[JomBaca] Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas
JOM BACA diteruskan lagi.. Untuk tahun ini aku tak sasar tinggi sangat (tapi insya-allah usaha biar lebih dari sasaran) - Masih sebulan sebuah buku.
Buku yang pertama aku baca ini bukan buku baru sebenarnya.. Kira ni bacaan kali kedua aku setakat ini..
Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas
Kali pertama baca tahun 2018 tapi masa tu tak tergerak nak tulis dalam blog pun (kempen JOM BACA belum mula lagi). Oh ya, buku ini tidak didapati di kedai buku (setahu aku la), kebetulan jumpa masa aku tengah cari-cari maklumat tentang emas..
Penerbit : Syukor Hashim
Penterjemah (jika ada) : tiada
Buku yang pertama aku baca ini bukan buku baru sebenarnya.. Kira ni bacaan kali kedua aku setakat ini..
Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas
Kali pertama baca tahun 2018 tapi masa tu tak tergerak nak tulis dalam blog pun (kempen JOM BACA belum mula lagi). Oh ya, buku ini tidak didapati di kedai buku (setahu aku la), kebetulan jumpa masa aku tengah cari-cari maklumat tentang emas..
Penerbit : Syukor Hashim
Penterjemah (jika ada) : tiada
Penerbit : terbitan sendiri
Bil halaman : 193 (saiz buku B3, halaman infografik yang menarik)
Deskripsi (kulit belakang) : tiada
Deskripsi (kulit belakang) : tiada
Markah (peribadi) : 4/5
Komen (peribadi)
Syed Hazran
Penyimpan Emas
PG00165259 (2018)
"Secara peribadi, buku ini merupakan 'buku emas' versi ketiga yang aku baca setakat tarikh bacaan aku 2018 dulu (pertama ialah buku tulisan Zulkifli Shafie, kedua ialah buku Shamsuddin Kadir). Kalau nak dibandingkan antara 3 penulis tersebut, aku paling berkenan tulisan Syukor Hashim."Penjelasannya sangat mudah difahami, sesuai untuk budak baru (beginner) nak mula macam aku ni. Antara topik kupasannya ialah;
- Mengapa anda perlu menyimpan emas?
"Penerangan sebab yang diberi adalah berpandukan fakta & berita. Serta terdapat huraian berupa kajian kes yang pernah berlaku di dunia & Malaysia. Nampak meyakinkan & legit."
- Bagaimana membuat pelaburan emas di Malaysia
"Menarik tentang buku ini ialah penulis membuat kupasan menyeluruh tentang perbandingan pelaburan/pembelian emas di pelbagai institusi/bank di Malaysia. Perbandingan termasuk kelebihan dan kekurangan setiap institusi.. Juga disertaikan perbandingan antara emas fizikal & emas maya.."
- Faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum beli emas
- spread (susut nilai), harga per gram, kesediaan stok, boleh gadai?, apa jadi kalau emas bengkok (cacat)
"Sekali lagi, huraian setiap faktor merangkumi kajian kes bergambar dari pengalaman peribadi penulis yang pernah berlalu.."
- Harga Emas di Malaysia & Dunia
- Anda & Emas: Penyimpan, Pelabur atau Pedagang
- Penyimpan = simpan emas untuk lindung kekayaan semata-mata
- Pelabur = manipulasi jual-beli emas ketika harga berubah ikut keadaan semasa
- Pedagang = lebih kepada agen jualan emas
"Pada akhirnya semua bergantung kepada niat kita sendiri, iaitu kita mengganggap emas sebagai apa? Paling tidak pun, peringkat penyimpan dah cukup untuk melindungi kekayaan sendiri dari kebocoran"
- Bagaimana menjana keuntungan melalui pelaburan emas
- Ar-Rahnu
- Cadangan bahan tambahan emas
- Mengikuti perkembangan pasaran emas
- Skim pelaburan emas
- Zakat Emas
- Teknik menyimpan emas dengan selamat
-----
Sebab aku baca buku ini, maka tergeraklah aku untuk menyimpan emas sikit-sikit. Namun, rasa cemas tetap ada tapi setakat ini, alhamdulillah masih ada lagi simpanan..
Lindungi kekayaan anda dengan emas.. Tapi jangan tukar kesemuanya kepada emas. Hanya sebahagian sahaja sudah memadai. Sementara itu boleh cari alternatif lain..
Syed Hazran
Penyimpan Emas
PG00165259 (2018)
Ulasan