Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

Solat

Imej
Punch out kad pukul 7 petang (ketika bekerja shif siang hari) , maka aku terus bergegas pulang dengan memandu kereta. Namun, seperti yang disangka jalan raya begitu sesak dengan kereta yang bertali-arus sepanjang Jalan Tun Razak, AKLEH dan juga di Jalan Ampang ^-^! Jadi, bagi mengisi masa mengharungi arus perjalanan yang perlahan ini, aku mendengar mp3 (lagu) secara rawak lagi shuffle. Sampai la kedengaran lagu kegemaran aku (dari genre nasyid ni) ^-^ jom, kita dengarkan  Raihan - Mari Bersolat . Fokus - Solat 5 waktu Mendengarkan lagu ni membuatkan hati aku tersentuh dengan liriknya. Serta-merta mengingatkan aku tentang sejarah difardhukan solat 5 waktu sehari semalam ni ketika peristiwa Isra' dan Mikraj. Jom kita imbas kembali (aku ringkaskan jalan ceritanya sedikit):

Language barrier

Imej
Antara adegan yang berlaku hari ni; "Puan A ( nama asing , dalam entri ni sengaja digunakan huruf A agar tidak merujuk kepada siapa-siapa) , ya? Selamat pagi, puan. Nama saya (memperkenalkan diri sendiri) , doktor yang bertugas hari ni. ." - tanyaku ketika saat pertama bertemu pesakit di klinik "..." - pesakit kelihatan termanggu-manggu di situ  " Doktor, dia berasal dari Myammar ni ", terang si jururawat selaku * chaperon   (*'saksi' wanita yang professional bagi doktor lelaki ketika berjumpa dengan pesakit wanita) di bilik rawatan sambil menyelak buku rawatan " Bahasa Melayu.. boleh faham? English? ", tanyaku kepada si pesakit  Pesakit menggelengkan kepala.. " Nampaknya kita perlu translator ni, nanti saya panggilkan ..", kata jururawat

Jalinan [ada Lagu juga]

Imej
Minggu ni aku ditempatkan bertugas di klinik  (O&G) , kali ni betul-betul dengan rakan sekerja yang berbeza dari yang selalu ^-^ huh, kena menyesuaikan diri dengan rakan baru. Harap-harap dapat la menyesuaikan diri dengan mereka ni. Dah la aku ni pendiam sikit ^-^ "tapi nanti sekejap, sebenarnya ni bukan kali pertama pun bagi aku.." Fokus - kepelbagaian jalinan ukhwah Ya, ini bukannya kali pertama situasi sebegini. Pada masa lalu, aku seorang diri dah menempuh beberapa suasana asing beserta rakan baru.. ketika perpindahan dari Terengganu --> Kuala Lumpur  (2001)  lalu terus masuk sekolah asrama mendaftar diri di SBPI Rawang  (2004) menyambung pelajaran di peringkat matrikulasi perak  (2006)  dalam bidang perubatan menuntut ilmu perubatan di UNIMAS   (2007-2012)  terbaru, memulai kerjaya sebagai doktor di HKL ni.. Pendek kata sebenarnya, aku berpendapat setiap orang akan mengalami situasi sedemikian yang mana kita akan ditempatkan di tempat yang serba b

musuh jadi sahabat

Imej
Catatan kemaskini 8.2.2019 - pertukaran salah satu perenggan menjadi tulisan jawi (sempena memartabatkan tulisan jawi). Selamat menelaah jawi ^-^ ---------- Blog, mula di sini! ---------- Dah lama tak melukis komik sendiri, sehingga baru-baru ni aku menyambung semula sejak sekian lama ditinggalkan. Pada masa ni aku baru sahaja menyiapkan episod 90, tapi semasa proses pembuatan aku perlu meneliti episod-episod lama agar penceritaannya selari lagi tidak bercanggah.. Tengah baca-baca semula aku teringat akan satu babak yang pernah berlaku pada masa dahulu.. Jom tengok lukisan berikut:

