[Jom Baca] Lukisan Tarbiah 2 - REFLEKSI
Bismillah, termasuk dalam senarai azam tahun ini ialah membaca buku; sebuah buku dalam sebulan. Kalau lebih banyak lebih bagus. Hanya terpakai kepada buku fizikal (sedangkan buku digital seperti eBook tak dikira, sebab bukan amalan aku baca buku digital)
Lukisan Tarbiah 2 - REFLEKSI
Karya : ABEBEN
Halaman : 313 (tidak padat dan banyak halaman kosong)
Sinopsis (dari kulit buku belakang)
Sejak kecil lagi aku sudah mula melukis. Aku membesar dengan kartun, anime, manga, dan bermacam-macam jenis lagi seni hiburan yang membuatkan aku terus melukis sehingga sekarang.
Entah sudah berapa ribu helai kertas yang aku gunakan, berapa ribu jam aku habiskan dan berapa ribu ringgit aku laburkan dalam bidang lukisan, dan berapa ribu ringgit aku laburkan dalam bidang lukisan. Begitu banyak pengorbanan yang telah aku lakukan, semata-mata untuk terus melukis, dan melukis, dan melukis..
Sampai satu ketika, aku berhenti. Penat.
Dan merenung kembali segala usahaku selama ini, terasa rugi. Tersangatlah rugi sekali.
Andai keuntungan dan pulangannya terhenti sekadar di sini saja
Alangkah malang dan ruginya aku, jika tiada sedikit pun lukisanku selama ini yang dapat aku gunakan untuk meraih keuntungan di akhirat nanti Lebih malang jika lukisanku bukan sahaja menjauhkan diriku sendiri, bahkan diri orang lain daripada Allah.
Nanti kelak di hadapannya, apakah yang akan kujawab apabila ditanya ke manakah menghilangnya usia muda yang tenggelam dan lalai dalam komik, manga, anime, dan drama. Apakah yang telah aku lakukan untuk menebusnya kembali?
Serta merta kepenatan tadi hilang, dan mata penaku kembali terhunus. Aku mula membetulkan niatku dan kembali melukis realiti. Lukisan-lukisanku kini refleksi kehidupan, akan aku abadikan dalam perjuangan. Ia bukan lagi sekadar dakwat di atas kertas, tetapi cerminan dakwah dan tarbiah.
Lukisan Tarbiah 2 ini, REFLEKSI untuk diriku dan dirimu. Bacalah ia dengan mata hatimu..
Markah (peribadi) : 4/5
Komen (peribadi)
Dalam buku ini terdapat banyak komik pendek dan juga komik strip yang menyampaikan dakwah dalam bentuk nasihat tentang rutin atau aktiviti harian, hendaknya kita berusaha memperbaik setiap ibadah kita.
Sedikit sebanyak terdapat unsur lucu dalam penyampaian, namun tetap ada mesej nasihat yang tersirat di sebalik babak-babak yang disampaikan..
Baik. Jujur cakap, ketika membaca sinopsis kulit belakang buku, ternyata mesej yang cuba disampaikan bergetar dengan jiwaku (baca aku pernah tulis efek resonansi) sebab aku juga sedikit sebanyak seorang pengkarya (baca entri hobi di meja tulis), dan seperti mana komik aku dan blog, aku sentiasa berharap bahawa pembaca akan pulang dengan mesej nasihat yang tersirat..
"Secara peribadi, kalau buku cerita aku lebih suka buku komik sebab lukisan yang disertakan senang memberi gambaran sebenar apa yang terjadi jadi lebih mudah dihadam & ingat.. Sementara karya cerpen atau novel yang penuh dengan tulisan kurang menarik perhatian aku sebab perlukan imaginasi sendiri. Kalau-kalau adanya ayat berbunga-bunga atau bahasa yang kompleks, satu kerja pula nak mencari kamus dulu.."Jadi buku yang ke-5 bagi tahun ini (2019) ialah dari kategori buku cerita (komik) ^-^!:
Karya : ABEBEN
Halaman : 313 (tidak padat dan banyak halaman kosong)
Sinopsis (dari kulit buku belakang)
Sejak kecil lagi aku sudah mula melukis. Aku membesar dengan kartun, anime, manga, dan bermacam-macam jenis lagi seni hiburan yang membuatkan aku terus melukis sehingga sekarang.
