Sila diam & Jangan kecoh dulu

Teringat satu perkongsian media sosial satu masa dahulu..
Masa tu, aku tengah bercuti sempena hari ulang tahun perkahwinan pertama (2017) aku bawa isteri jalan ke taman tema. Dalam pada menunggu bas pelancongan, aku terjumpa satu perkongsian tersebut. Aku faham mesej yang ingin disampaikan..
Maka semalam aku sampai niat nak buat komik strip Bdouin menggunakan idea tersebut. Nah, hasilnya;
سياڤ فاهم ميسيج يڠ ايڠين دسمڤايکن دالم کوميک ستريڤ اين؟
Fokus - Sila Diam & Jangan Kecoh dulu
Aku faham sangat perasaannya bila dapat sesuatu berita baik - terujanya & seronoknya apabila dapat sesuatu..
Menang hadiah pertama kereta...
Beli rumah ke-lapan..
Untung besar jual beli..
Dapat anak..
Melancong ke luar negara..
Lulus peperiksaan..
Keluarga bahagia sangat..

Lagi-lagi apabila tak semua orang bertuah dapat kurniaan yang sama... Bila lagi nak 'menunjuk' kat orang lain betapa hati sangat gembira? Begitulah fitrah manusia ingin berkongsi. Kalau boleh nak kongsi satu dunia..

Tapi..

NANTI DULU!!
Ramai orang dah terpedaya untuk siar on the spot.. tak boleh nak tunggu. Umpama kapal terbang baru 'sentuh tanah' (touchdown) terus nak hidup handphone & bagitau dah sampai.

--- Jom ulangkaji pantas kisah nabi Zakaria a.s ---
Salah satu dugaan hebat beliau ialah beliau belum dikurniakan zuriat.. (agaknya boleh bayangkan tak bagaimana skrip masyarakat akan membawang?). Sampai la satu masa di usia tua, akhirnya Allah utuskan malaikat ke rumah nabi untuk memberitahukan bahawa mereka akan dikurniakan anak. 

(Boleh bayangkan betapa gembiranya perasaan mereka setelah sekian lama?). Memang betul, itu satu berita gembira. Cuma!! Allah beritahu tanda (kebenaran & kekuasaanNya) ialah Nabi Zakaria tak dapat berbicara dengan masyarakat selama 3 hari walaupun sihat badan.
(Tak dapat la nak kongsi dengan jiran sebelah berita ni.. Kena tunggu 3 hari pula..)
KENAPA KENA TUNGGU 3 HARI? 3 Hari bukan sekejap, lagi-lagi saat mendapat nikmat. (sedangkan beli Shopee pun tak sabar tunggu barang sampai. Kalau poslaju sangkut lagi la mengamuk!)

Wallahu a'lam. (Allah Maha Mengetahui segala rahsia tersirat). Tapi antara yang kita boleh deduksikan berdasarkan situasi tersebut..

1# Masa terima kasih kepada Allah dulu.
- 3 hari pertama cukup panjang untuk berterima kasih kepada Allah. Sujud syukur berkali-kali?! Qiamullail?! Puasa... Khatam Al-Quran pun boleh.. dan pelbagai ibadah lain..
Sepatutnya ini prioriti utama umat Islam sekarang. Bukan kemaskini status media sosial..
2# Lebih fokus & ikhlas dalam bersyukur
- Kelebihan 'diam kepada orang ramai'  ialah kita lebih fokus kepada Allah s.w.t semata-mata. Ucap Alhamdulillah pun ikhlas, ibadat pun tak berkira.  Orang tak tahu, tak dapat nak menunjuk riak. Malah, orang tiba-tiba kagum tengok tiba-tiba rajin ibadah.

3# Perasaan teruja dah semakin pudar
- Dah lepas 3 hari, perasaan teruja dah pudar. Benda dah lepas, nak cerita apa lagi? Jawapannya kita akan cerita kadar biasa-biasa. Tak melampau. Takde hiperbola & kesan dramatik sangat. Pendengar bila dengan cerita nada biasa tak rasa apa-apa. Tak meluat. Takde dengki. Takde sakit hati.

4# Berita pun dah 'lemau'
- Sepanjang 3 hari tempoh menunggu, cukup untuk mengalihkan perhatian kita & orang ramai kepada satu perkara lain. Orang ramai lebih ambil berat cerita hari ini berbanding kisah silam. Jadi walaupun kita cerita sekali pun, mereka dah tak kisah (baik bincang perlawanan bola final malam tadi)

--- Wallahu a'alam (Allah lebih Mengetahui) ---

idea asal aku dapat dari siaran facebook Omar Suleiman <-- mohon baca penulisannya. pendek je



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)