Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2013

Dilema jonah vs solat jumaat

Imej
Hari ni agak *Jonah (*istilah ni merujuk kepada situasi yang mana keadaan wad berada di luar kawalan misalnya tiba-tiba pesakit masuk secara beramai-ramai atau sebilangan pesakit tiba-tiba menjadi tidak stabil dan perlukan perhatian kecemasan) terutamanya apabila menjelang masanya solat Jumaat >_<! kebetulan pula houseman bertugas di wad ni hanyalah lelaki sahaja, maka aku jadi serba-salah untuk tinggalkan wad (yang tengah Jonah ni) untuk solat Jumaat. Maka, akhirnya aku terpaksa tinggal di wad untuk menguruskan pesakit mengandung yang tiba-tiba perlukan pembedahan kecemasan.. (oh ya, aku posting Obstetric & Gynaecology iaitu berkaitan dengan bersalin / sakit puan) "Agaknya betul ke perbuatan yang aku lakukan ni?" Persoalan ni timbul kerana aku teringat akan satu ayat dari Surah Al-Jumuah tentang suruhan agar pergi ke masjid untuk solat Jumaat. Jom kita teliti maksudnya; "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat p

Animasi M'sia (3)

Imej
Terbaru ni, tiba-tiba rasa teringin nak melihat satu animasi CG keluaran tempatan yang dah agak lama stabil di Malaysia ni iaitu; Fokus - Upin & Ipin "Siri animasi hasilan Les' Copaque ni berkisar tentang anak kembar bernama Upin dan Ipin yang berumur 5 tahun, menjalani kehidupan seharian bersama keluarga dan kawan-kawannya.." Setakat ni, animasi Upin & Ipin ni telah bertahan selama 7 musim lamanya (satu musim setahun kot) , dengan tiap satu musimnya mempunyai ~12 episod Secara jujurnya, animasi jenis ni bukanlah dari cita rasa asal aku  (sebabkan aku ni lebih sukakan cerita dari genre aksi dan suspens ), namun aku akui bahawa animasi ni antara yang terbaik dan sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Bagi golongan muda, terdapat banyak nilai-nilai murni dan pengajaran yang dapat dipelajari dan diamalkan, seperti menabung, mencintai haiwan, saling-membantu dan banyak lagi.  Selain itu, animasi ni juga memperkenalkan budaya dan identiti Mal

Berbakti kepada ibu bapa

Imej
Alhamdulillah, gaji dah masuk dah ^-^ maka seperti bulan-bulan lalu, aku akan mengagihkan sumber kewangan tersebut kepada beberapa saluran (sila rujuk entri  pengurusan kewangan ) . Dalam proses pembahagian tersebut, terlintas dalam kotak fikiran aku; "Tidak dilupakan, aku juga perlu memberikan sebahagian dari gaji tersebut kepada ibu bapaku juga (sebagai tanda terima kasih, bagi aku la) " ^-^  Fokus - berbakti kepada ibu bapa (pada usia dewasa kita)   "Cukup ke sekadar bagi duit untuk menggembirakan mereka? Adakah yang demikian tersebut adalah permintaan ibu bapa terhadap anaknya yang dewasa?"  Persoalan ini sering timbul dan tenggelam acap kali aku menjumpai artikel-artikel perkongsian di laman sosial Facebook . Jom kita hayati contoh perkongsian yang berikut:

Mencari rezeki

Imej
gambar hiasan Antara adegan yang berlaku ketika makan malam di restoran hari (tarikh) ini.. " Encik, belilah satu..", kelihatan sepasang suami isteri berusaha menjualkan pek tisu untuk mencari rezeki "tak nak la.. terima kasih la ", balas daripada seorang pelanggan A restoran tersebut dengan niat cuba menolak baik  " Ambillah duit ni, saya sedekah saja ..", respon seorang pelanggan B sambil memberikan beberapa helai not biru Kelihatan pasangan tersebut tetap ingin memberikan pek tisu kepada pelanggan B sebagai satu urusniaga jual-beli.. " Saya tak nak beli, tapi saya nak sedekah je.. Ambillah..", tambah pelanggan B itu lagi sambil berkeras agar barangan tak 'dijualkan' kepadanya..

