Pengurusan kewangan 2020

Sempena tahun baru 2020 ini, aku kena semak semula pengurusan kewangan aku. Dulu pernah tulis pengurusan kewangan, tapi sejak berumah tangga rasanya perlu perubahan sedikit. Lagi-lagi aku kini memikul beberapa komitmen tetap. Jadi kena la buat pembahagian kewangan yang baru.



Dompet #1 Rumah & Perumahan (18%)
Merangkumi perbelanjaan berikut;
  • Bayaran bulanan pinjaman rumah
  • Selenggara rumah & perkhidmatan berkenaan
Dompet #2 Kenderaan (7%)
Mencakupi perbelanjaan berikut;
  • Bayaran bulanan pinjaman kereta & motor
  • Minyak petrol 
  • Parkir & tempat letak kereta
  • Selenggara, cukai jalan & insurans
  • Bayaran tol
Dompet #3 Makan & Masak (13%) (anggaran RM15 seorang/sehari)
Mencakupi perbelanjaan makan luar & bahan dapur (termasuk minyak masak)

Dah dijelaskan dalam entri kalau makan luar (siri 6), iaitu sebaiknya agihkan duit makan berasingan dari dompet utama supaya kebolehupayaan makan tak terjejas dalam situasi kecemasan.
Beberapa tips & panduan sendiri
  • Bahagikan wang kepada 2 kumpulan, iaitu dipegang oleh masing-masing suami/isteri. Supaya senang kalau terpisah tiba-tiba (seorang balik kampung dll), maka seorang masih ada duit lagi
  • Kalau boleh asingkan duit secara berkala (jangan sekali gus! Nanti boros bila tengok ada duit lump-sum)
  • Semak & imbangkan antara dua-dua kumpulan duit. 
  • Sistem rekod itu penting! Agar takde pihak beralasan dah habis duit tiba-tiba..
Dompet #4 Gunaan harian (14%)
Ni dompet utama. Jadi perbelanjaan dompet ini termasuk
  • Hiburan (wayang/permainan)
  • Beli-belah (pakaian/peralatan/ gajet) 
  • Buku & pendidikan
Dompet #5 Lindung (8%)
Perlindungan ialah berupa insurans & kad rawatan.

Dompet #6 Simpan & Labur (6%)
Agihan awal untuk simpanan & pelaburan sangat berbaloi.
  • Emas
  • Amanah Saham
  • Tabung Haji
  • Lain-lain simpanan
Dompet #7 Utiliti & bil (14%)
Agihan awal untuk simpanan & pelaburan sangat berbaloi.
  • Elektrik
  • Air
  • Telefon
  • Internet 
  • Sewa
  • TV
Dompet #8 Sokongan (20%)
Pembahagian yang baru aku tetapkan untuk tahun ini. Dinamakan sokongan, sebab tujuan utamanya lebih kepada sedeqah atau derma. Aku terjumpa hadith berikut yang suka aku jadikan panduan:


--- درڤد جابيرابن عبدالله،  کاتڽ ---
رسول لله  برسبدا يڠ برمقصود: اڤبيلا سسأورڠ درڤد کامو برکأدأن ميسکين (دان داي هندق برصدقه)، مک هندقله داي لبيه دولو مڠأوتامکن کڤرلوان ديريڽ سنديري. کالاو اد يڠ ترلبيه، هندقله دصدقهکن کڤد انق إيستري دان اورڠ يڠ دتڠݢوڠ نفقهڽ. کالاو اد جوݢ يڠ ترلبيه،هندقله دصدقهکن کڤد قربتڽ (اتاو کڤد اورڠ يڠ اد ڤرتاليان قربت دڠنڽ). کالاو اد جوݢ لبيه، مک هندقله دصدقهکن کڤد اورڠ لاءين يڠ ممرلوکن بنتوان يڠ اد دسان سيني. 
--حديث صحيح رواية امام احمد---
Hal ini diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah, katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu berkeadaan miskin (dan dia hendak bersedekah), maka hendaklah dia lebih dulu mengutamakan keperluan dirinya sendiri. Kalau ada yang berlebih, hendaklah disedekahkan kepada anak isteri dan orang yang ditanggung nafkahnya. Kalau ada juga yang berlebih, hendaklah disedekahkan kepada kerabatnya (atau kepada orang yang ada pertalian kerabat dengannya). Kalau ada juga yang berlebih, maka hendaklah disedekahkan kepada orang lain yang memerlukan bantuan, yang ada di sana sini." (Hadis sahih riwayat Imam Ahmad)
Dompet Rahsia #9 Kelah
Dompet ini hanya wujud kalau ada pendapatan luar selain gaji hakiki. Boleh jadi kalau buat kerja lebih masa, jual barang lama dan lain-lain.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)