berjimat

Satu lagi perkongsian menarik dari ProductiveMuslim yang mana aku rasa cara penyampaian nasihat yang ingin disampaikan itu adalah cukup kreatif tapi berkesan. Jom tengok animasi berikut:



Spoiler alert! - Muslim produktif digambarkan sebagai seorang yang bijak berbelanja iaitu membuat persediaan awal seperti senarai barangan yang ingin dibeli, anggaran belanjawan serta kupon diskaun.. Manakala pihak yang seorang lagi tak pasti dengan barangan yang ingin dibeli dan akhirnya telah boros berbelanja..

Firman Allah s.w.t dalam KitabNya:
"Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing, dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu saudara Syaitan, sedangkan Syaitan itu pula makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya" (Surah Al-Isra' 17:26-27)
Oleh itu, marilah kita berjimat-cermat ^-^! aku sendiri pun kena mempraktik amalan tersebut, insya-Allah..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)