Bersenam

Sejak menempuhi alam kerjaya ni, aku mula berjinak-jinak untuk memandu kereta. Namun, tetap aku khuatir akan menjadi malas dan kurang bergerak (seperti mana persoalan sampingan dalam entri giliran membeli kereta) apabila dah biasa nanti. Oleh itu, sekali-sekala aku bertindak untuk menggunakan tren seperti pada masa mula-mula lapor diri dulu (tak caya boleh rujuk semula entri transport ke tempat kerja) walaupun sudah berkereta (milik keluarga je pun)..
"Sekali-sekala *bersenam sikit pun apa salahnya.. Lagipun, masa studi (di UNIMAS) dulu pun dah selalu berjalan (dari hostel ke fakulti/hospital) kan.. takkan dah malas kot.."
15-20 min walk once a while should be a good exercise, all right ^-^!
Fokus - mengamalkan gaya hidup sihat
Jadi fokus kali ni adalah berkenaan bersenam ^-^! seperti yang semua sedia maklum, bersenam itu baik untuk kesihatan. Sebaiknya luangkan masa lapang untuk bersenam atau bersukan agar diri sentiasa cergas dan sihat. Teringat akan satu hikam arab:
"العقل السالم في الجسم السالم" Akal yang sihat (terdapat) dalam badan yang sihat
10 ciri-ciri muslim hebat ^-^ jom berusaha!
Islam juga begitu menggalakkan umatnya agar sihat & kuat tubuh badan. Seperti mana dalam 10 *muwasofat (sifat-sifat) muslim yang digariskan imam Hassan Al-Bana, salah satu darinya adalah qawiyyul jismi (iaitu sihat tubuh badan). Jom kita tengok hadith berikut yang bermaksud:
"Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah berbanding dengan mukmin yang lemah, (namun) pada keduanya (tetap) terdapat kebaikan. Bersemangatlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu serta mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah berasa lemah" (Riwayat Muslim)
Maka ayuhlah kawan-kawan. Jom berusaha mengamalkan gaya hidup sihat. Macam mana nak mula? Berikut adalah beberapa panduan untuk membantu mengamalkan gaya hidup yang aktif (perkongsian asal secara rawak dari sumber UtusanMalaysia)
  • Menggunakan tangga sebagai alternatif berbanding dengan lif/ eskalator di pejabat dan pusat membeli-belah (idea lain: boleh nak guna lif tapi berhenti 2 paras lebih awal dari destinasi dan bakinya guna tangga) 
  • Pilih berjalan kaki ke kedai / surau yang berhampiran dengan rumah (terutamanya kalau kedai itu hanya dalam kawasan perumahan sendiri)
  • Lakukan kerja-kerja rumah seperti menyapu atau mengelap lantai
  • Melakukan aktiviti berkebun (eg. menyiram pokok, menyusun pasu dsb)
Some other stream of thought
Untuk pengetahuan (aku pun baru tahu juga ni), Rasulullah s.a.w pun mempunyai sukan kegemaran tersendiri. Sila rujuk rajah yang diberi. Insya-Allah, mari kita sama-sama memupuk minat dalam sukan kegemaran baginda..
"Barangsiapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barangsiapa yang cinta kepadaku, maka akan masuk syurga bersamaku"
Sementara itu, selain dari berjalan kaki, aku juga meluangkan masa untuk bersukan seperti badminton, boling, jogging dll (sama ada dengan kawan-kawan ataupun ahli keluarga). Walaupun aku ni bukanlah daripada watak yang aktif bersukan, namun aku tak kisah meluangkan masa bersama-sama ^-^ Di samping mencapai badan sihat, dapat juga merapatkan ukhwah & silaturrahim..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)