[Lagu] Erti Syukur

Imej
Kali ni ingin lagi aku berkongsi satu lagu nasihat yang sering aku dengar. Ni antara lagu nasyid yang lain dari yang lain.. Aku suka lagu ni sebab dia adalah berbentuk rap sikit, namun tetap menyampaikan mesej nasihat yang bermakna.. Jom kita dengarkan lagu daripada kumpulan UNIC - Erti Syukur. Dipersilakan.. Sambil-sambil tu kita muhasabah diri, adakah kita sudah cukup bersyukur terhadap apa saja kurniaan Allah kepada kita? Dan bagaimanakah cara kita bersyukur? Adakah memadai kalau kita hanya sekadar mengucap 'Alhamdulillah' semata-mata..?

Cebisan kenangan (Year 4 Community Posting Team)

Imej
Tengah-tengah menyelak pakaian dalam almari, aku terjumpa baju yang penuh dengan kenangan pada suatu masa silam ku. Seraya aku teringat akan persoalan yang timbul ketika babak merancang reka bentuk baju ni juga.. "Kenapa mesti nak letak nama pada baju kumpulan ni? Tak payah la!"  - bantah rakan sekumpulan pada ketika design baju sedang dirancang. design baju kumpulan health intervention kami 2010 Sungguhpun demikian, aku tetap dengan pendirian aku agar nama-nama rakan sekumpulan tertera pada baju tersebut. Sebab aku yakin, suatu masa hadapan pastinya aku akan merindui saat-saat ni. Maka bukanlah jadi masalah untuk mengenang kembali rakan seperjuangan kita pada masa itu..

Animasi M'sia (2)

Imej
Satu lagi animasi keluaran tempatan ^-^ baru je keluar pada tarikh entri ni juga. Jom, kita saksikan sedutan trailer ni terlebih dahulu: Sedikit sinopsis tentang jalan cerita animasi kali ni: "Puteri dunia maya (game) Kingdom Hill bernama Amanda sampai ke Kampung Gong Lechar untuk mencari Perwira Suria agar selamatkan negaranya dari ancaman penjahat. Namun, dia telah hilang ingatan sebaik sahaja tiba di dunia nyata (Gong Lechar) . Sementara Iwan telah salah sangka puteri tersebut sebagai sepupunya yang dijangka datang untuk melawat Kampung Gong Lechar. Jadi sejak dari itu bermulanya pengembaraan Iwan, Zul, dan rakan-rakan lain.. "

Perancangan awal komik..

Imej
(Nota - Entri ni juga sangat berkaitan dengan entri  Hobi di meja tulis . Sila rujuk post tersebut untuk lanjutan ^-^!) Tengah-tengah aku menyemak emel Yahoo! aku, tiba-tiba aku diingatkan bahawa aku pernah menaip idea untuk 'karya agung' (komik) aku. Dah lama sangat ni, jadi sekadar nostalgia dan menghitung pencapaian diri maka aku ingin kongsikan dalam blog aku ni. Sebenarnya nota ini adalah perancangan awal aku tentang jalan cerita komik tersebut, namun ketika proses menulis idea semakin bercambah maka jadilah sebilangan idea perlu ditangguhkan dan sebagainya.. " Ringkasnya siri  Wanted!   (2006 - 2019)  ni mengisahkan tentang kehidupan seorang pelajar yang baru berpindah ke Kuala Lumpur, memulakan kehidupan remajanya di sekolah berasrama. Banyak peristiwa dan konflik berlaku melibatkan dia dan kawan-kawannya, dan kesannya dia lebih mempelajari erti kehidupan.."

[Lagu] Suwarul-Quran

Imej
Hari (tarikh) ni pun aku cuti rehat. Tapi aku ada urusan peribadi yang perlu diselesaikan. Dalam perjalanan ke tempat-tempat untuk berurusan aku memainkan lagu secara rawak dari mp3 (handphone) aku. Kedengaran satu lagu yang menarik, lalu aku berminat untuk kongsikannya di sini.. Jom kita dengarkan lagu daripada kumpulan Amar - Suwarul-Quran (surah-surah Al-Quran)

Badminton

Imej
gambar hiasan semata-mata ^-^ Hampir setiap minggu, aku adik-beradik akan bermain badminton bersama-sama. Tapi sebab Abg Chik takde maka kami hanya bertiga sahaja yang main. Jadi, nak tak nak kena la main rotation battle   (istilah sendiri ^-^!) secara bergilir-gilir Fokus - main badminton Tak seperti bola sepak padang, aku lebih kerap melibatkan diri dalam permainan badminton sebagai sukan pilihan ketika meningkat dewasa. Sekolah, matrikulasi dan universiti sekali pun, semestinya aku menjebakkan diri dalam sukan badminton ni. Namun begitu, aku tetap bermain dengan mindset sekadar untuk suka-suka sahaja (tidak terlintas pun untuk menceburi kejuaraan) garis panduan court badminton untuk single & double Tapi yang paling aku tak sangka ialah pada usia dewasa ni, akhirnya aku dapat bermain sesama adik-beradik berempat (sedangkan masa kecil dulu memang susah nak ajak main bersama). "Aku rasa seolah-olah masing-masing berlatih sendiri-sendiri dan akhirnya bertemu pad