Rumah

Imej
Beberapa hari lalu (ketika hari rehat) , aku ikut kakak aku tolong survey  berkenaan rumah untuk dijual / disewa. Jadi, berlegaran la kami di sekitar kawasan rumah aku dengan harapan dapat menjumpai rumah sewa/ jual yang berpatutan untuk kakak. "Sebenarnya kami mencari rumah bagi pihak keluarga abang aku yang terpaksa berpindah keluar dari rumah asalnya atas faktor pekerjaan. Alang-alang, mungkin aku boleh timba pengalaman berkenaan mencari rumah ni"  ^-^ Oh ya, kebetulan aku dah meningkat dewasa ni, sudah sampai masanya aku fikirkan untuk hidup berdikari. Aku faham tempat tinggal adalah salah satu unsur keperluan untuk hidup dan aku sedar aku tak boleh berharap rumah yang ada itu menjadi milikku v_v lagi pula, mungkin ni adalah salah satu dari persediaan sebelum berkeluarga sendiri.. "Rumah yang bagaimana yang kau impikan, Syed?" ^-^! <-- aku yakin setiap semua orang mempunyai rumah impian sendiri

Tenangkan diri

Imej
Dah separuh dari 48jam rehat sebelum sambung bekerja ^-^! huh, rasanya aku perlu menenangkan diri dalam setiap 3 hari menempuhi stress bekerja ni. Oleh itu, bagi menenangkan diri ada beberapa aktiviti yang telah aku lakukan hari ni, termasuklah: Main PSP (video game) kegemaran aku puas-puas selama 2-3 jam  Berlatih memasak sejak sekian lama Tengok anime beberapa episod dengan layannya Keluar meluangkan masa bersama ahli keluarga  Berjogging melihat alam sekeliling

[Lagu] Puji-pujian

Imej
^-^! entri kali hendaknya bercirikan relax sikit. Saja-saja aku ingin kongsikan satu lagu daripada kumpulan Raihan yang aku gemari sejak kanak-kanak dulu. Meningkat dewasa, aku masih lagi suka dengar lagu ni, tapi ditambahi perspektif yang berbeza tentang kefahaman dari lirik lagu ni.. Apa-apa pun, jom kita dengarkan lagu ni dulu dan hayati liriknya.. Fokus - Puji-pujian Menariknya, lagu ini bertemakan pujian kepada Allah Tuhan Sekalian Alam, merangkumi pelbagai situasi kehidupan. Yang aku dapat faham, lagu ini bertujuan mendidik diri agar segala perkara disandarkan kepada Allah kerana Dialah yang menentukan semuanya. Berdasarkan lagu ini, 3 kalimah yang diucapkan:

Cebisan kenangan (Supplementary Team)

Imej
Nota - Oleh sebab entri ni dilabel 'diari', maka semuanya berkenaan dengan cebisan kenangan sepanjang aku mengharungi kehidupan. Sebab musabab aku sentiasa mengimbau kenangan boleh dirujuk semula entri nostalgia  ^-^! Apa-apa pun dah kata ini diari, maka segala isi kandungan lebih kepada pendapat persendirian..  Fokus - UNIMAS Supplementary arc (9 April 2012 - 12 Oktober 2012) watak utama musim kali ni ada sepuluh orang semuanya ^-^ Sesi supplementary ni adalah sebagai ulangkaji tambahan bagi mereka yang gagal dalam peperiksaan akhir FPE2012 . Jadi tahun ni disertai oleh 9 orang semuanya (termasuk aku) : Anthony, Prem, Anuar, Najib, Izzat, iLa, Hazira, Ira . Kemudian ada seorang lagi senior yang turut serta iaitu Pang . Seminggu je cuti recovery sebelum kembali memulakan sesi supplementary ni. Pada permulaan, semua nampak bersedih atas kegagalan lalu. Setidaknya, aku dapat nampak dalam diri setiap kawan-kawan ada sedikit semangat untuk terus berusaha.. Go,go, go my

Hari Lahir

Imej
"Salam Hari Lahir, sahabat.." ucapku kepada seorang sahabat sempena hari lahirnya "Thanks for the wish ^-^ Kau ingat lagi birthday aku eh? Terharunya aku" balasnya.. "Kalau aku la kan, aku tak ingat birthday-birthday ni. Birthday aku sendiri pun tak ingat. Aku tau pun sebab ada facebook reminder je. Kalau tak, mesti aku tak ingat. Kenapa kau nak ingat eh?" tanya seorang kawan lain Fokus - hari lahir Ya, aku akui laman sosial (eg.  Facebook) mempunyai kemudahan reminder hari lahir kawan-kawan apabila sampai masanya agar kita dapat memberi ucapan selamat. Namun, secara peribadinya aku akan berusaha sendiri untuk mengingati hari lahir keluarga dan kawan-kawan. Bahkan, setakat ni alhamdulillah aku dapat nyatakan hari lahir kawan-kawan aku (terutamanya jika mereka pernah menyatakan tarikh tersebut ^-^) "Kenapa beriya-iya sangat nak ingat hari lahir orang lain ni?" - soalan yang pernah diajukan kepadaku

