[Game] Phoenix Wright - Ace Attorney
Tiba-tiba rindu game Nintendo DS. Dulu aku pernah ada DS (2006-2012), lepas tu beralih ke 3DS terus tak main dah DS, bahkan dah jual ke orang lain pula...
Tapi baru ni, rindu pula nak main, maka cari emulator di internet. Download. Aku cuba nak cari semula game-game kegemaran aku dahulukala, tapi lupa! Hanya ingat game pokemon saja. Akhirnya aku beralih cari game lain yang popular. Dalam carian aku, terlintas game berikut
judul pertama siri game ini |
#drama-RPG #murder #debate #investigation #psychology
Game ini berkisar seorang pemuda bernama Pheonix Wright yang baru menceburi bidang guaman sebagai peguambela dalam kes jenayah. Dalam kebanyakan kes jenayah yang berlaku, tertuduh ialah suspek yang tidak bersalah, Jadi bergantung kepada Pheonix untuk selamatkan tertuduh dengan bukti dalam perbicaraan, dalam pada itu cari pesalah yang sebenar..
Sepanjang game ini terdapat fasa permainan iaitu:
#1 Siasatan (investigation)
Pemain kawal watak dan bergerak ke hulu & hilir di kawasan kejadian kes. Temuramah saksi berkaitan, cari bukti kes, buat deduksi plot jenayah yang terjadi sebelum dibicarakan di mahkamah.
Gerak permainan game ini lebih kepada gambaran statik semata-mata, takde aksi & pergerakan sebenar diperlukan (hanya pilih dari menu yang ada).
"Secara jujur, fasa permainan yang ini agak bosan sikit. Sebab takde aksi pun. Perbualan & celoteh semata-mata. Saksi & bukti pula dah ditetapkan giliran tersendiri. Dengan kata lain, selagi babak M tak terjadi, bukti/saksi O takkan didapati. Dan selalunya walaupun dah cukup kumpul maklumat saksi & bukti, plot jenayah masih tak jelas sangat (sehinggalah sesi perbicaraan nanti) jadi kita macam tak faham apa yang berlaku.."
2# Perbicaraan (Trial)
Sesi perbicaaran melibatkan peguam membentangkan kes, serta meminta saksi memberikan testimoni tentang perincian kes. Pemain sebagai peguambela perlu bersoal-balas (cross examination) dengan saksi untuk mencari percanggahan testimoni saksi berdasarkan bukti yang ada. Sama macam fasa penyiasatan, game ini tak perlu sebarang aksi pun.."Aku paling seronok bahagian perbicaraan. Sebab plot jenayah baru la dibentang selepas semua-semua penyiasatan tersebut. Tapi yang lagi menariknya, terdapat putar plot yang tak terjangka. Dalam nak buktikan tertuduh tidak bersalah, 'semua' saksi akan kena hentam balik (seolah-olah mereka pesalah sebenar pulak disebabkan mereka tipu dalam testimoni), akhirnya baru dapat tahu pesalah sebenar..Gerak permainan lebih kepada pilihan semata-mata (tiada aksi pergerakan diperlukan). Pemain hanya perlu perah otak untuk buat pilihan yang betul.
"Bagi aku game ini begitu mencabar minda. Aku pada usia dewasa ni memang kena peka pada perincian dan fikir dalam juga nak dapatkan jawapan sebenar. Dan lagi, tentang plot cerita, setakat game ni saja begitu tak terjangka. Bila mana nak sampai jawapan, tiba-tiba la aku plot twist. Banyak kali pula tu.. Memang teruja aku main game ini."
----
"Dari segi plot cerita, Phoenix kerja sebagai peguambela yang naif tapi ideal iaitu membuktikan klien (tertuduh) betul-betul tak bersalah. Jadi dia akan menentang pihak pendakwaraya yang ganas & kejam (ada yang hanya pentingkan menang kes semata-mata sampai sanggup buat apa saja). Tapi sepanjang kes perbicaraan, banyak unsur humor & lawak antara Phoenix-Tuan Hakim-pihak pendakwa dalam bersoal jawab dengan saksi/tertuduh.. Yang paling tak terjangka ialah ada pihak pendakwaraya macam menentang gila, tapi rupanya dalam diam dia membantu Phoenix untuk bicarakan pesalah sebenar.."Memang Best!!
---
Jadi game ini terdapat siri-siri episod yang berbeza rupanya. Sila main ikut urutan ini..
- Phoenix Wright Ace Attorney - ada 4 kes utama + 1 kes tambahan (postgame - tapi tak boleh main guna emulator sebab ada satu babak kena guna mikrofon DS pulak)
- Phoenix Wright Ace Attorney - Justice For All - ada 4 kes utama yang panjang
Tak silap aku rasa ada lagi.. setakat ini baru main dua judul.. Lain-lain tak tengok lagi.."Dalam keluaran ini, TAK SEMUA klien (tertuduh) Phoenix orang baik. Jadi memang Phoenix dalam dilema (sebab kena ugut dengan keselamatan orang lain)"
judul kedua - sambung kisah Phoenix
- Phoenix Wright - Trials and Tribulation - ada 5 kes perbicaaran. Dalam episod kali ini, pemain akan berpeluang main guna watak peguambela yang berbeza pula. Merupakan penutup bagi kisah trilogi Phoenix Wright..
---
Senarai game lain boleh tengok sini --> Sembang Game
Ulasan
(And by the way, it has absolutely NOTHING to do with genetics or some secret exercise and absolutely EVERYTHING related to "how" they eat.)
BTW, What I said is "HOW", not "what"...
TAP this link to uncover if this short quiz can help you decipher your real weight loss possibilities