Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2023

Psikologi kena TB

Imej
Baru ini, aku disahkan keputusan positif pulmonary tuberculosis. Jadi aku pergi jumpa FMS untuk pandangan (semua kes TB perlu bincang FMS untuk mulakan rawatan pun).. "How do you feel now?" " I feel better (symptomatically) if compare to last week" "That is not what i mean. I mean, how do you feel about this (psychologically)?" "(Psychologically?)" Fokus - musibah penyakit TB Aku tak pernah terfikir tentang kesan psikologi sakit TB ni sehinggalah apabila ditanya secara depan. Boleh jadi toksik jadi soalan tersebut (sebab mencetus fikiran yang bukan-bukan). Namun, dari kaca-mata seorang ketua klinik, aku rasa beliau nak pastikan aku tak terganggu secara psikologi sebab kena TB. Depression. Stress. Anxiety. Aku patut tahu kan? Aku berisiko kena TB sejak kerja klinik batuk lagi. Hari-hari berdepan dengan pesakit TB. Tambah-tambah ada perangai tak peka kesihatan (perasan sihat dan tak nak pakai mask walaupun masih dalam rawatan insentif). Tapi itul

Eksperimen Semesta 25

Baru ni aku terbaca semula perkongsian di media sosial, yang mana baca banyak kali pun tetap memberi satu hakikat yang menakutkan pada aku.. Tak acilah sekadar salin tampal je. Meh sini aku terjemah rumi (ikut kefahaman aku) Eksperimen Semesta 25 itu merupakan satu eksperimen yang menggerunkan dalam sejarah Sains. Dilakukan untuk oleh saintis untuk mengkaji respon sosial manusia apabila hidup dalam serba cukup keperluan (makan, minum dan tempat tinggal). Tapi kajian ini dibuat terhadap tikus la (takkan nak eksperimen manusia pula) "Kita manusia sentiasa meninginkan kehidupan yang ideal. Makan minum sentiasa terjaga. Rumah pun ada, senang lenang. Umpama syurga. Mesti seronok, kan?" Jadi dalam eksperimen ini, saintis amerika John Calhoun nak kaji apa yang berlaku kalau tikus diberikan syurga tersebut.  Jadi beliau mencipta "Syurga Tikus" yang mana ada banyak ruang dan banyak sumber air dan makanan diberikan kepada mereka Pada permulaan, hanya 4 pasang (8 ekor) diletak

Butterfly effect

Imej
Baru ini ketika melayari laman sosial meta, aku terjumpa seorang kawan mengongsikan kata-kata motivasi seperti berikut Secara idealnya, memang betul apa yang dinyatakan.. اڤبيلا اورڠ کمبارا کماس سيلم، مريک ريساو تنتڠ مڠوبه سسواتو ترهادڤ ماس کيني دڠن ملاکوکن سسواتو يڠ کچيل  ايمڤقڽ نامون، سيکيتڽ اورڠ يڠ فيکير بهاوا مريک بوليه اوبه ماس دڤن دڠن ملاکوکن سسواتو يڠ کچيل ڤد ماس کيني Kalau setakat ideal semata-mata, aku memang bersetuju dengan konsep tersebut - dengan melakukan sesuatu, sesuatu akan berubah pada masa mendatang.  Namun, terdapat satu perbezaan ketara di antara 2 senario tersebut.. ubah perkara silam akan menyebabkan perubahan pada masa sekarang. Perubahan tersebut ialah instant (serta-merta). Ambil contoh Back to the future, marty tak sengaja halang perjumpaan kali pertama ibu bapanya, menyebabkan (kesan) kewujudan dirinya semakin hilang kalau dia tak buat sesuatu (apatah lagi ketika waktu puncak percintaan mereka). Sebabkan dia sedar kesan tersebut, maka dia pun mula bertindak