Entah sudah berapa ribu helai kertas yang aku gunakan, berapa ribu jam aku habiskan dan berapa ribu ringgit aku laburkan dalam bidang lukisan, dan berapa ribu ringgit aku laburkan dalam bidang lukisan. Begitu banyak pengorbanan yang telah aku lakukan, semata-mata untuk terus melukis, dan melukis, dan melukis..
Sampai satu ketika, aku berhenti. Penat.
Dan merenung kembali segala usahaku selama ini, terasa rugi. Tersangatlah rugi sekali.
Andai keuntungan dan pulangannya terhenti sekadar di sini saja
Alangkah malang dan ruginya aku, jika tiada sedikit pun lukisanku selama ini yang dapat aku gunakan untuk meraih keuntungan di akhirat nanti Lebih malang jika lukisanku bukan sahaja menjauhkan diriku sendiri, bahkan diri orang lain daripada Allah.
Nanti kelak di hadapannya, apakah yang akan kujawab apabila ditanya ke manakah menghilangnya usia muda yang tenggelam dan lalai dalam komik, manga, anime, dan drama. Apakah yang telah aku lakukan untuk menebusnya kembali?
Serta merta kepenatan tadi hilang, dan mata penaku kembali terhunus. Aku mula membetulkan niatku dan kembali melukis realiti. Lukisan-lukisanku kini refleksi kehidupan, akan aku abadikan dalam perjuangan. Ia bukan lagi sekadar dakwat di atas kertas, tetapi cerminan dakwah dan tarbiah.
Lukisan Tarbiah 2 ini, REFLEKSI untuk diriku dan dirimu. Bacalah ia dengan mata hatimu..
Markah (peribadi) : 4/5
Komen (peribadi)
Dalam buku ini terdapat banyak komik pendek dan juga komik strip yang menyampaikan dakwah dalam bentuk nasihat tentang rutin atau aktiviti harian, hendaknya kita berusaha memperbaik setiap ibadah kita.
Sedikit sebanyak terdapat unsur lucu dalam penyampaian, namun tetap ada mesej nasihat yang tersirat di sebalik babak-babak yang disampaikan..
![]() |
سياڤا تاهو لاݢو إوليه حازاما دڠن جودول ملاءيكة؟ |
Baik. Jujur cakap, ketika membaca sinopsis kulit belakang buku, ternyata mesej yang cuba disampaikan bergetar dengan jiwaku (baca aku pernah tulis efek resonansi) sebab aku juga sedikit sebanyak seorang pengkarya (baca entri hobi di meja tulis), dan seperti mana komik aku dan blog, aku sentiasa berharap bahawa pembaca akan pulang dengan mesej nasihat yang tersirat..
تريڠت ساتو ماس لالو اكو جوݢا ڤرنه ملوكيس كوميك ڤينديق إونتوق رساله سوراو ڤد زمان إونيۏرسيتي دولو. اداله دالم ببراڤ إيسو كلوارن يڠ دتربيتكن كموديانڽ اكو برهنتي. بيلا اكو باچ كوميك لوكيسن تربية إين, تردتيك ڤولا دالم ديري إونتوق مڠيكوت جالن يڠ سام. كبتولن كوميك أوتام سوده تامت
Sementara itu, komik Lukisan Tarbiah ini juga terdapat beberapa judul (volume), jadi aku cuba untuk kumpulkan semuanya semoga beroleh manfaat sehabis baik. Tapi buat masa ini aku hanya jumpa nombor 2 je baru, yang lain tak terjumpa lagi..
Ulasan