Mr. Bean menonton wayang

Imej
Saja-saja ingin aku kongsikan antara adegan kegemaran aku dari siri komedi Mr. Bean. Jom sama-sama kurangkan stress sekali-sekala.. (note- video ni dari YouTube , terima kasih kepada pihak yang upload kannya) Spoiler alert! - adegan ni berkisar tentang Mr. Bean pergi menonton wayang seram dengan teman wanitanya. Sementara menunggu waktu tayangan, dia bergurau senda dengan menakut-nakutkan teman wanitanya. Tetapi apabila wayang disiarkan, rupanya Mr. Bean rupanya lebih penakut daripada teman wanitanya.. Ok, gelak tu gelak juga. Tapi jom kita ambil pengajaran dari adegan tersebut. Fokus - jangan menghina (merendah-rendahkan) orang lain ^-^ Serta-merta aku teringat akan Firman Allah (aku kekalkan ayat asal yang panjang, tapi dalam entri ni isi difokuskan melalui tulisan merah ) : "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada

sempena 14.2

Imej
"Kamu ni dah ada girlfriend ke? Bila nak kahwin??" "Syed! ramai member-member kita dah kahwin.. Kau bila lagi?" "Doktor (medic) mesti ramai wanita-wanita yang cantik kan? Kau mesti ada sangkut dengan salah seorang punya la.. Citer la skit.."  Demikianlah antara pertanyaan yang sering aku dapat sejak pulang ke rumah ni, lebih-lebih lagi kini dah berkerjaya. Baik dari ibu bapa, sanak saudara dan juga sahabat handai.. Aku sedar betapa mereka ni sedang prihatin dengan perkembangan semasa aku ^-^! alhamdulillah sedutan dari episod 68  "Teringat lagi masa muda-muda dulu, sebelum melangkah masuk ke sekolah menengah, entah mcm mana aku ada mindset nak cari awek seorang.. ^-^! tapi nampaknya sekolah berasrama lelaki masa tu (2001) telah menangguhkan perasaan tersebut.."  Bukan sekejap tapi lama sangat tertangguh, sampai ke alam universiti pun aku dah 'lupa' tentang interaksi intim dengan perempuan ni ^-^! adoi, macam mana boleh jadi

Silaturrahim

Imej
Hari ni hari rehat mingguan. Kebetulan pula kena dengan cuti tahun baru cina. Jadi boleh la ajak kawan-kawan keluar bersama. Kali (tarikh) ni aku berjumpa Izzuddin dan Luqman Hakim, kawan sezaman di Sekolah Rantau Petronas dulu (1996 - 2000) . Pelannya cuma berjumpa, berkongsi perkembangan terbaru, makan tengah hari dan tengok wayang, semuanya berlaku di Suria KLCC Kalau ikutkan, aku sejak berpindah ke Kuala Lumpur (2001) , memang aku langsung terputus hubungan dengan kawan-kawan di Terengganu dulu. Ditambah lagi kehidupan sekolah menengah aku adalah berasrama (balik sekali-sekala) dan aku tidak membuat persediaan awal untuk berhubung kawan lama (eg. ambil alamat dan nombor telefon) , tak dapat dinafikan aku jadi lupa langsung pada kawan-kawan zaman tersebut. Namun, Alhamdulillah aku ada seorang kawan ni. Sangat setia berutus surat dengan aku, sehinggalah aku diperkenalkan dengan teknologi internet, maka setidaknya dia ni la antara kawan yang masih berhubung sehingga kini. Dan l

EarthBound [Game PC, Snes]