Nasihat hari minggu~

Imej
Sekali lagi, aku ingin berkongsi nasihat dari media ProductiveMuslim . Jom kita ambil iktibar dari animasi berikut: Spoiler alert! Animasi ni memaparkan watak tak produktif meluangkan hari minggu (masa lapang) dengan bersahaja dan menonton TV sambil makan, sementara muslim yang produktif meluangkan masa dengan aktiviti kebajikan (eg. membantu di hospital, kerja pembinaan, bantuan kepada anak yatim dll).  Aku faham sangat kebanyakan daripada kita (termasuk aku sendiri) beralasan untuk berehat setelah penat lelah bekerja pada hari biasa. Tapi tentunya kita pernah mendengar akan satu nasihat (hadith kot, aku tak pasti) ; "Bekerjalah seolah-olah kamu hidup selamanya dan beribadatlah seolah-olah kamu meninggal esok hari" Darinya aku faham betapa umat Islam dianjurkan agar terus bekerja seolah-olah hidup sepanjang usia (tidak rehat-rehat dan tidak sakit ). Namun ini tidak la bermakna kita mesti mengabaikan rehat. Cuma, dianjurkan agar tidak berlebihan kerana boleh

Hormat majlis

Imej
Idea penulisan hari (tarikh) ni diinspirasikan ketika aku datang ke masjid untuk solat Jumaat. Seperti biasa, sebelum khutbah dimulakan aku selalu mendengar nasihat berikut (ini adalah hadith, kalau tak silap aku)   “Barang siapa yang berkata-kata apabila khatib sedang membaca khutbah walaupun dengan berkata “diam” (melarang orang lain daripada bercakap) sekalipun, maka sia-sialah pahala Jumaatnya. Dari itu, diamlah dan dengarlah dengan taat, mudah-mudahan kita semua akan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat” Kenapa ya? Persoalan yang pernah timbul pada masa kecilku apabila mendengarkan nasihat yang sama suatu ketika dulu..

Rendah diri (siri 2)

Imej
"Kau dah jadi doktor sekarang ni perlu jaga imej sikit. Pakaian kena smart, berkereta selesa, makanan pun kena up to standard. Kalau tak, orang lain takkan respek kau. (eg. doktor apa macam ni..?)  ." -  nasihat seseorang kepadaku. Kalau difikirkan dari satu sudut pandangan, aku faham tujuan nasihat tersebut ialah agar meningkatkan self-esteem  dan lebih dihormati oleh orang ramai.. Fokus - tawadhu' Namun dari dalam hati aku, aku berasa tak selesa untuk berpendirian sedemikian. Perlu ke menunjukkan perbezaan status? Kalau dari aspek pakaian, secara umumnya aku faham bahawa berpakaian kemas & bersih itu baik. Tapi bila melibatkan aspek lain (eg. kenderaan, makanan, barangan mewah, layanan umpama VIP) tu, aku rasa tak perlulah untuk diriku. Teringat aku akan satu nasihat dari Firman Allah; "Rendahkanlah dirimu terhadap orang yang mengikutimu, iaitu orang-orang yang beriman" (Surah Asy-Syu'ara 26:215)

Present tentang main game..

Imej
" Syed, nanti kau boleh tak buat non-medical presentation? " - SMS seorang rakan sekerja yang menguruskan giliran houseman presentation Live action trigger!   (Apakah respon yang patut aku berikan atas arahan tersebut?) Aku sedar aku sebaiknya tak boleh nak mengelak diri sebab pasti akan sampai masanya untuk aku present pula suatu hari nanti. Oleh itu, kena juga la memikul tugas ni secara sukarela sebelum dipaksa kelak. Maka aku memberikan respon ingin membantu ^-^! "Pada setiap hari selasa, ketika awal perhimpunan pagi posting O&G, adanya sesi non-medical presentation oleh houseman sebagai salah satu budaya di HKL ni. Seperti nama sesi tersebut, houseman bebas memilih tajuk sendiri. Setakat ini, aku pernah dengar presentation oleh rakan-rakan sekerja dengan tajuk masing-masingnya cincin, tayar kereta, muzik, haiwan peliharaan dll. Jadi apa topik yang aku nak bentangkan ni? " >_<! Jadi akhirnya aku mendapat idea untuk berkongsi fakta tentang vide

