Anak Emak

Entri kali ni bersifat santai sedikit. Sebabnya, jom tengok episod Doraemon ni dulu 11 minit.. ataupun, boleh tengok sinopsis/spoiler..



[Spoiler] - episod ni mengisahkan babak Nobita (yang selalunya nakal dan selalu dimarahi mak) ada masanya ingin bermanja dengan maknya walaupun maknya selalu garang. Kemudian, cerita ini diikuti babak lewat malam yang yang mana ayah Nobita balik dalam keadaan mabuk. Walaupun ditegur isteri (mak Nobita), namun ayah Nobita masih dalam keadaan mabuk sehingga mak Nobita menyerah kalah dan membiarkannya bergelimpangan sebegitu.. Nobita pula ingin menegur ayahnya agar tidur dalam bilik. Dan Nobita juga turut dimarahi dengan alasan Nobita hanya budak-budak (tak layak tegur orang dewasa)

Maka Nobita timbul idea untuk membawa ayahnya berjumpa mak (iaitu nenek Nobita) agar nenek dapat menegur ayahnya. Oleh sebab nenek sudahpun meninggal dunia, maka Doraemon pun membawa ayah yang masih mabuk kembali ke zaman silam (ketika nenek masih hidup). 

Sesudah sampai ke masa silam, ketika Nobita & Doraemon ingin memanggil nenek, mereka nyaris terserempak dengan maknya (masa silam) yang ingin mengemas bilik atas. Lantas mereka bergegas menyembunyikan ayah dalam almari, membuatkan mak (masa silam) berasa keliru. Mak lantas berbincang dengan nenek yang mana akhirnya nenek suruh telefon ayah (masa silam) di pejabat. Apabila menyedari si Ayah (masa silam) masih di pejabat, nenek mencadangkan agar si emak (masa silam) berjalan-jalan sebentar bersama Nobita (masa silam) untuk tenangkan fikiran dulu..

Maka Nobita (masa kini) mengambil kesempatan untuk berjumpa nenek dan menerangkan situasi yang sebenar. Nenek bersetuju untuk jumpa ayah Nobita (masa kini) dan menegurnya. Berlaku babak nenek bertanya khabar kepada si Ayah, yang mana si Ayah akhirnya menangis meluahkan perasaan yang terpendam. Nobita (masa kini) dan Doraemon membiarkan nenek dan Ayah bersendirian sebelum si Ayah akhirnya tertidur..Kemudian akhirnya Doraemon dan Nobita (masa kini) membawanya pulang ke masa kini.

Episod diakhiri dengan Nobita sekeluarga bersarapan pagi. Si Ayah menjelaskan dia bermimpi jumpa mak (nenek Nobita) sejak sekian lama. 

--------------------------------------- tamat episod doraemon kali ni-----------------------------------
"Aku suka cerita doraemon.. Cerita doraemon adalah dari genre spice of life (lumrah/norma kehidupan) seorang budak 10 tahun dalam mengharungi kehidupan sekolah rendah, serta fantasi & pengembaraan. Dalam banyak-banyak episod cerita doraemon, aku paling suka apabila berkenaan hal keluarga Nobita (ie. nobita kembali ke masa silam jumpa nenek, jumpa mak) atau masa silamnya berbanding jenis episod yang lain.
Fokus A - mesej untuk diri sendiri
Banyak kali aku tengok episod ni, semuanya buat aku menangis. Sebab mesej episod ni sampai kepadaku (buat aku terasa/tersentuh)
"Episod ni berkisar hubungan anak lelaki terhadap ibu; yang mana anak lelaki akan ada masa untuk bermanja / meluahkan perasaan kepada si ibu (tak kira la ibu garang macam mana sekali pun). Sampai ke usia dewasa pun, sebenarnya anak lelaki ada masanya ingin meluahkan perasaan kepada si ibu.."
Jadi begitu juga kehidupan aku. Aku lebih kepada anak emak seperti mana Nobita dan bapanya. Cuma aku pada usia dewasa ni, emak dah pergi kembali ke rahmatullah (entri curhat 12.10), kalau ikut ego lelaki, susah nak luahkan pada orang lain (kalau boleh nak emak sendiri jugak). Terkadang, timbul impian dalam hati agar dapat jumpa mak semula (atau mimpi mak semula) macam novel For One More Day.

Fokus B - mesej untuk seseorang
Tak lama aku dapat berita tentang satu keluarga menghadapi ujian berat. Maka niatku agar dapat sampaikan mesej kepada si anak tentang kemungkinan tekanan/stress yang dihadapi oleh si Ayah. Hendaknya mereka faham, mungkin si Ayah sampai satu tahap yang tak mampu tampung stress lagi. Semoga moral dan pengajaran dapat dijadikan teladan untuk  masa hadapan mereka nanti..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)