Tenangkan diri

Dah separuh dari 48jam rehat sebelum sambung bekerja ^-^! huh, rasanya aku perlu menenangkan diri dalam setiap 3 hari menempuhi stress bekerja ni. Oleh itu, bagi menenangkan diri ada beberapa aktiviti yang telah aku lakukan hari ni, termasuklah:
  • Main PSP (video game) kegemaran aku puas-puas selama 2-3 jam 
  • Berlatih memasak sejak sekian lama
  • Tengok anime beberapa episod dengan layannya
  • Keluar meluangkan masa bersama ahli keluarga 
  • Berjogging melihat alam sekeliling
Alhamdulillah, setiap satunya memberikan kesan menenangkan hati. Tapi aku sedar bahawa semua yang tersebut hanyalah efek sementara yang tidak berkekalan. Maka acara akhir untuk hari ni adalah pergi ke masjid untuk solat berjemaah dan menghadiri majlis ilmu. Tapi ditakdirkan penceramah untuk malam ini tidak hadir kerana ada urusan lain, jadi aku meluangkan masa Maghrib-Isyak hanya membaca Al-Quran dan meneliti maksudnya..
"Rindunya~ dulu masa di alam persekolahan, jadualnya telah mengaturkan agar aku (dan kawan-kawan) untuk mengisi masa di surau (SMKSJ) / masjid (SBPIR); baca Al-Quran, solat sunat, Yaasiin, tazkirah dan ceramah. Dah lama tak datang masjid sejak masa tu.." ^-^ (boleh rujuk entri Rutin asrama yang aku ingin kekalkan)
Fokus - tenang dengan zikrullah Allah
Menariknya, sepanjang berada di masjid tersebut aku berasa satu ketenangan yang tiada tandingan (kalau nak bandingkan dengan semua aktiviti yang disenaraikan sebentar tadi), seraya membuatkanku teringat akan Firman Allah dalam KalamNya (yang bermaksud):
"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah, hati akan menjadi tenang tenteram" (Surah Ar-Rad'u 13:28)
Berdasarkan firman tersebut, memang perlu diimani kebenarannya. Maka aku perlu banyak-banyakkan lagi untuk zikrullah terutamanya ketika menghadapi situasi stress. Tapi, hendaknya janganlah kita (aku) hanya ingat Allah ketka susah dan stess sahaja. Yang terbaik adalah sentiasa mengingatinya dalam setiap perbuatan harian, selari dengan firmanNya lagi:

Marilah sama-sama berusaha agar sentiasa zikrullah
Some other stream of thought..
Terdapat beraneka cara untuk mengingati Allah, tidak terhad kepada situasi di masjid sahaja.. Antaranya perlu merenung alam ciptaan Allah dan fikirkan kebesaran Allah, seperti mana firmanNya:
(iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, dan duduk, dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula sentiasa memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata, "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.." (Surah Al-'Imran 3:191)
Selain fikirkan kekuasaan Allah, ayat ini juga menggalakkan kita berfikir tentang hikmah dijadikan sesuatu perkara / peristiwa, segalanya mempunyai tujuan tersendiri.. ^-^

Allahu Akbar~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)