berjimat

Imej
Satu lagi perkongsian menarik dari ProductiveMuslim yang mana aku rasa cara penyampaian nasihat yang ingin disampaikan itu adalah cukup kreatif tapi berkesan. Jom tengok animasi berikut: Spoiler alert! - Muslim produktif digambarkan sebagai seorang yang bijak berbelanja iaitu membuat persediaan awal seperti senarai barangan yang ingin dibeli, anggaran belanjawan serta kupon diskaun.. Manakala pihak yang seorang lagi tak pasti dengan barangan yang ingin dibeli dan akhirnya telah boros berbelanja.. Firman Allah s.w.t dalam KitabNya: "Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing, dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu saudara Syaitan, sedangkan Syaitan itu pula makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya " (Surah Al-Isra' 17:26-27) Oleh itu, marilah kita berjimat-cermat ^-^! aku sendiri pun kena mempraktik amalan tersebut, insya-Allah..

Merancang

Imej
Kali ini, ingin aku berkongsi akan satu nasihat yang aku dapat dari media productiveMuslim. Jom sama-sama kita tonton animasi yang diberi: Fokus - merancang jadual harian Jadi animasi tersebut menyarankan supaya kita sentiasa merancang aktiviti harian. Dengan merancang, aktiviti kita akan lebih tersusun malah kita dapat menguruskan masa dengan baik. Pengurusan masa ni penting sebagai salah satu unsur kejayaan dalam hidup. "If you fail to plan, you plan to fail" (orang yang gagal untuk merancang adalah orang yang merancang untuk gagal) Jadi macam mana nak menguruskan masa dengan baik ni? Berdasarkan animasi itu tadi, sebaiknya kita menyenaraikan aktiviti yang ingin dilakukan mengikut keutamaan berikut: mustahak + segera tidak mustahak + segera mustahak + tidak segera tidak mustahak + tidak segera  ( Nota - ni hanyalah contoh sahaja. Bergantung kepada masing-masing untuk tentukan keutamaan sendiri ^-^ kalau boleh malam sebelum tidur lagi, kita dah senaraikan ran

Memasak

Imej
Hari (tarikh) ni, semua isi rumah telah keluar menguruskan hal masing-masing, sementara aku masih lagi cuti rehat di rumah. Nak makan apa tengah hari ni? Selalunya makanan tengah hari disediakan, ataupun aku memilih untuk makan luar (terutamanya bila ada urusan lain secara kebetulan) . Tapi kali ni, aku berniat untuk memasak sendiri saja.. " Dah lama tak memasak sendiri ^-^! sekali-sekala, eloknya aku mengulangkaji kemahiran memasak ni.. " Fokus - memasak Teringat aku akan satu hikmah yang pernah dibaca ketika di sekolah dulu; "If you give a man a fish, he will able to eat for one day, but if you teach him how to fish, he will be able to eat for the rest of his life"  Berdasarkan hikmah tersebut, aku ubahsuai kepada situasi memasak yang mana; "kalau kita sediakan makanan untuk seseorang, dia akan dapat makan untuk sehari (iaitu hari yang sama makanan disediakan) , tapi kalau kita ajar dia menyediakan makanan (memasak) , dia akan dapat makan sepanjang

Gambaran hari akhirat

Imej
sekadar gambar hiasan Panasnya cuaca hari ni.. >_< Kebetulan  aircond  rumah pula tengah rosak, jadi berpeluh jugalah sepanjang hari ni.. Sementara itu, teringat aku akan kata-kata sahabat suatu ketika cuaca panas dulu; " Ni baru panas dunia! Tak tahu la panas akhirat nanti mcm mana. ." Macam mana agaknya keadaan di akhirat nanti ye? Kebetulan baru-baru ni terjumpa artikel di laman sosial Facebook , maka ingin aku kongsikan dalam blog ni juga. Terima kasih kepada penyumbang asal. Let's focus!