Imej
"Game ni merupakan game dari genre RPG yang pertama aku main. Kalau tak silap aku main kali pertama (atau lebih kepada tengok abang main game masa tu) pada tahun 1998 . Dan tentulah, meningkat dewasa sikit aku mula main sendiri.."  EarthBound [PC, SNES] Game ni merupakan salah satu daripada siri trilogi (game) Mother hasil ciptaan Shigesato Itoi, Keiichi suzuki, Hirokazu Tanaka dan diterbitkan oleh syarikat Ape Inc. Game ini berkisar tentang pengembaraan seorang budak bernama Ness (tapi penamaan watak utama adalah bergantung kepada pemain, mungkin ada yang letak nama sendiri) yang mempunyai kuasa psychic , mengembara ke seluruh dunia (maya = game world) untuk mengumpulkan Eight Melodies dalam usaha menyelamatkan dunia masa hadapan daripada kejahatan makhluk asing yang ingin menakluk dunia. Sepanjang pengembaraan, Ness akan berhadapan dengan pelbagai cabaran serta perlukan bantuan daripada rakan seperjuangan.. menjelajah pasar tani naik bas awam (kena baya

Bersenam

Imej
Sejak menempuhi alam kerjaya ni, aku mula berjinak-jinak untuk memandu kereta. Namun, tetap aku khuatir akan menjadi malas dan kurang bergerak (seperti mana persoalan sampingan dalam entri giliran membeli kereta )  apabila dah biasa nanti. Oleh itu, sekali-sekala aku bertindak untuk menggunakan tren seperti pada masa mula-mula lapor diri dulu (tak caya boleh rujuk semula entri  transport ke tempat kerja ) walaupun sudah berkereta (milik keluarga je pun) .. "Sekali-sekala *bersenam sikit pun apa salahnya.. Lagipun, masa studi (di UNIMAS) dulu pun dah selalu berjalan (dari hostel ke fakulti/hospital) kan.. takkan dah malas kot.." 15-20 min walk once a while should be a good exercise, all right ^-^!

Cara studi yang pelbagai (isi 2)

Imej
SQ32 sempena musim peperiksaan Bila membincangkan tentang studi, mula-mula sekali aku teringat pada komik UPPS yang tertera pada entri kali ni. Sebelum memulakan fokus hari ni, terdapat 2 isi dari komik tersebut yang ingin diberi perhatian sebentar, iaitu; Ada disebutkan Firman Allah dalam komik ini iaitu Surat Az-Zariyat 51:55 yang bermaksud: "Dan tetaplah dalam memberi peringatan , sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman" nota - walaupun konteks 'peringatan' dalam ayat tersebut asalnya *mungkin (*aku tak berapa arif tentang ayat Al-Quran ni, jadi kalau salah mohon beri tunjuk ajar ya) merujuk kepada memberi nasihat, aku juga ingin memahami sebagai peringatan dalam hal-hal yang bermanfaat secara umum (eg. berkenaan hal akademik dll) Teori consolidation of memory  adalah dari pelajaran perubatan (physiology) tentang bagaimana memori jangka pendek (short term) boleh berubah menjadi memori jangka panjang (long term). Dari G

Cara studi yang pelbagai (isi 1)

Imej
Trigger Sedang aku mengemas (menyusun) buku ke dalam rak buku yang baru dibeli, aku tertarik pada mesej nota ketika studi aku di UNIMAS dulu. Mesej tersebut adalah sekadar peringatan kepada diri andai semakin lupa dan malas pada suatu masa akan datang. Serta-merta mengingatkan aku tentang pertanyaan tipikal orang ramai ketika bertemu semula baru-baru ni ^-^! "Macam mana kau studi sampai berjaya? Kongsikan la tips skit " - pertanyaan daripada seseorang kenalan lama  Jadi entri kali ini membincangkan cara studi yang aku selalu cuba amalkan. Ada beberapa cara studi yang aku dapati sangat menarik namun fokus kali ni adalah berdasarkan mesej no3 dari nota lama aku.. Mungkin yang tertera itu tak jelas sangat maka aku akan tuliskan semula di sini ( diubahsuai menjadi bahasa melayu sepenuhnya) : "Tentulah, nota ini ditulis untuk diri aku yang malas nak baca buku tebal tapi serius, masa tulis (nota) tu, aku akui yang membaca ni tak la begitu membosankan ^-^ cuba la

