Patapon 3 [PSP]

Penulisan kali ni bersifat santai sikit. Mengimbau semula laluan memori bermain game. sejak awal bulan ini PS VITA tidak lagi dikeluarkan (semua perkhidmatan yang berkaitan contohnya kemaskini, beli game digital dihentikan), jadi perlahan-lahan konsol permainan ini semakin dilupakan. Saat-saat akhir sebelum fungsi PS VITA ditamatkan, aku sempat muat turun satu lagi game kegemaran satu masa lalu.. PATAPON Ini adalah game berunsur gabungan RPG + strategi + ritma (rhythm).
"Aku diperkenalkan game siri Patapon melalui seorang kawan sekolah SBP. Masa itu kami selalu berkongsi game PSP. Salah satu promosinya adalah Patapon 1. Mulanya aku agak kekok sebab game ini menggunakan sistem arahan beritma (rhythm) sebagai cara bermain. Namun, disebabkan ada unsur RPG dan strategi jadi akhirnya aku tertarik untuk terus bermain..
Game PATAPON ada 3 siri keluaran (1,2,3). Aku hanya pernah main yang Patapon 1 dan Patapon 3 sahaja. Misterinya Patapon 2 tidak didapati di pasaran dalam bahasa Inggeris jadi aku tak pernah cuba main. Dari semua siri tersebut, yang menjadi kegemaran aku untuk main semula ialah..

Patapon 3 [asalnya untuk konsol PSP ^-^! tapi boleh dimainkan di PS Vita juga]

Secara umum, pemain berperanan sebagai 'Tuhan' yang dipuja oleh watak kaum patapon untuk menjelajah tempat. watak 'Tuhan' akan memberi arahan  (dengan tekan controller) rentak bunyi dram (drum) dalam 4 sela masa kemudiannya kaum patapon akan bertindak balas dengan arahan tersebut. Misalnya
  • Petak-Petak-Petak-Bulat = pergerakan maju ke hadapan
  • Bulat-Bulat-Petak-Bulat = serang musuh
Interaksi arahan 'Tuhan' (pemain) dan tindak balas kaum Patapon adalah bergiliran; iaitu pemain beri arahan dalam 4 sela masa --> kemudian Patapon akan bertindak seperti arahan dalam 4 sela masa. Dan proses ini akan terus berulang sehingga kaum patapon tiba di penghujung skrin (penamat) bagi sesuatu stage. 
"Terdapat bingkai (frame) skrin yang berkelip-kelip bagi membantu pemain menyelaraskan rentak. Jadi, bagi pemain yang tak begitu pandai irama muzik (macam aku ^-^!) pun masih dapat bermain dengan baik.."
Jom tengok video penerangan ini.


Jadi begitulah. Kaum Patapon akan menjelajah sambil menentang musuh yang terdiri daripada Haiwan liar, Raksasa, Dinosaur, Naga dan kaum penjahat. Aku nampak macam senang pada mulanya, tapi sangkaanku meleset. Sebab pencipta game ini telah pun tahu ramai pemain akan memandang rendah kesukaran game ini. Maka game ini direka dengan kesusahan yang semakin mendadak. Hanya pemain sebenar akan mengambil serius dan merancang strategi untuk menang habis.

Baiklah, penjelasan tadi terpakai untuk semua siri Patapon. Tapi apa yang menyebabkan aku menyukai Patapon 3?

#1 Uberhero
Selain watak 'Tuhan', pemain juga mempunyai seorang wira Uberhero yang akan mengetuai kaum Patapon menjelajah dan menghadapi musuh. Bezanya wira ini mempunyai kebolehan serangan yang lebih hebat dari patapon biasa (diaktifkan ketika rentak muzik rancak FEVER!! dengan arahan tertentu), semestinya memberi harapan & membalikkan situasi genting game yang susah ini.

wira Uberhero dikenali dengan topeng berwarna (mengikut kelas serangan)
#2 watak kaum Patapon yang dikawal hanya ada 5 sahaja. (tapi tolak seorang pembawa bendera) 
Lebih mudah untuk mengurus dari aspek kelengkapan (equipment). Serta ketika mengharungi stage sambil menghadapi musuh, bilangan yang sedikit akan mengurangkan mangsa serangan. (misalnya patapon 1 ada sejumlah 30 patapon, jadi ramai boleh jadi mangsa) 
"Cuma jadi tak logik pula bilangan yang sedikit mampu menumpaskan ramai musuh tapi 'semua' selamat ^-^!
#3 watak kaum Patapon ada kepelbagaian kelas serangan
 Secara umum, kaum patapon terdiri 3 kumpulan serangan iaitu (pedang serangan dekat, lembing serangan jarak sederhana, busur panah serangan jauh). Namun dalam game ini, setiap kumpulan ada variasi kelas serangan tersendiri, secara beransur-ansur dipelajari apabila mencapai tahap (level) yang tertentu.
Ini bermakna terdapat kombinasi kumpulan serangan yang pelbagai dan unik bagi setiap pemain. Bagi aku, aku nak cuba macam-macam kombinasi dan cipta kombinasi peribadi yang unik dan terkuat (apabila diselidik di internet, ramai mempunyai pendapat sendiri ^-^!)
Kepelbagaian ini disertai dengan kemahiran tersendiri. Ada kemahiran khas untuk kumpulan tertentu tapi perlu dilatih untuk diperhebatkan lagi.

#4 Pilihan kelengkapan yang banyak
Selain kelas serangan, masing-masing mempunyai pilihan senjata tertentu (ada yang boleh digunakan secara berkongsi kelas serangan dan ada yang eksklusif). Bahkan bagi setiap jenis pilihan senjata juga terdapat dalam versi;
  • Common - versi biasa
  • Enchanted - kelengkapan disemai ciri istimewa
  • Unique - kelengkapan ada kesan tambahan & ciri istimewa
  • Super Unique - lebih kuat tapi berisiko
  • Ultimate - paling hebat
#5 Plot cerita yang unik
Khas bagi Patapon 3, plot ceritanya berkisar tentang pesaing (rival) Dark Heroes terdiri daripada 7 orang yang cuba menyalahgunakan senjata zaman silam. Jadi, kaum Patapon akan menghadapi mereka satu persatu, atau berkumpulan. 

-----
Demikianlah antara faktor yang menambat hati aku bermain patapon 3. Namun, secara umum, semua siri Patapon adalah bersambungan, maka mungkin satu hari nanti, aku nak main juga siri yang lain.

Jom tengok Sembang Game yang lain pula..



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)