EarthBound [Game PC, Snes]

"Game ni merupakan game dari genre RPG yang pertama aku main. Kalau tak silap aku main kali pertama (atau lebih kepada tengok abang main game masa tu) pada tahun 1998. Dan tentulah, meningkat dewasa sikit aku mula main sendiri.." 
EarthBound [PC, SNES]
Game ni merupakan salah satu daripada siri trilogi (game) Mother hasil ciptaan Shigesato Itoi, Keiichi suzuki, Hirokazu Tanaka dan diterbitkan oleh syarikat Ape Inc.

Game ini berkisar tentang pengembaraan seorang budak bernama Ness (tapi penamaan watak utama adalah bergantung kepada pemain, mungkin ada yang letak nama sendiri) yang mempunyai kuasa psychic, mengembara ke seluruh dunia (maya = game world) untuk mengumpulkan Eight Melodies dalam usaha menyelamatkan dunia masa hadapan daripada kejahatan makhluk asing yang ingin menakluk dunia. Sepanjang pengembaraan, Ness akan berhadapan dengan pelbagai cabaran serta perlukan bantuan daripada rakan seperjuangan..

menjelajah pasar tani

naik bas awam (kena bayar)

Tolong pakcik penggali di padang pasir
jumpa kawan di pantai 
Jom saksikan opening trailer seperti di bawah..


Disebabkan game ini adalah dari unsur RPG, maka tak dapat la aku nak jelaskan plot secara penuh, sebab panjang berjela-jela (kalau tengok website lain, memang banyak page)

--------------------------------------------------------------------
Game ini memberikan aku impresi yang baik terhadap RPG, maka sejak itu aku mula aktif menceburi kepelbagaian RPG yang lain seperti Pokemon, Final Fantasy, Chrono Trigger dan lain-lain ^-^ antara unsur yang menarik perhatian dari genre RPG secara umumnya:
  • meneroka bandar / dungeon baru yang menimbulkan sifat ingin tahu (eg. excited nak tahu macam mana la keadaan bandar yang lain.. ^-^)
  • pemain dapat set-up watak seperti magic dan equipment sendiri (eg. membuatkan aku selalu ingin mencuba pelbagai kombinasi hebat)
  • jalan cerita yang menarik perhatian. Kita sebagai pemain seolah-olah turut berperanan untuk menyambung isi ceritanya dengan betul agar dapat diketahui penutupnya..   
Siri Game kenangan yang lain boleh didapati dari halaman ini --> Game (blog aku)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)