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Imej
Teringat aku akan satu topik perbualan dengan pakcik aku suatu ketika dahulu: " Pernah dengar kisah tentang Luqman Al-Hakim (dan anaknya) dan keldai tak? ", tanyanya  " Pernah, tapi dah lupa la.. Ayah Cu boleh ingatkan semula tak? ", aku menjawab -------------------------------------------< kisah mula! >------------------------------------------- ( nota - cerita ni aku tulis semula berdasarkan sumber berikut:  kisah tauladan Luqman Al-hakim, anaknya dan keldai ) Luqman al-Hakim telah membawa anaknya dan seekor keldai melalui pasar tempat orang ramai. Pada mulanya, beliau menunggang keldai tersebut sementara anaknya berjalan kaki sambil mengendalikan keldai tersebut. Melihatkan keadaan tersebut, maka orang ramai berkata: "Tengok tu! Itulah orang tua yang tidak mengasihani anaknya - dia bersenang-lenang di atas keldai sedangkan anaknya bersusah-payah berjalan kaki.." Kemudian, Luqman al-Hakim meneruskan perjalanan. Kali ni beliau menaikkan

Bola sepak

Imej
" Syed, bila nak join main bola kitaorang? " - tanya seorang sahabat sejak sekian lama tak berjumpa.. " bila korang selalu main? kalau kena hari rehat aku, insya-allah akan diusahakan. ." - balas aku  Tiba-tiba timbul niat aku untuk bermain bola sepak pula.. menarik betul~ sekadar gambar hiasan (diambil sebab sangat cantik)  Fokus - sepak bola sejak sekian lama >_<! Dah lama agaknya aku meninggalkan sukan bola sepak padang. Kali terakhir aku bermain secara sukarela dan gembira ialah ketika bersekolah tingkatan dua dulu.. Selepas masa tersebut, aku tak ingat sebarang kenangan menyertai bola sepak yang menyeronokkan.. "Sejak awal lagi, aku ni bukanlah seorang yang proaktif bersukan. Dan selalunya aku menyertai aktiviti sukan dengan beralasan sebagai aktiviti senaman diri atau sekadar mencari pengalaman baru sahaja. Tiada niat untuk menjulang kejuaraan yang ketara pun.. " ^-^ Dah masuk 10 tahun aku tak betul-betul diingatkan semula keser

Kidal

Imej
Hari (tarikh) ni aku cuti rehat mingguan ^-^ seperti biasa, aku meluangkan masa bermain badminton sesama adik-beradik empat orang semuanya. Ketika sesi panaskan badan, aku cuba-cuba menghayunkan raket badminton dengan menggunakan tangan kiri.. " rupanya lebih payah dari sangkaan >_<! tapi kejap, bukan ke aku ni kidal ( ketika menulis) ? kenapa main pun tak boleh kidal juga " <-- ngada-ngada pulak Fokus - kidal (left-handed) Teringat aku akan satu babak yang berlaku ketika bekerja baru-baru ni.. Imbas semula, mulai~ " this patient here is 30 years old, G3P2 currently at her 34 week.. bla bla bla " - aku membentangkan kes kepada specialist yang datang melihat pesakit.. " per abdomen.. soft, non tender, uterus at term, singleton, cephalic, head 3/5, estimated fetal weight 3.0 - 3.2kg.. " - specialist itu pun turut memeriksa pesakit sambil pantasnya memberitahu aku apa-apa dapatan pemeriksaan tersebut. " ok, plan! trace CTG, time co

Sedeqah (1)

Imej
(Nota - entri ini boleh dikatakan sebagai kesinambungan bagi entri  hutang .. Jadi boleh rujuk semula untuk isi yang berkaitan..) "Abang, boleh minta tolong skit tak? Saya ni takde duit nak balik rumah ni.. Boleh tak abang pinjamkan saya duit RM10, nanti kalau dah ada duit nanti saya ganti balik.." "Abang, saya ni ada masalah ni! Abang sorang je yang boleh tolong saya.. Saya ni nak balik kampung kat Kelantan tapi takde duit. Saya pergi Baitul Mal untuk bantuan tapi dah tutup pulak.. Tolong la pinjamkan saya duit untuk tambang balik.. Nanti saya ganti balik.." " Encik, saya jual keropok ni.. 1 bungkus RM5 --> bila dihulurkan RM5 --> e ncik, belilah 2 RM10, kita sama-sama Islam ni saya harap encik boleh tolong saya beli lebih sikit. ."  Demikianlah antara contoh situasi yang berlaku ketika mengharungi kehidupan seharian.. Live-action-trigger!  "Apakah respon yang patut aku berikan..? " antara konflik dalaman yang berlaku dalam diri