ketika perpindahan dari Terengganu --> Kuala Lumpur (2001) lalu terus masuk sekolah asrama
  • mendaftar diri di SBPI Rawang (2004)
  • menyambung pelajaran di peringkat matrikulasi perak (2006) dalam bidang perubatan
  • menuntut ilmu perubatan di UNIMAS (2007-2012) 
  • terbaru, memulai kerjaya sebagai doktor di HKL ni..
Pendek kata sebenarnya, aku berpendapat setiap orang akan mengalami situasi sedemikian yang mana kita akan ditempatkan di tempat yang serba baru dan asing. Bergantung kepada diri masing-masing untuk adaptasi dan menyesuaikan diri dengan persekitaran ^-^ Teringat semula firman Allah yang bermaksud:
"Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan. Kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah mereka yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti" (Surah Al-Hujurat 49:13)
Apa yang aku belajar dari firman tersebut betapa Allah telah menciptakan manusia itu terdiri daripada pelbagai bangsa dan suku. Jadi apabila kita bertukar ke suatu tempat lain, ternyata kita akan menemui lebih ramai jenis manusia serta ragam masing-masing. Dan mereka yang paling bertaqwa dalam konteks ayat tersebut aku fahami adalah orang yang melihat kepelbagaian manusia tersebut sebagai satu yang berhikmah. (tentulah, orang tersebut secara jelasnya bertaqwa kepada Allah dari aspek amalan ibadah), dan juga dalam hatinya mereka bersyukur dengan hikmah kepelbagaian tersebut --> kesannya memupuk sifat hormat-menghormati dan saling membantu sesama mereka walaupun perbezaan pendapat.

Antara hikmah yang dapat difikirkan ialah tentunya kita lebih banyak dapat bertukar idea & buah fikiran, selain itu jaringan komunikasi semakin meluas merangkumi pelbagai aspek kehidupan pada sempadan geografi yang berbeza. Allahu akbar~ (banyak lagi hikmah lain, tak larat nak ditulis dalam satu entri ni je)

Some other stream of thought
Namun, banyak kali aku perhatikan dalam kalangan kawan-kawan aku, mereka selalu inginkan bersama 'rakan lama' ketika bertugas, dengan alasan tak dapat membiasakan diri. Misalnya selalu menetapkan jadual agar ditempatkan bersama, atau mesti nak bersama-sama dalam aktiviti harian.. Alhamdulillah, dari satu sudut, adegan tersebut memaparkan persahabatan yang sangat intim ^-^ cuma secara peribadinya aku tetap dengan pendirian akan keperluan untuk berpisah sekali-sekala berjuang dalam suasana baru & mencari kawan baru..

Berkata tentang jalinan, teringat aku satu lagu nasyid. Maka ingin aku selitkan (kongsikan) dalam entri ni, semoga mesej yang disampaikan dapat membantu kita ke arah hidup yang lebih baik, insya-Allah.. Mempersembahkan, daripada kumpulan UNIC - Jalinan.


"Haha, lagu ni, mengingatkan aku kepada seorang sahabat 'tika sekolah menengah dulu.. Rindu padanya, dengar-dengar dia baru tamat pengajian" ^-^

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)