3 Pelan Karya

Alhamdulillah, terasa sangat lega apabila kali pertamanya aku berjaya menamatkan siri komik dengan tamatan yang betul (bukan berhenti separuh jalan sebab malas atau hilang atau apa sahaja alasan). (Baca penulisan Di Sebalik Tabir Wanted! 101).  Jadi dalam penamatan komik in terasa satu pencapaian di situ..
"Tapi lepas ini apa pula arah tuju aku (dalam hobi di meja tulis ni)..?"
Setakat ni, terdapat 3 idea yang terlintas sebagai siri yang berbeza.. Nah aku belanja lukisan dulu..

tambah warna sikit (watak je la). Malas nak warna latar belakang sangat kecuali kalau ada yang berkenaan

[Nota - masih dalam peringkat draf, jadi belum penamaaan tajuk rasmi lagi]

#1 DDS ( = 'Wanted! Remake') 
Secara peribadi, aku suka karya aku WANTED! Tapi semasa aku membuat arkib simpanan (sambil mengharungi semula episod satu per satu), aku dapati terdapat ruang untuk pembaikan (dari aspek plot). Terutamanya 1st Journey yang mana aku terlalu tergesa-gesa untuk kejar ke arah komik Ex (tapi akhirnya komik Ex tak pernah jadi 'remake' langsung).
"Masa pembuatan dulu aku dah ada komik Ex iaitu watak Syed tingkatan 5 (sementara Wanted 1st journey watak Syed masih tingkatan 1) jadi haruslah nak buat laju-laju supaya cepat sampai umur tingkatan 5. Lagi pula, fokus komik aku masa tu lebih kepada aksi jadi unsur lain tidak dititikberatkan"  
Tapi bila diamati semula, rupanya ada banyak ruang memori yang boleh aku terapkan sebenarnya.
"Jadi, sesiapa kawan yang terlepas (tak muncul) dalam komik WANTED! terdahulu akan dapat peluang kedua la harapnya.."
Jadi betul, aku akan buat semula Wanted! Tapi pada 'kadar daya' (pace) sendiri yang sangat perlahan. Aku fokus untuk tambah kandungan dulu baru 'buat semula' (remake) semula episod yang ada. Jadi penomboran episod akan berubah suatu hari nanti..

#2 MT / AP
Meh aku jujur dulu, tema komik ini ialah komik 'dakwah' / nasihat / pendidikan. Seperti mana pengkarya Mfstudio Ibnmukhtar, Amir Mustaqim, Abeben Studio, Afiq Nazry (aku tak kenal pun semua orang ni, hanya sekadar ikut facebook semata) dan banyak lagi, aku suka kalau komik aku ni mempunyai pengajaran dan nasihat berguna buat pembaca sekalian. Hendaknya ada saham akhirat (pahala) dalam hobi tersebut. Atas faktor tersebut, aku bertekad isi utama komik aku mestilah menyampaikan nasihat / motivasi positif.
"Tapi cabaran sangat nak buat komik ini ialah daya tolak (motivasi) tu susah sikit. Banyak 'gangguan' (takut pembaca tak suka, takut tak best, takut idea tak sampai, takut 'salah ajar' dan bermacam lagi alasan).." 
Tapi tu la, insya-allah aku akan cuba. Komik jenis ini selalunya bukan jenis bersiri.

Tapi kena ada rujukan juga la, sebab nasihat 'bernas' itu lebih kuat dan diterima berbanding nasihat kosong..

#3 KS 
Ni salah satu impian aku - untuk buat komik pengembaraan yang penuh aksi. Macam Dragon Ball, Naruto, One Piece, Dragon Quest dan macam-macam lagi komik di luar sana. Persoalannya, kita tak boleh cipta komik pengembaraan sendiri ke??
"Tapi aku akui, cabarannya sangat besar! Kena ada ilmu dan rancangan rapi untuk kategori komik ini. Dan lagi, aku kena fikirkan tentang betapa komik ini tak boleh lekakan pembaca sehingga lupakan hal yang lebih penting.. 
Ada sedikit idea tentang episod untuk dihamparkan dah. Cuma plot & jalan cerita tak kuat lagi.. Masih perlukan kajian lagi..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)