Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2019

[Jom Baca] Mudah Ingat makna surah Ad-Dhuha hingga An-Nas

Imej
Bismillah, termasuk dalam senarai azam tahun ini ialah membaca buku; sebuah buku dalam sebulan. Kalau lebih banyak lebih bagus. Hanya terpakai kepada buku fizikal  (sedangkan buku digital seperti eBook tak dikira, sebab bukan amalan aku baca buku digital) " Aku tak pasti tentang orang ramai; walaupun terdapatnya teknologi serba maju dengan kemudahan buku digital, namun secara peribadi aku tetap suka buku fizikal. Sebab dengan sentuhan buku tersebut, beserta saat-saat menyelak setiap halaman buku, lagi pula perasaan mengakhiri sesuatu buku adalah antara perkara/ momen yang patut dinikmati oleh setiap pembaca. Dan semua itu tak dapat dikecapi oleh buku digital. . (nota - aku tidak menolak buku digital sebagai medium ilmu) "  Untuk buku yang ke-4 bagi tahun ini (2019) ialah: Mudah Ingat makna surah Ad-dhuha hingga An-Nas : untuk bacaan dalam solat Penulis : Mohd Razali Kamarrudin Halaman : 135 Penjelasan (dari kulit buku belakang) "Saya bukan ustaz mahupun us

Rakan kongsi

Imej
Baru-baru ini, sedangku melayari media sosial Facebook, aku berjumpa lagi dengan video nasihat. Yang mana, isi nasihat video tersebut turut membuat aku terasa juga la.. Takpe, aku kongsi dulu video ini dan kita bincang lagi.. سلاما إين اكو باڽق مڽرهكن توݢسن كرجا رومه (ماسق, أوروس باجو, كمس رومه دان لاءين) كڤد إيستري سبب باݢيكو إيستري تق كرجا. تاڤي سلڤس تيڠوق ۏيديو تادي ترڽات اكو ميمڠ تراس. إيستري تق داڤت بوات سموا إيت سلالو, ستيدڤڽ تنڤا ڤڠهرݢاءن اڤ٢ Antara mesej nasihat dari video tersebut ialah; sebarang perkara yang mendatangkan manfaat bersama (suami isteri) hendaklah dilakukan bersama-sama. ڤرهوبوڠن ترباءيق سوامي إيستري بوكنڽ 70\30 اتاو 60\40 اتاو 50\50 تاڤي سباليقڽ سوامي 100 إيستري 100 Jadi antara perkara yang perlu dilakukan bersama-sama (atau bergiliran) termasuklah ialah; Menyediakan makanan  (memasak) Menguruskan baju  (basuh, lipat, gosok) Kemas rumah dll Hmm, banyak perkara sebenarnya. Tapi pada hujung minggu ini aku mengambil kesempatan untuk mengasah

Doula : Peneman ibu atau pengganti doktor?

Imej
Seminggu dah berlalu sejak siaran Analisis tentang Vaksin, kini program TV analisis minggu ini juga turut membincangkan persoalan yang sedang hangat di Malaysia. Jom tengok poster pengiklanan ini dulu sebelum kita teruskan.. سچارا ڤريباديڽ , توڤيق إين اݢق "كورڠ" سيكيت باݢي اكو سبب داي مڽنتوه حال احوال ڤرمڤوان يڠ مان بوكن مينت ساڠت. نامون, إي ماسيه ڤريحال ڤروبتن جادي سبب إيت اكو ڤرلو ڤيك جوݢا سديكيت سباڽق Jadi aku juga sisipkan video perbincangan yang terdapat di media YouTube. Program siaran 22.2.2019 ini dipengerusikan oleh Syafinaz Yunus (Hos) dan terdapat 2 panel jemputan dari pihak yang berbeza iaitu Hayati Muzzaffar (wakil doula) , dan Prof Dr Imelda Balchin (wakil doktor pakar sakit puan)

Komen tentang Game KH3

Imej
Setelah sekian lamanya, akhirnya game ini keluar juga. Memang aku tertunggu-tunggu game ini sebab memang minat.. "Kalau ingat lagi, aku ada tulis sedikit sebanyak tentang [Game] Kingdom Hearts  dalam blog ini.. Betapa 6 tahun pun berlalu sehinggalah tarikh penerbitan game ini iaitu 29.1.2019 " "Dan aku memiliki (membeli) PS4 dengan tujuan utama untuk main game ini.." - status peribadi Facebook bertarikh 30.1.2019 setelah berjaya membelinya di kedai Game yang berhampiran Seperti yang diketahui, aku adalah peminat tegar bagi siri permainan ini. Hampir semua siri keluarannya dalam pelbagai konsol telah diusahakan untuk aku mainkan.  Diperihalkan terbitan kali merupakan kemuncak perjuangan watak utama Sora dalam menentang pihak kejahatan (Xehanort) yang selama ini telah mencetuskan pelbagai malapetaka kegelapan melibatkan pelbagai watak juga merentasi aneka dunia lain.. ----- Fokus: Komen tentang Game KH3 -----  sumber rujukan -  (Artikel HITC.com) - What

