[App] HealthifyMe

"Antara Azam tahun ini ialah mencapai indeks jisim berat badan yang optimum (sasaran berat 58kg)" - entri Azam tahun 2019
Dah ada matlamat, kena rancang dan ikhtiar untuk capai azam supaya tak sia-sia seperti tahun-tahun yang lalu.. ^-^! Jadi penulisan kali ini, aku nak bincangkan tentang sebahagian cara yang aku gunakan untuk mencapai berat optimum..
"With the help of technology nowadays, interestingly there are various apps on the phone that may help you achieve whatever you wish for, use it wisely.."
Jadi dengan teknologi zaman kini, terdapat banyak applikasi telefon pintar yang boleh membantu. Antara yang aku jumpa secara rawak ialah:

[Apps] HealthifyMe
Ni adalah applikasi untuk memantau kesihatan harian. Antara parameter yang dipantau melalui apps ini ialah:

  • Pengambilan kalori dalam makanan - cuma pilih makanan dari senarai yang diberi beserta timbangan / unit hidangan --> jumlah kalori akan tertera. Maka kita boleh nampak pengambilan kalori dalam setiap makanan yang diambil pada masa tertentu..
"Dengan ini kita akan lebih peka tentang pengambilan makanan. Maksudnya bagi yang selalu input masuk makanan, dia akan perasan pada pagi hari dah ambil kalori yang banyak, maka tengah hari/malam dia akan lebih berjaga-jaga"
بوليه ڤنتاو ڤڠمبيلن كالوري ستياڤ سسي ماكن
  • Sasaran jumlah minuman air yang patut diambil dalam sehari - Kalau dalam apps ini digalakkan ambil sejumlah 9 cawan (250ml) sehari iaitu semuanya melebihi 2L air sehari. Terdapat juga push notification berbentuk peringatan agar minum air secara berkala. [AWAS bagi pesakit buah pinggang / lemah jantung - kerana terdapat had air yang boleh ditampung badan. jadi sebaiknya mereka kena ikut kata doktor]
"Apabila minum banyak air, tindak balas badan akan menyingkirkan lebihan air tersebut melalui sistem perkumuhan (tapi biasanya kencing la berbanding yang lain), secara tidak langsung hasil perkumuhan (Urea/Creatinine) akan dikeluarkan bersama air kencing. Sebab itu, minum air banyak boleh nyah-toksik (detox) dalam badan.."
  • Jumlah langkah kaki seharian - dalam applikasi ini mereka dah tetapkan 10,000 sehari. Pengiraan langkah perlu diselaraskan (sync) dengan applikasi lain (macam aku guna GoogleFit) atau fitness tracker watch (jika ada).
كالاو ماچم اكو يڠ لبيه برأوريئنتاسيكن متلامت, أڤبيلا اد توجوان يڠ جلس, اكو لبيه برأوسها منچاڤاي متلامت ترسبوت. (بيلا باچ٢ بوكو بارو اكو تاهو للاكي ميمڠ صفتڽ بݢيتو
"Kalau macam aku, kami lebih berorientasikan matlamat (goal-oriented) (baru ni aku baca rupanya orang lelaki selalu ada ciri ini). Bagi satu matlamat harian yang jelas, kalau azam kuat memang aku akan cuba capai matlamat tersebut.
  • Penggunaan kalori (melalui aktiviti & senaman) - Pada permulaan penetapan, applikasi ini akan tentukan cadangan penggunaan kalori seharian 
"Bergantung kepada individu; bagi yang sedia aktif, mungkin applikasi boleh cadangkan bakar kalori lebih banyak, tapi bagi aku yang sangat pasif dan malas dia cadangkan hanya 287cal saja sehari ^-^! tapi mestilah aku nak buat lebih "
  • Berat semasa (dan sasaran) - dari semasa ke semasa (kalau tak salah aku mingguan), applikasi akan minta kita timbang berat dan kemaskini dalam data maklumat. 
user interface aplikasi ini..

 أڤليكاسي إين ترداڤت جوݢ دالم  ۏرسي برباير يإيت ادڽ ڤرخدمتن كاونسليڠ داري جورولاتيه دان ڤاكر ڤماكنن. تاڤي باݢي اكو يڠ إينتروؤرت إين, ميمڠ تق امبيل ڤون تق اڤ سبب اكو لبيه سليسا برسنديريان. ترڤولڠله ڤد ماسيڠ٢

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)