Mr. Bean menonton wayang

Saja-saja ingin aku kongsikan antara adegan kegemaran aku dari siri komedi Mr. Bean. Jom sama-sama kurangkan stress sekali-sekala.. (note- video ni dari YouTube, terima kasih kepada pihak yang uploadkannya)



Spoiler alert! - adegan ni berkisar tentang Mr. Bean pergi menonton wayang seram dengan teman wanitanya. Sementara menunggu waktu tayangan, dia bergurau senda dengan menakut-nakutkan teman wanitanya. Tetapi apabila wayang disiarkan, rupanya Mr. Bean rupanya lebih penakut daripada teman wanitanya..

Ok, gelak tu gelak juga. Tapi jom kita ambil pengajaran dari adegan tersebut.

Fokus - jangan menghina (merendah-rendahkan) orang lain ^-^
Serta-merta aku teringat akan Firman Allah (aku kekalkan ayat asal yang panjang, tapi dalam entri ni isi difokuskan melalui tulisan merah):
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka. Dan janganlah sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu memanggil-manggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yg melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (dari perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (Surah Al-Hujurat 49:11)
Pengajarannya (yang aku faham), jangan sekali-kali kita merendahkan orang lain sebab kita tak pasti kot-kot sebenarnya orang tersebut adalah lebih baik daripada kita. Selain itu, aku sentiasa yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Kononnya kita merendah-rendahkan orang lain, maka Allah bila-bila masa boleh balaskan semula (iaitu dengan menghina dan merendah-rendahkan kita depan mana-mana pihak sama ada si 'mangsa' itu sendiri atau orang lain). Dan teringat juga akan satu nasihat:
"Menghina (merendah-rendahkan) orang lain tak membuatkan diri kita lebih mulia"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)