Kalau anak belajar..

Tatkala aku menyelusuri laman sosial facebook, maka aku berjumpa satu komik nasihat maka ingin sekali aku kongsikan sekali lagi dalam blog ni. Semoga mesej yang tersirat berjaya disampaikan kepadaku (pada masa akan datang) serta kepada sesiapa yang berkenaan..

kredit kepada laman damncomic page (facebook) atas komik berhiknah ni..
Spoiler komik! - babak dimulai oleh watak ibu sedang memarahi anak lelaki yang mendapat prestasi tidak bagus dalam peperiksaannya. Kemudian si ibu berbalah-balah dengan anak sehingga si ibu membuat keputusan untuk menyorokkan game PS2 anaknya agar menggalakkannya belajar. Babak seterusnya, si bapa pulang ke rumah dari kerja, bertegur sapa dengan si ibu dan anak sebelum terus menonton TV. Sedang rancak menonton perlawanan bola, si bapa teringat bahawa si anak sedang mengulangkaji pelajaran lantas memperlahankan suara TV sambil muhasabah masa silamnya. Pada pengakhiran komik, si bapa tutup suis TV dan menyertai si anak dalam pelajarannya..

----
Bagi aku komik ni mempunyai mesej tersirat yang penting. Sebab aku sendiri pernah memerhatikan situasi yang berbeza dari komik tersebut..
"Aku ada berjumpa seorang keluarga yang berpendidikan ini, sangat mementingkan pendidikan bagi anak-anaknya; beli buku,buku, buku, buku.. hantar pergi pelbagai tuisyen seawal 8 tahun lagi.. Bagiku semua usaha tu sangat bagus (sebab pentingkan ilmu), cuma aku perasan akan satu kekurangan pada keluarga tersebut ialah cara pendekatan mereka hanya setakat itu. Di sebalik buku dan tuisyen, aku tak pernah melihat ibu bapa meluangkan masa & menyertai anaknya belajar (misalnya membantu mereka menjawab soalan). Maka mereka sebenarnya tak peka akan perkembangan prestasi anaknya, sehingga sebulan sebelum peperiksaan penting anak yang seorang ni masih tak bersedia untuk lulus terutamanya subjek BM.
Jadi aku pun membantunya membuat jadual latihan intensif untuk memperbaik prestasi si anak ni. Alhamdulillah, bila sampai masa keputusan peperiksaan besar si anak ni berjaya dengan cemerlangnya. Cuma aku tak berkesempatan untuk membantu si adik pula yang bakal menghadapi peperiksaan yang sama (sebab aku mula berkeluarga sendiri), dengan tabiat yang sedemikian, maka jujurnya aku tak jangkakan pengakhiran yang baik buat si adik (walaupun pergi tuisyen yang bagus-bagus)..
Mungkin, pendirian masing-masing tak sama.. Ada yang jenis hanya ingin keputusan baik (good result) semata-mata tanpa ambil tahu tentang jerih payah individu. Bagiku, itu bukan ciri/sifat yang baik..

Dan mungkin, sebabkan aku mempunyai kebarangkalian (tendency) untuk mengajar orang lain ketika studi, maka aku lebih peka tentang hal ni..
"Apa-apa pun, ke hadapan diriku yang dah menjadi bapa nanti, sila-silakanlah menyertai anak belajar supaya dapat memahami jerih payah si anak nanti.."
bacaan entri yang berkaitan:
cara studi yang pelbagai (isi 1)
cara studi yang pelbagai (isi 2)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)