Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2019

Naik ETS Business Class

Imej
Saja-saja aku nak kongsikan pengalaman naik tren ETS Kelas Perniagaan (Business Class) yang tak lama dilancarkan. Kalau tak silap dilancarkan pada 10 Oktober 2019 (Aku ingat sebab tarikh lahir mak sama). Selalu aku balik kampung isteri naik ETS (malas nak memandu - lebuhraya sesak - toll lagi - dll), jadi sukanya aku memilih naik tren saja. Selalu aku naik tren kelas biasa. Tapi masa buat tempahan tiket untuk trip kali ini, ada pilihan kelas perniagaan rupanya.. Tiket kelas biasa KL Sentral ke Bukit Mertajam = RM58 seorang Tiket kelas perniagaan untuk destinasi yang sama = RM84 seorang Nyata berbeza harga kedua-dua kelas tiket! Apakah kelebihan naik kelas perniagaan ni? Jom tengok #1 Ada ruang menunggu yang selesa & eksklusif کامي د رواڠ منوڠݢو يڠ سلالو Masa kami dah sampai ke KL sentral, macam selalu terus pergi ke ruangan menunggu ETS yang biasa. Tak terfikir pun tentang keistimewaan khas sehinggalah terdapat pengumuman oleh staf ETS. Rupanya, ada ruang menun

BMF Petrol

Imej
Sempena Kempen BMF, sekali lagi aku nak kongsikan tentang produk muslim. Tema kali ini ialah berkenaan pam petrol pula (stesen minyak). Kebetulan aku dapat sumber maklumat dari kumpulan di Facebook. Supaya tak hilang dek pelbagai lagi post orang lain, maka aku nak kongsikan kat sini juga.. Fokus : BMF Petrol Di Malaysia ini, terdapat beberapa stesen minyak yang utama. Dari senarai tersebut pada mulanya aku difahamkan Petronas ( Muslim ) Shell (Non-Muslim) Caltex (Non-Muslim) Esso (Non Muslim) BHP ( Muslim ) Petron - konflik! "Awalnya aku diberi maklum bahawa syarikat ini sangat berkait rapat dengan pemilik melayu (orang besar). Tapi dari senarai pemilikan diberi, nampaknya syer pemilikan dimonopoli oleh syarikat luar."  Buraq Oil (di kawasan luar bandar) ( Muslim ) - rujukan laman web rasmi  https://buraqoil.com.my/v/board-of-directors/ Jom sokong produk Muslim..

Mengapa Azan Harus Berkumandang Walaupun....

Imej
Entri ini bersempena satu siaran yang aku jumpa di laman sosial Facebook. Jom aku kongsikan di sini juga supaya tak hilang dek perkara tular yang lain.. --- sekadar salin tampal saja di laman  (Facebook) Siaran Malaysia Viral - Azan -- AZAN Mengapa azan harus dikumandangkan kuat ? Pakai speaker pula .. Apa tidak mengganggu yang lain termasuk non-Muslim ? Adalah teman saya, yang kebetulan non-Muslim .. bertanya kepada saya .. “ Kenapa kalau azan harus dibunyikan kuat-kuat dengan speaker pula ? ” Saya yang bukan ahli agama kemudian berpikir sejenak mencari jawapan yang mudah dicerna dengan menjawab seperti ini .. “ Bro azan itu adalah panggilan solat .. namanya panggilan tidak mungkin dengan cara yang sama seperti berbicara atau berbisik-bisik ” Teman saya membalas: " Tapi kan orang-orang sekitar tidak semuanya muslim ?” Saya jawab lagi : “ Benar bro .. jika kita sekarang sedang berada di lapangan terbang .. kita akan dengar announcement memberikan panggilan untuk

[JomBaca] 50 Misteri Menggemparkan Dunia

Imej
Dah nak habis tahun >_<! maka, Jom Baca juga kena cukup 12 buah buku (bersamaan sebulan sebuah buku). Untuk yang ke-12 ni aku tak nak cari buku baru. Sebaliknya aku semak imbas balik rak buku aku, kalau-kalau ada buku yang tak habis dibaca.. ساي سبواه بوکو. ساي براس ڤاليڠ سرونوق اڤبيلا توان ساي ممݢڠ دان ممباچ ساي سامڤاي هابيس. ساي براس سديه اڤبيلا هاڽ دتيڠݢلکن د راق بوکو سهاج. کناڤ توان تيدق ماهو باچ ساي؟ - ايماݢيناسي سنديري ديک کارڠن اوتوبيوݢرافي  Jadi ada je lagi beberapa buku yang tak habis baca. Kesian pula. Untuk buku ke-12 untuk tahun ini ialah: 50 Misteri Menggemparkan Dunia  "Merungkai Misteri dan Khazanah Alam Yang Mampu Menggugah Peradaban Dunia" Penulis Adrie Noor Al-Fatia Abi Naufal Andriansyah Penterjemah  : Hasnita Shaari Penerbit : PTS Milennia Publication Bil halaman/ muka surat : 376 Deskripsi (kulit belakang) :  Dunia ini penuh misteri? Ya. dunia ini penuh dengan misteri. Fenomena-fenomena alam, tapak, artifak, dan manuskrip ku

Hidup Tak Semudah Pesawat Tenang

Imej
Catatan kemaskini 2.9.2020 - penyesuaian dengan susun-atur & templat blog terbaru. (dulu guna templat yang klasik) ---- [SIARAN BLOG MULA DI SINI! JEMPUT-JEMPUT] ---- Kebetulan dah jumpa balik siaran gambar di laman sosial Facebook, maka ini peluangnya aku nak berceloteh kat sini Kita boleh tenang menaiki pesawat walaupun kita tak kenal pun siapa 'pilot'nya. Tetapi, kenapa kita selalu resah menempuh hidup ini sedangkan kita tahu Tuhan telah mengatur segalanya.. Pertamanya, aku setuju tentang 'kita dalam kehidupan' diumpamakan seperti 'sedang dalam pesawat menuju ke suatu destinasi'.  Tapi aku sedikit tak pasti tentang pernyataan Tuhan diibaratkan sebagai juruterbang. Mungkin ya mungkin tidak. Aku lebih selesa kalau ayat menyatakan Tuhan lebih daripada sekadar 'juruterbang'. Dan aku paling tak setuju dengan "kita boleh tenang menaiki pesawat walaupun tak kenal siapa pilot (juruterbang)nya" Kehidupan TAK BOLEH diibaratkan seperti tenang m