kalau makan luar (siri 6)
Dah lama tak buat penulisan tentang makan luar. Ulangkaji sekejap entri terdahulu agar tak berulang sembang topik yang sama..
Kalau makan luar (siri 1) tentang menu - nasi goreng - susun pinggan - doa
Kalau makan luar (siri 2) tentang makan dengan tangan
Kalau makan luar (siri 3) tentang aku dan restoran makanan segera (fastfood)
Kalau makan luar (siri 4) tentang berkongsi makanan dengan makhluk lain (misalnya kucing)
Makan, priorities (= makan luar siri 5) sedikit tambahan siri 4 tapi tentang lebih kepada giliran yang patut didahulukan..
Baik, nampaknya tak berulang. Jom sambung..
Fokus *9 - Panduan gred Harga
(*penomboran adalah berdasarkan kiraan dari mula)
Sedikit tambahan dari siri 1 iaitu berkenaan menu digunakan untuk aku untuk menyemak harga makanan. Dan implikasinya ialah seperti mana siri 4 iaitu menyatakan aku tidak begitu nak mencuba restoran bertahap antarabangsa kerana mungkin harganya yang mahal dan tidak mampu..
Gred C [kurang dari RM10 seorang]
- ini termasuk dalam mana-mana gerai makan / restoran yang selalu didapati di lot-lot kedai kawasan perumahan.
- Boleh kalau nak makan luar tapi anggaran kekerapan 2-3 hari sekali
Gred B [dalam RM10-20 seorang]
Gred S (istimewa: harga melebihi RM30 seorang)

نامون, سجق ده بركهوين إين اكو ڤجم سبله مات جوݢ كالاو٢ إيستري تيبا٢ تريڠين نق ماكن اڤ٢. تتاڤي اكو ممڤوڽاءي ڤندوان سنديري تنتڠ ڤميليهن ريستورن دان ماسڽ
-----
Panduan pemilihan restoran adalah berdasarkan gred harga makanan (standard) yang terdapat di restoran [nota - ini adalah sendiri agak-agak sahaja, tiada dalam pernilaian piawai mana-mana]Gred C [kurang dari RM10 seorang]
- ini termasuk dalam mana-mana gerai makan / restoran yang selalu didapati di lot-lot kedai kawasan perumahan.
- Boleh kalau nak makan luar tapi anggaran kekerapan 2-3 hari sekali
- maksimum dalam sebulan 10-15 kali makan luar di kedai harga gred C
- Contoh senarai gred B ialah restoran makanan segera macam KFC/ McDonald / Sushi King / dll
- Boleh tapi anggaran kekerapan seminggu sekali sahaja
- maksimum dalam sebulan 4 kali di restoran harga gred B
Gred A [dalam RM20-30 seorang]
- Restoran yang lebih mahal lagi, atau kalau-kalau nak raikan hari lahir (tambah makan kek lagi)
- Anggaran boleh hanya sebulan sekali.
- maksimum dalam sebulan hanya sekali saja
- Kalau nak banyak kali dalam sebulan, kira 'hutang' untuk bulan akan datang.
Gred S (istimewa: harga melebihi RM30 seorang)
- Contoh makan-makan keluarga / buat jamuan atau rumah terbuka sempena perayaan
- Anggaran 3 bulan sekali
Secara umumnya aku mengagihkan wang belanja untuk makan (atau barang masak dapur) RM15 seorang.
Jadi aku dan isteri dapat (RM15 x 2 =) RM30 sehari / RM210 seminggu.
Oh ya, beberapa perhatian lain tentang pengagihan perbelanjaan ini..
-----
تاڤي سموا هال ڤڠݢريدن إين هاڽله سكدر أنداين & تيوري سمات٢. اكو ماسيه لاݢي دالم ڤريڠكت ڤنتاو لاݢي بلنجاون ڤماكنن إين. كالاو اد اڤ٢ ڤروبهن اكو كنا فليكسيبلUntuk makluman, aku selalu asingkan "duit makan" dari wang gaji aku agar keupayaan makan tak terganggu kalau terjadi apa-apa musibah (teringat aku kecurian entri musibah 28.4.2012, nasib baik duit makan dah asing dalam tabung siap-siap)
ڤنتيڠڽ سيستم ريكود |
Jadi aku dan isteri dapat (RM15 x 2 =) RM30 sehari / RM210 seminggu.
"RM210 seminggu adalah untuk penggunaan makan luar & barang dapur. Jadi setakat ini, alhamdulillah isteri memahami dan pandai imbangkan penggunaan.."[nota - bergantung kepada kemampuan masing-masing juga la. Ada orang lain mungkin pengagihan RM100 seminggu, asalkan bersesuaian]
Oh ya, beberapa perhatian lain tentang pengagihan perbelanjaan ini..
- Bahagikan duit kepada 2 bahagian dengan nisbah tertentu (maksudnya kedua-dua pihak ada pegang duit). Kalau berlaku apa-apa (misalnya terpisah dek tempat), setidaknya masing-masing ada "duit makan".
- contohnya bagi aku : aku pegang 2/7 bahagian, isteri pegang 5/7 bahagian (pembahagian ini adalah berdasarkan isteri lebih arif keperluan barang dapur, sementara aku selalu simpan kalau-kalau sampai masa nak makan luar 'tiba-tiba' ^-^!)
- Walaupun akan menyusahkan, tapi sebaiknya agihkan duit tersebut secara mingguan. Kalau bagi sebulan penuh lump-sum, takut boros & habis tak sempat cukup bulan..
- misalnya : aku akan agihkan setiap ahad malam isnin.
- Pentingnya sistem rekod. Teknologi serba canggih lebih mudah dengan applikasi telefon. Dengan ini, dapat pantau jumlah perbelanjaan dan baki sepatutnya yang tinggal. Secara tak langsung, kita boleh perbaiki perbelanjaan lagi.
Ulasan