[Lagu] Puji-pujian

^-^! entri kali hendaknya bercirikan relax sikit. Saja-saja aku ingin kongsikan satu lagu daripada kumpulan Raihan yang aku gemari sejak kanak-kanak dulu. Meningkat dewasa, aku masih lagi suka dengar lagu ni, tapi ditambahi perspektif yang berbeza tentang kefahaman dari lirik lagu ni.. Apa-apa pun, jom kita dengarkan lagu ni dulu dan hayati liriknya..



Fokus - Puji-pujian
Menariknya, lagu ini bertemakan pujian kepada Allah Tuhan Sekalian Alam, merangkumi pelbagai situasi kehidupan. Yang aku dapat faham, lagu ini bertujuan mendidik diri agar segala perkara disandarkan kepada Allah kerana Dialah yang menentukan semuanya. Berdasarkan lagu ini, 3 kalimah yang diucapkan:
  • Alhamdulillah diucapkan apabila sebagai tanda syukur kita diberikan nikmat oleh Allah berupa kejayaan, kebahagiaan, kesenangan dan lain-lain lagi. Ada banyak ayat-ayat suruhan agar kita bersyukur, antaranya:
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu,"Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras"(surah Ibrahim 14:7)
  • Allahu Akbar diucapkan apabila kita melihat kebesaran dan kekuasaan Allah melalui kepelbagaian alam ciptaanNya
  • Innalillah diucapkan apabila ditimpa musibah misalnya ketika menghadapi ujian kesusahan dan kesedihan. Seperti firmannya;
"..Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata,"Sesungguhnya kami milik Allah & kepadaNyalah kami kembali" (Surah Al-Baqarah 2: 155-156)
Other stream of thought
Aku selalu perhatikan khasnya di laman sosial facebook; ramai pengguna apabila berkongsi artikel tentang kebesaran Allah melalui pelbagai contoh, mereka akan gunakan "Subhanallah (Maha Suci Allah)" berbanding dengan "Allahu Akbar (Allah Maha Besar)". Tentulah aku bersetuju kedua-duanya adalah kalimah memuji Allah s.w.t, namun pada satu tahap aku berasa sukar untuk mentafsirkan rasional dan ketepatan penggunaan kalimah tersebut. Hal ini kerana melalui penelitian aku dalam terjemahan AlQuran, "Subhanallah" akan digunakan untuk menangkis dakwaan orang kafir yang jahil tentang Allah. Misalnya, mereka mengatakan bahawa Allah mempunyai anak, maka 'Maha Suci Allah" (dari apa yang mereka katakan itu).
Analogi situasi melayunya seperti apabila orang berbuat baik kepada kita, tapi kita ucap "tahniah" berbanding dengan "terima kasih" (dua-dua sebenarnya ucapan yang baik tapi ucapan yang tidak mengena/tidak tepat dengan tujuan). Lebih kurang macam tu la..
Tapi teringat aku tentang satu nasihat (isi penuh dan sumber nasihat ni aku lupa --> akan update jika dah ingat nanti, insya-Allah); tak perlulah nak berbalah sangat tentang siapa betul dan siapa salah, takut-takut langsung tak dilakukan langsung. Jadi di sini, aku berpendapat asalkan kalimah yang disebut itu tetap mengagungkan Allah, maka bolehlah pejam sebelah mata je.. ^-^ (nota - sila tegur aku jika terdapat salah silap dalam pendirian sebegini, semoga aku berubah ke arah yang lebih baik)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)