Zakat

"Oh ya, dah berkerjaya sendiri ni kena mula bayar zakat la kan? Mcm mana eh, siapa tahu?? Tolong ajar.."  - status facebook 4.2.2013
Sebelum ni, kebanyakan urusan aku lebih hanya diserahkan kepada ayah dan sejak bekerja ni tibalah masanya untuk aku mula berdikari.. Dan tiba-tiba datang pula idea tentang ibadah zakat.. Jadi, kena ulangkaji sikit pasal zakat ni.. Jom, fokus;

Fokus - Zakat (sumber bacaan dari link info zakat)
Dari apa yang aku belajar, zakat ni rukun keempat dari Rukun Islam. Banyak ayat dari Kalam-Allah yang menyebut tentang suruhan zakat ni. Antaranya:
"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat” (Surah An-Nur 24:56)
Untuk sekadar pemahaman, zakat ni dari aspek bahasa ialah "bersih", "suci", "subur","berkat" atau "berkembang". Sementara zakat pada istilah syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada *asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak

*Asnaf ni merujuk kepada golongan --> fakir, miskin, 'amil (pengurus zakat), muallaf (baru memeluk islam), rhiqab (hamba yang ingin memerdekakan diri), qharimin (penghutang), fi sabilillah (yang berjuang pada jalan Allah), ibnu sabil (dalam perjalanan eg. musafir) seperti firman Allah yang berikut
"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana” (Surah At-Taubah 9:60)
Ringkasan hikmah atas pensyariatan zakat ni:
  • Sebagai salah satu bentuk ibadah kepada Allah. Jika solat adalah ibadah kepada Allah menerusi jasad dan badan maka zakat pula ibadah kepada Allah melalui harta dan pendapatan (seperti mana dalam Al-Quran eg. Surah An-Nur 24:56 dan banyak lagi surah lain yang menyebut kombinasi ibadah ini)
  • Membersihkan diri dari dosa dan mensucikan dari sifat bakhil, kedekut dan tamak. Bagi golongan penerima, mensucikan mereka dari sifat iri hati dan dengki terhadap kekayaan orang lain.
“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” (Surah At-Taubah 9:103)
  • Melahirkan perasaan bermasyarakat dalam diri setiap individu. Bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Bandingan orang Muslim dalam berkasih sayang, tolong-menolong sesama mereka seperti jasad yang satu; apabila satu anggota merasai kesakitan maka seluruh anggota berasa sakit, tidak lena tidur, dan panas badan" (Riwayat al-Bukhari no.6011 dan Muslim no.2586)
  • Menggalakkan seseorang bekerja keras dan tabah menghadapi cabaran
  • Menerapkan keamanan dan ketenangan dalam masyarakat
  • Menghapuskan kemiskinan
Jadi entri ni sebagai ingatan kepada diri sendiri (dan kawan-kawan) agar sentiasa berusaha ke arah kebaikan. Sebagai penutup bagi entri ni, ingin aku kongsikan satu lagi firman Allah:
"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebaikan (yang sempurna), sehingga kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya" (Surah Al-'Imran 3:92)
Some other stream of thought
  • Syarat-syarat wajib untuk mengeluarkan zakat: Islam, Merdeka, Sempurna milik, sumber harta yang baik, Cukup nisab, Cukup haul (genap setahun) v_v hmm, sesuatu yang perlu aku pertimbangkan.. Apa-apapun, aku perlu terus memperdalam ilmu berkenaan zakat ni..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)