Hari Lahir

"Salam Hari Lahir, sahabat.." ucapku kepada seorang sahabat sempena hari lahirnya
"Thanks for the wish ^-^ Kau ingat lagi birthday aku eh? Terharunya aku" balasnya..
"Kalau aku la kan, aku tak ingat birthday-birthday ni. Birthday aku sendiri pun tak ingat. Aku tau pun sebab ada facebook reminder je. Kalau tak, mesti aku tak ingat. Kenapa kau nak ingat eh?" tanya seorang kawan lain
Fokus - hari lahir

Ya, aku akui laman sosial (eg. Facebook) mempunyai kemudahan reminder hari lahir kawan-kawan apabila sampai masanya agar kita dapat memberi ucapan selamat. Namun, secara peribadinya aku akan berusaha sendiri untuk mengingati hari lahir keluarga dan kawan-kawan. Bahkan, setakat ni alhamdulillah aku dapat nyatakan hari lahir kawan-kawan aku (terutamanya jika mereka pernah menyatakan tarikh tersebut ^-^)
"Kenapa beriya-iya sangat nak ingat hari lahir orang lain ni?" - soalan yang pernah diajukan kepadaku
Pertamanya sekali, melalui gambar yang terserta ni aku dapat katakan itu adalah tradisi keluarga aku untuk meraikan hari lahir ahli keluarga bila sampai masanya (aku pun tak ingat dah gambar ni ^-^!). Ya, aku dan adik-beradik saling mengingat tarikh lahir sesama sendiri. Cuma sambutan ni lebih kepada peringkat persendirian atau keluarga sahaja (iaitu sekadar tulis kad ucapan/ makan kek je, takdenye celebrate nyanyi atau majlis). Dan kian masa berlalu akhirnya aku mendapat pendirian seperti berikut:
"celebrating (wishing) birthday is a way of acknowledging one's existence in this world".. or so i believe~ ^-^  
Demikianlah penjelasan aku.  Kalau nak mengakui kewujudan 'orang penting' dalam hidup kita, hari lahirnya adalah antara cara yang baik. Hal ini kerana tanpa berlaku hari tersebut maka mungkin insan tersebut tak pernah wujud dalam hidup ini. Oleh itu, aku dengan kukuh menganggap hari tersebut adalah penting bagi orang tersebut.

Selain itu, atas dasar tersebut aku percaya sebilangan orang telah merahsiakan hari lahirnya di laman sosial (atau pun ada yang akan memalsukan hari lahir pada tarikh lain <-- eh nakal budak ni). Sama ada kemungkinan:
  • Orang tersebut memang tak ambil perhatian tentang tarikh lahir
  • Dari situasi itu dapat dilihat siapakah sahabat yang betul-betul mengenali. Tentulah hanya kawan rapat dan orang terdekat sahaja yang mampu ingat dengan tepat ^-^
Namun, aku dapati sebab yang kedua adalah lebih kerap digunakan. Aku bersetuju dengan pandangan tersebut. Kita sentiasa terlintas untuk mengenali siapakah kawan kita yang sebenar-benar mengenali diri. Cuma bergantung kepada pendirian individu masing-masing (ada orang gunakan kaedah lain untuk menilai)..

Sementara itu, aku tetap mengekalkan pendirian asal (iaitu tak kisah memberitahu tarikh lahir aku kepada sesiapa sahaja). Tapi dalam 'menilai kawan sebenar', sukanya aku meneliti isi kandungan ucapan dengan menggunakan pencapaian bertahap seperti berikut:
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
level 0 - tak tahu menahu tentang hari lahir langsung pun..
level 1 - ucapan yang bersifat umum (eg. "hb bro!")  yang mana mungkin sekadar kebetulan / copy paste
level 2 - ucapan yang lebih bersifat personal (sama ada ditambahi doa atau mesej yang peribadi). Aku kira setidaknya pengucap ni berusaha menulis sesuatu dari isi fikiran sendiri tentang diri kita
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Teringat aku akan satu nasihat daripada rakan sekerja aku baru ni yang berkaitan:
"Sometimes you have to try taking your hard time asking your friends' names and remember them well. This is where good trust can develop. When time comes where you need their help, and they are the you can rely on and they will need hesitate" - Visha
Aku setuju dengan nasihat tersebut dan aku juga ingin tambahi melalui hari lahir ^-^ Menjelang hari tersebutnya, insya-Allah aku akan luangkan masa mendoakan kesihatan dan kebahagiaannya..

Other stream of thought
  • Terdapat juga sambutan Maulidur Rasul sempena hari kelahiran Rasulullah s.a.w yang mana umat Islam digalakkan untuk lebih banyak berselawat dan beramal mengikut sunnahnya. Secara umumnya, paling terbaik apabila kita sentiasa ingat Nabi sepanjang umur kita, tapi maulidur Rasul tetap disambut bila tiba masanya (seolah-olah menunjukkan betapa kita mengakui kewujudan seseorang melalui event pentingnya sebagai tanda hormat). Menarik, kan? Jadi pengajaran yang aku dapat ialah hari kelahiran tu adalah event yang penting bagi seseorang, oleh itu, mungkin kita boleh ambil kesempatan untuk mendoakan kesejahteraan mereka.
  • Wayang bertajuk "Shrek Forever After" juga ada membincangkan persoalan 'tentang hari kelahiran' ni, yang mana apabila hari lahir Shrek telah dicuri maka Shrek telah hilang semua punca kebahagiaan yang dialaminya.
  • Hukum menyambut hari lahir secara ringkasnya adalah bid'ah jahidah.. seperti mana komen UIA 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)