Vaksin : Perlindungan atau Kemudaratan

Imej
Bismillah.. Baru-baru ini, tersiar iklan di media sosial Facebook tentang satu perdebatan 'ilmiah' yang bakal dijadualkan siarannya 15.2.2019. Jom tengok iklan ni dulu Setakat ini, aku tahu golongan anti-vaksin ini sangat bergiat di media facebook, menyebarkan fahaman-fahaman serta mengajak orang ramai agar tidak menerima immunisasi. Tak pernah lagi, berjumpa mereka bertindak secara rasmi di kaca TV. Oleh itu, rancangan ini ternyata menarik perhatian aku untuk saksikan.. اڤ يڠ مناريق ڤرهاتيان اكو إياله سلالوڽ ݢولوڠن أنتي-ۏكسين إين ترديري درڤد مريك يڠ بوكن اهليڽ (يإيت مريك يڠ تق تاهو ڤصل بيدڠ ڤروبتن لالو ممنداي٢ بوات فتنة بوكن٢). تاڤي سباليقڽ كالي إين مريك دتنتڠ أوليه اهلي ڤروبتن ڤولا. كناڤ جادي بݢيني؟  دان تردتيق دالم قيكيرن اكو كالاو٢ اد اݢيندا ترسمبوڽي دسبالبق كسوديان ݢولوڠن أنتي-ۏكسين  أونتوق داتڠ مالم ترسبوت. كالاو إيكوتكن, مريك ڤاتوت ده تاهو تق بوليه منڠ. تاڤي كناڤ اݢقڽ؟ Jom aku sisipkan video perbincangan tersebut dalam blog ini untuk santapan minda. Perbincan

[Jom Baca] Why Men Don't Listen & Women Can't Read Maps [Edisi BM]

Imej
Bismillah, termasuk dalam senarai azam tahun ini ialah membaca buku; sebuah buku dalam sebulan. Kalau lebih banyak lebih bagus. Hanya terpakai kepada buku fizikal  (sedangkan buku digital seperti eBook tak dikira, sebab bukan amalan aku baca buku digital) "Selalunya aku tak begitu membaca sangat. Tapi teringat aku akan anak didikan aku dulu berdua. Yang mana, ibu bapanya sangat menggalakkan baca buku. Setiap kali keluar mesti singgah di kedai buku dan beli bahan bacaan apa-apa (yang mana pilihan mereka adalah novel tebal ^-^!) . Sedikit tertarik dengan budaya mereka, lalu aku juga sedikit sebanyak berusaha untuk membaca juga.." Seterusnya buku ketiga bagi tahun ini (2019) ialah: Why Men Don't Listen & Women Can't Read Maps (Edisi Bahasa Melayu) كوليت بوكو دڤن Penulis: Allan & Barbara Peace Penterjemah : Hasnah Ishak Bil. Halaman : 311 Deskripsi (dari kulit muka buku belakang) Lelaki dan perempuan itu berbeza. Bukanlah satu jantina lebih baik

[App] HealthifyMe

Imej
"Antara Azam tahun ini ialah mencapai indeks jisim berat badan yang optimum (sasaran berat 58kg) " - entri  Azam tahun 2019 Dah ada matlamat, kena rancang dan ikhtiar untuk capai azam supaya tak sia-sia seperti tahun-tahun yang lalu.. ^-^! Jadi penulisan kali ini, aku nak bincangkan tentang sebahagian cara yang aku gunakan untuk mencapai berat optimum.. "With the help of technology nowadays, interestingly there are various apps on the phone that may help you achieve whatever you wish for, use it wisely.." Jadi dengan teknologi zaman kini, terdapat banyak applikasi telefon pintar yang boleh membantu. Antara yang aku jumpa secara rawak ialah: [Apps] HealthifyMe Ni adalah applikasi untuk memantau kesihatan harian. Antara parameter yang dipantau melalui apps ini ialah:

Hati-hati memilih doktor

Imej
Bismillah. Sedangku melayari aplikasi facebook di telefon pintar. Jumpa lagi lagu perkongsian nasihat buat diri dan kawan-kawan. Menarik dan tertarik, maka ingin sekali lagi aku kongsikan dalam blog ini, semoga tak hilang pedoman.. ----- salin tampal langsung dari salah satu pos nasihat di media facebook oleh  Rusyainie Ramli  ----- [nota - terdapat olahan dari aspek penekanan mesej iaitu melibatkan pewarnaan , bold dan lain-lain supaya nampak isi penting] Ada yang tanya saya, kan ramai doktor kat FB ni. Nampak ada yang macam terpesong sikit tapi mereka tak pasti. Netizen bukan reti nak bezakan. Saya senang cakap macam ni saja. Doktor yang patut kalian ikut dan baca ilmu mereka bagi adalah: 1. Doktor tu tak ada langsung buat promosi apa juga jenis produk kesihatan . Tak kiralah suplemen ke ramuan tradisional ke.  Dia nak jual tudung ke, ikan pekasam ke, kuih raya ke, silakan. Tapi bukan produk berkaitan perubatan yang tak ada kajian saintifik tahap tertinggi. Setakat uj