Untungnya ada rak buku di Ruang Tamu

Bismillah.. Baru-baru ini aku menjumpai satu status facebook yang menjadi bualan (kecaman) hangat oleh pihak netizen.. Jom aku kongsi dalam sini juga..


Kalau diamati latar belakang penulis, mungkin beliau mempunyai sedikit kepentingan sendiri iaitu ingin melariskan jualan bukunya. Tentang hal itu, maka terserahlah kepada ikhtiar beliau sendiri, sebab beliau memang perlu menyara diri dan keluarga masing-masing.. 

Dan penulisan ini bukanlah untuk sertai kelab mengecam beliau. Sebaliknya, aku dapati idea (isu) yang dikemukakan sebenarnya sangat menarik untuk dibincang di sini.

Fokus - Untungnya ada rak buku di ruang tamu rumah
ramai inginkan ada bilik membaca sendiri, tapi tahukah lagi untung ada rak buku di ruang tamu 

Dah kenapa beruntung pula??

1) Buku sebagai modal suai kenal (ice breaking) yang paling senang.
Ketika berziarah rumah orang lain, antara adab menghormati tuan rumah ialah kita membicarakan topik yang menyenangkan tuan rumah. Mana nak cari idea? Nah, tengok pada rak bukunya. Kalau nampak buku tentang planet, tanyalah ilmu tentang planet pada tuan rumah. Nescaya tuan rumah seronok berkongsi cerita tentang ilmu & minatnya.. 

Ada yang berbalah, sangat noob perlukan demikian semata-mata untuk suai kenal.. TIDAK! Bahkan ia ialah satu strategi perhubungan sosial yang baik. KAU TAKDE MASA NAK CUBA-CUBA (try and error) SUAI KENAL. Terutamanya apabila kau mempunyai tujuan dan kepentingan terhadapnya (misalnya bakal mentua / majikan besar / klien / rakan kerja dan lain-lain) 
Jadi sebenarnya TAK PERLU ambil dan baca pun buku dari rak, tapi cukup sekadar sepintas lalu nampak judul (kategori) buku untuk memulakan perbincangan yang menyenangkan tuan rumah..
2) Berkongsi ilmu
Dah apa masalahnya kalau tetamu baca buku pun?? Buku sebagai medium ilmu memang untuk dibaca pun. Paling tidak, tetamu yang hadir akan dapat sedikit ilmu dari bacaan buku anda. Dan ilmu tersebut merupakan saham berterusan (pahala) selagi mana ilmu dimanfaatkan dan diajarkan kepada orang lain. 
Salah satu amalan anak Adam yang tak terputus biarpun dah meninggal dunia : (1) ilmu yang bermanfaat....
Aku terbayang tentang suatu masa dulu (sebelum zaman teknologi), betapa rak buku di ruang tamu sebagai tujuan utama orang berziarah ke rumah. Orang datang berguru di rumah untuk membaca, kemudiannya balik untuk diajarkan kepada orang lain. Betapa murninya tuan rumah yang menyediakan bahan bacaan untuk manfaat tetamu..

3) Rak buku ialah hiasan rumah sesuai untuk semua
Rak buku boleh dianggap hiasan rumah yang neutral dan mampu milik untuk semua! Ya, SEMUA!
Tua, muda, miskin dan kaya semua boleh ada rak buku dengan buku kegemaran masing-masing. Tak kira macam mana pun status sosial kau, apabila berziarah rumah orang lain, kau akan sentiasa mendapati mereka mempunyai sesuatu bahan bacaan yang kau tak ada.. Jadi yang kaya takde la nak berlagak sangat (mengenai rak buku), dan miskin takde la begitu terasa kekurangan sangat..

Beberapa debat bahas aku tentang perbincangan yang timbul..
1) adab mana adab?? (tentang tuan rumah tak selesa dengan perangai tetamu selongkar rak buku)
Tentang adab, aku sangat setuju bahawa MEMANG TAKDE ADAB kalau-kalau masuk-masuk dalam rumah terus selongkar rak buku (takde salam, takde bertegur tuan ramah, takde bersembang)

Tapi berapa ramai orang buat macam ni? Rak buku bukan lagi perkara pertama yang diselongkar oleh generasi sekarang (mereka lagi nak tengok TV / game / mainan / basikal / sofa lembut dll). Kalau nak kata adab bermasalah, sebenarnya ADAB BOLEH DIAJAR sekali gus adab jangan buat bising, kena minta izin, jangan main TV orang dll)

Dan betul! Kalau takut buku mahal anda dirosakkan mereka, maka buku tersebut boleh la simpan dalam bilik. Namun, banyak buku 'biasa' yang boleh anda kongsikan bersama.. Berbanding buku tersebut berkemungkinan dilupakan anda di bilik, ada baiknya buku itu dibaca oleh tetamu semoga bermanfaat 
Pernah belajar karangan autobiografi "aku sebuah buku" tak? --> kalau pernah, sila nyatakan salah satu 'pengakhiran gembira' nasib sebuah buku 
----
Ye lah, pendapat masing-masing. Tapi hasil dari perbincangan hari ini, aku telah belajar sesuatu yang baik, iaitu salah satu sedeqah ilmu yang aku boleh buat ialah sediakan rak buku di ruang tamu untuk tetamu.. Semoga mereka beroleh ilmu yang bermanfaat (sebagai saham aku nanti di akhirat).. 

Insya-allah..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)