Rumah

Beberapa hari lalu (ketika hari rehat), aku ikut kakak aku tolong survey berkenaan rumah untuk dijual / disewa. Jadi, berlegaran la kami di sekitar kawasan rumah aku dengan harapan dapat menjumpai rumah sewa/ jual yang berpatutan untuk kakak.
"Sebenarnya kami mencari rumah bagi pihak keluarga abang aku yang terpaksa berpindah keluar dari rumah asalnya atas faktor pekerjaan. Alang-alang, mungkin aku boleh timba pengalaman berkenaan mencari rumah ni" ^-^
Oh ya, kebetulan aku dah meningkat dewasa ni, sudah sampai masanya aku fikirkan untuk hidup berdikari. Aku faham tempat tinggal adalah salah satu unsur keperluan untuk hidup dan aku sedar aku tak boleh berharap rumah yang ada itu menjadi milikku v_v lagi pula, mungkin ni adalah salah satu dari persediaan sebelum berkeluarga sendiri..
"Rumah yang bagaimana yang kau impikan, Syed?" ^-^! <-- aku yakin setiap semua orang mempunyai rumah impian sendiri
Rumah impian aku terbahagi kepada 2 situasi iaitu situasi ketika sendirian dan ketika suasana keramaian. Jom tengok fokus ringkas ini:

Fokus A - ketika sendirian


Cuba teka; rumah asal ni milik siapa?
Telah banyak aku meneliti jenis-jenis rumah, dan aku tertarik tanpa ragu dengan model rumah seperti dalam gambar yang tertera ini ^-^ aku sukakan suasana yang serba sederhana yang ditunjukkan melalui rumah ni - tidak terlalu besar, tidak juga terlalu kecil..
"Bagi situasi yang sedemikian, aku merancang setidaknya rumah tersebut mempunyai ruang tamu, ruang solat, 2 bilik tidur (satu untuk sendiri, dan satu lagi untuk tetamu) dan ruang dapur.. Dan tak lupa juga, seperti gambar tersebut, adanya ruang terbuka untuk menjemur pakaian.." ^-^ 
Fokus B - ketika berada di suasana keramaian
contoh extended family
Namun, aku perlu fikirkan juga kemungkinan suasana keramaian, lantaran aku mempunyai 5 adik-beradik (termasuk aku) dan masing-masing mula membentuk keluarga baru. Jadi, pasti ada masanya aku ingin mengumpulkan semua ahli keluarga ni dalam satu ruangan.. (Note - mungkin ada alternatif lain untuk berkumpul di hotel / dewan / masjid, tapi aku berpendapat rumah adalah tempat yang paling selamat & jimat kos ^-^). Jadi, asalnya aku berniat agar 'rumah impian' aku ni mampu menampung bilangan ahli keluarga yang lebih ramai.
"Hubungan kekeluargaan yang kuat memberi idea sebegini. Lantaran tiap-tiap ahli keluarga aku sering mengajak untuk berkumpul bersama (eg. buat makan sama-sama, buat majlis). Walaupun semua aktiviti tu bersifat occasional sahaja, namun apabila melihat semua ahli keluarga berkumpul bersama, berkongsi pengalaman/ kisah serta menjalin hubungan yang lebih akrab, aku berasa sangat gembira.."
^-^ Haha, who do me takes after, i wonder? Of course, it's from my beloved (late) mom" 
-------------------------------------------<section closed>------------------------------------------------

Namun, kedua-duanya hanyalah sekadar impian semata-mata. Walaupun tak pasti ianya dapat direalisasikan, tapi setidaknya insya-Allah aku akan berusaha ke arah itu..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)