Zakat

Imej
" Oh ya, dah berkerjaya sendiri ni kena mula bayar zakat la kan? Mcm mana eh, siapa tahu?? Tolong ajar.."  -  status facebook 4.2.2013 Sebelum ni, kebanyakan urusan aku lebih hanya diserahkan kepada ayah dan sejak bekerja ni tibalah masanya untuk aku mula berdikari.. Dan tiba-tiba datang pula idea tentang ibadah zakat.. Jadi, kena ulangkaji sikit pasal zakat ni.. Jom, fokus; Fokus - Zakat  (sumber bacaan dari link  info zakat ) Dari apa yang aku belajar, zakat ni rukun keempat dari Rukun Islam. Banyak ayat dari Kalam-Allah yang menyebut tentang suruhan zakat ni. Antaranya: " Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat” ( Surah An-Nur 24:56) Untuk sekadar pemahaman, zakat ni dari aspek bahasa ialah "bersih", "suci" , "subur","berkat" atau "berkembang". Sementara zakat pada istilah syarak pula   ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu dibe

giliran membeli kereta

Imej
kereta pilihannya - Honda City Baru-baru ni *abang Chik beli kereta baru sempena mula bekerja di Gebeng, Pahang (note - kalau tak kenal siapa Abang Chik, boleh rujuk semula entri  Interesting brotherhood (part 1)  untuk pengenalan) . Apa pun, beruntungnya abang chik dapat beli kereta selesa ^-^ "Ran, kau nanti nak beli kereta apa pula?"  Oh ya, seperti ayat pertanyaan di atas, sejak itu dah sampai la giliran aku  (dalam senarai adik-beradik)  pula untuk membeli kereta ^-^! Beli kereta?? Hahaha.. biar aku gelak dulu.. Fokus - Kereta pilihan sendiri ialah... Dalam diam, aku juga memasang niat untuk memilik kereta sendiri. Namun, seperti mana entri  cabaran untuk memandu , aku ada kekurangan apabila melibatkan pemanduan kenderaan. Sekarang aku sedang menjinak-jinakkan diri dengan tabiat memandu ni terutamanya ketika memandu terutamanya bila melibatkan skill di bukit >_<! Buat masa ni, pinjam kereta lama Abang Chik ni la (sebab dia dah dapat kereta baru) untuk tu

Detektif Conan

Imej
Satu lagi manga-anime kegemaran aku yang sememangnya aku tetap ikuti sehingga dewasa ni: Detective Conan. Secara umumnya, aku sukakan komik yang berkenaan menyelesaikan misteri, menunjukkan kebolehan berfikir secara kreatif.. memang menarik sangat bagi aku ^-^ apa-apa pun, ringkasan: " Siri Detective Conan mengisahkan kehidupan seorang remaja 17 tahun bernama Shinichi Kudou yang begitu gila untuk menjadi detektif. Kehebatannya dalam membuat deduksi sering mendapat pujian ramai dan pengakuan daripada pihak polis. Sehinggalah satu hari ni, sedang dia menyiasat satu kes melibatkan organisasi baju hitam, dia akhirnya kantoi oleh salah seorang ahli mereka lalu diracuni APTX4869 dan akhirnya menjadi seorang budak kecil berumur 7 tahun. Namun, kepakarannya dalam menyiasat kes tetap kekal hebat.. jadi dia terpaksa menggunakan identiti Edogawa Conan untuk bersembunyi sambil berusaha untuk menyiasat kumpulan baju hitam ini agar dapat pulih ke badan asal.." - idea asal cerita ni 

Y u no drinking?

Imej
Entri kali ni juga bersifat imbas semula.. Teringat aku pertanyaan seorang kawan ketika makan bersama-sama pada suatu ketika dahulu: "Can i ask you guys a question? What is the reason for you all (refering to us, muslim) for not drinking (refering to alcohol) ?" - tanya seorang kawan bukan islam "Because it causes more harm than good " - jawab salah seorang kawan aku   Fokus - Bahaya arak  "it causes more harm than good' Aku tertarik kepada cara jawapan seorang kawan aku ni, selari dengan firman Allah (nota - ayat ni panjang, maka isi yang akan ditekankan dalam entri kali telah diwarnakan merah ) : Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah, "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya" dan mereka bertanya kepadamu, "Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan) ?" katakanlah, " (dermakanlah apa-apa saja

[Lagu] Ku berlari

Imej
Entri ni berkenaan lagu, pertama kalinya aku dengar di matrikulasi 2006 dulu ketika konsert dianjurkan.. Aku jadi suka lagu ni sebab ia berentak pantas (ada bahagian rap skit) serta membawa mesej yang berguna (setidaknya bagi aku) . Jadi jom kita dengarkan lagu daripada kumpulan Firdaus - Ku Berlari..