Solat

Punch out kad pukul 7 petang (ketika bekerja shif siang hari), maka aku terus bergegas pulang dengan memandu kereta. Namun, seperti yang disangka jalan raya begitu sesak dengan kereta yang bertali-arus sepanjang Jalan Tun Razak, AKLEH dan juga di Jalan Ampang ^-^! Jadi, bagi mengisi masa mengharungi arus perjalanan yang perlahan ini, aku mendengar mp3 (lagu) secara rawak lagi shuffle. Sampai la kedengaran lagu kegemaran aku (dari genre nasyid ni) ^-^ jom, kita dengarkan Raihan - Mari Bersolat.


Fokus - Solat 5 waktu
Mendengarkan lagu ni membuatkan hati aku tersentuh dengan liriknya. Serta-merta mengingatkan aku tentang sejarah difardhukan solat 5 waktu sehari semalam ni ketika peristiwa Isra' dan Mikraj. Jom kita imbas kembali (aku ringkaskan jalan ceritanya sedikit):
-------------------------------<sedutan babak (dari Biografi Muhammad)>--------------------------------
"Ketika sampai di Sidratul Muntaha, baginda bertemu dengan Allah. Di tempat yang luar biasa ini, dalam pertemuan yang sangat luar biasa, Allah memerintahkan solat kepada Nabi Muhammad dan umat baginda.."
Nota - semua undang-undang & perintah Islam selalunya diturunkan melalui Malaikat Jibril (iaitu wahyu), tetapi perintah solat ni begitu penting+istimewa sehinggakan peristiwa solat difardhukan ini dilakukan secara langsung tanpa orang tengah. Maka betapa besarnya kepentingan solat ni di sisi Allah
Lalu Nabi Muhammad turun semula dan bertemu dengan Nabi Musa. Nabi Musa bertanya, "Apa yang Allah perintahkan untuk umatmu?". Nabi Muhammad menjawab, "Allah memerintahkan 50 fardhu solat sehari semalam"
Nabi Musa berkata, "Suku Israel diperintahkan kurang dari itu tetapi mereka tidak mampu laksanakan. Mintalah Allah agar ringankan perintah tersebut" 
Kerana belas kasihan dan kasih pada umatnya, Nabi Muhammad meminta Allah meringankan perintah solat sehinggalah menjadi 5 waktu sehari semalam. Namun, walaupun hanya 5 kali perlaksanaan solat tersebut, tetapi Allah tetap memberi pahala menyamai 50 solat fardhu (seperti perintah asalnya)
(kisah penuh peristiwa Isra' dan Mikraj ni boleh juga didapati melalui link berikut --> perintah solat lima waktu)
---------------------------------------------<babak tamat>------------------------------------------------

Jadi mendengarkan lirik lagu beserta imbauan semula peristiwa ni membuatkan aku muhasabah diri: Allah telah meringankan perintah solat menjadi 5 waktu je (tetapi dengan ganjaran kekal menyamai 50 waktu seperti perintah asalnya) hasil usaha Rasulullah yang kasihkan umatnya. Tapi pada tahap sekarang ni, aku masih lalai dalam menjaga solatku dengan baik..

Astagfirullah~ v_v aku perlu lebih memperbaik dan menjaga solat aku selepas ini.. Jom, kawan-kawan juga?

Some other stream of thought
  • Dari aspek sains, solat mempunyai rahsia tersendiri yang menarik dari aspek rukun solat, hikmah berjemaah, masa solat (eg Subuh, Zohor, Asar dll) dan macam-macam lagi. Allahu akbar.. (Insya-Allah, kalau aku jumpa artikel yang menarik.. akan dikongsikan pada masa akan datang)
  • Solat adalah ibadah penting bagi segala amalan yang lain. Seperti mana ada hadith yang menyatakan:
 Sabda Rasulullah SAW yang bermakdus, “Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya.” (Hadis riwayat Al-Bahari dan Muslim)
  • Solat yang sempurna mencegah yang mungkar. Seperti mana Firman Allah yang bermaksud:
"“Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun), sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.” (Surah al-Ankabut 29:45) 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)