Reviu Azam tahun 2019

Sebelum buat azam tahun 2020, seeloknya kita semak kembali azam tahun lalu kot-kot tercapai atau tidak. Jom tengok entri Azam Tahun 2019 tapi aku salin semula dalam sini

Fokus : Agama
  • Kali ini serius hafaz Al-Quran. Mulai dari yang mudah dulu. Tahun 2019, kita cuba habiskan hafaz Juz 30 dan 29
    • Juz 30 - tercapai Alhamdulillah
    • Juz 29 - TIDAK tercapai sepenuhnya (progres baru 40%)
  • Hafaz semula surah terdahulu - AsSajjadah, Yasiin, Al-Jumu'ah, Al-Munafiqun (masa sekolah pernah hafaz, tapi dah hanyut oleh hal dunia)
    • As-Sajjadah - tercapai Alhamdulillah 
    • Al-Jumu'ah - tercapai Alhamdulillah
    • Yasiin - TIDAK tercapai
    • Al-Munafiqun - TIDAK tercapai
  • Puasa sunat isnin/khamis
    • Bertahan sampai bulan JULAI lepas tu berhenti >_<! TIDAK istiqamah
  • Berjemaah di masjid paling kurang sekali (selain solat jumaat) 
    • TIDAK istiqamah juga
  • Qiamullail seminggu sekali
    • TIDAK istiqamah juga
  • Surah Al-Kahfi setiap jumaat
    • Alhamdulillah banyak minggu tak lepas
  • Surah Yasiin setiap khamis 
    • Alhamdulillah banyak sesi Yasin bersama isteri
  • Tadabbur Al-Quran 
    • Alhamdulillah ada program restart di Facebook
  • Khatam Al-Quran 3 kali dalam setahun
    • Pertama : 9.5.2019 
    • Kedua : 14.6.2019
    • Ketiga : 20.11.2019
Fokus : Keluarga
  • Cuti berdua dengan isteri
    • Kalau kata aspek cuti berdua jalan-jalan keluar dari negeri penempatan semasa, TAK tercapai 
  • Cuti bersama keluarga isteri
    • isteri banyak kali susun percutian jarak dekat dengan keluarganya, jadi kira berjaya 
  • Cuti bersama keluarga sendiri
    • Cuti bersama tu tak tercapai, tapi setidaknya ada Berkelah bersama 30.12.2019 (Berjaya)
  • Teruskan Projek Salasilah lagi
    • Tercapai sikit sebab raya tahun ni ada balik kampung sendiri
Fokus : Masyarakat
  • Sedeqah
    • Ada sikit, tapi masih berat hati lagi >_< Ya Allah kena kuat semangat lagi
  • Derma darah 2 kali setahun
    • sekali tahun ni - 17.12.2019
    • kali kedua? - tak tercapai 
Fokus : Peribadi (ni banyak hal keduniaan semata-mata ^-^!)
  • Capai indeks jisim badan yang optimum (sasaran berat 58kg)
    • Langsung tak tercapai (berat masih 75kg) >_<!
  • Baca buku fizikal sebuah sebulan - lebih banyak lebih bagus
    • Berjaya! Tak percaya tengok JOMBACA
  • Studi yang berkaitan dengan kerjaya 
    • aku ada periksa Medex 15.11.2019 jadi boleh la tercapai sikit
  • Siapkan penutup komik Wanted! 
    • selesai 24.4.2019
  • Belajar bahasa 
    • TAK tercapai
  • Martabatkan bahasa Melayu dan Tulisan Jawi
    • tercapai sikit. Kalau perasan semua penulisan aku tahun ini takde bahasa rojak. Sama ada Bahasa Melayu penuh atau inggeris penuh. Banyak hari aku tulis jawi juga
  • Simpan emas 1g sebulan
    • TAK tercapai
  • Renovasi rumah baru 
    • bahagian 1 (lampu, kipas, siling, grill, aircond) : 13.3.2019 (selesai)
    • bahagian 2 (pintu dapur) : 10.5.2019 (selesai)
    • bahagian 3 (dapur) : 14.6.2019 (selesai)
  • Pindah semula ke semenanjung
    • TAK tercapai lagi. Tapi dah hantar borang mohon pindah 7.10.2019 
  • Beli kereta sendiri?
    • TAK tercapai
20 markah biru (tercapai) menentang 14 markah merah (TAK tercapai). Secara sempoinya, peratusan indeks pencapaian ialah
20 / 34 x 100% = (terus bundar nombor bulat terdekat) 59% 
Hm, aku rasa ramai akan kata tak begitu memberangsangkan. Tapi takpelah, paling tidak pun sesi reviu ni memberi cadangan pembaikan buat diri agar terus berusaha pada tahun baru.

Jom azam tahun 2020 pula.. (penulisan seterusnya)..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)