AmazFit PACE
جم إين ده لام برخدمة دڠنكو |
"Baru-baru ini jam lama aku dah 'rosak', dan fitness tracker aku pakai sementara dah putus (sebab main ganas dengan anak buah ^-^!). Jadi sebagai tambah motivasi diri, maka aku kali ini ingin hadiahkan pada diri sebuah jam tangan pintar (smartwatch) pula . Semoga lepas ini aku lebih giat dalam berjogging, insya-Allah..Kenapa nak smartwatch? -> sesuai dengan niat aku untuk pelbagai guna (baca entri multi-objective)
Jadi, kena la selidik (survey) terlebih dahulu apa yang sesuai. Pada mulanya aku saja tanya pendapat Abang Ngah (sebab Abang Ngah lebih aktif dalam aktiviti jogging, jadi Abang Ngah lebih tahu tentang perihal gadget yang berkaitan). Maka dicadangkan jam tangan pintar dari jenama Huami (Mi) AmazFit antara yang murah kalau nak dibandingkan dengan jenama lain..
Jadi selepas berkira-kira akhirnya aku memilih jam tangan pintar jenis:
جم تاڠن بارو |
"Welcome to my family (inventory), PACE"Antara faktor pemilihan aku tentang jam ini ialah;
#1 Harga yang antara yang murah - Kalau nak dibandingkan dengan jenama GARMIN atau FITBIT dalam kategori Smartwatch.
Tapi dalam jenama Amazfit, model BiP didapati lebih murah kalau nak dibandingkan dengan model PACE, namun aku dapat membelinya dengan separuh harga melalui penebusan TREAT Points Maybank. Jadi terdapat sedikit penjimatan di situ, aku rasa..
#2 Fungsi pengesan kecergasan (fitness tracker) - Dah agak lama, aku dah mula peka terhadap kepentingan kecergasan agar hidup sihat (baca entri Cabaran 10,000 langkah). Jadi aku berasa dengan adanya fungsi 'pengesan kecergasan' dalam jam tangan maka ia pasti lebih menggalakkan aku agar lebih cergas. Antara parameter yang dipantau ialah;
- Pengira langkah (step counter) harian - adanya sasaran 8,000 langkah sehari. Boleh ditetapkan ikut sasaran diri (macam aku sasarkan 10,000 langkah sehari)
- Pantau nadi (heart rate monitor) - Pernah aku terbaca tentang implikasi bacaan nadi (bacaan di Facebook, tapi tak jumpa pula masa tulis ini), yang mana aktiviti sihat yang akan membakar lemak seharusnya adalah aktiviti yang menaikkan kadar denyutan jantung (nadi) sehingga 85% jangkaan maksima umur
[Expected Maximum Heart Rate men* = 220* - age] or [for women = 210 - age]Jadi maksudnya bagi umur aku 30 tahun, jangkaan had maksimum had nadi ialah (220- 30 =) 190. 190 adalah bacaan maksimum kadar nadi yang jantung boleh tampung. Aktiviti yang membakar lemak sepatutnya perlu mencapai sasaran 85% dari nilai maksimum tersebut. iaitu [85% x 190 = 161.5 bundarkan] 162
"Jadi barang siapa yang mendakwa buat kerja rumah boleh kuruskan badan, sebenarnya tak dapat dibuktikan secara saintifik. Sebab aktiviti kerja rumah tak menaikkan kadar jantung mencapai sasaran.."
- Pantau tidur (sleep monitor) - jam ini harus dipakai masuk tidur supaya dapat dipantau fasa tidur melalui bacaan nadi (kot, aku rasa la). Dari itu, dapat ditentukan tentang fasa tidur kita.. (bacaan tentang kitar tidur boleh rujuk sini [artiket Tuck.com] stage of sleep)
#3 Muzik dan Lagu - menariknya jam ini boleh dijadikan sebagai mp3 dan boleh dengar lagu kegemaran. Memori simpanan dalam jam ada dalam 4GB, boleh la sumbat ratusan lagu dalam tu. Cuma perlukan aksesori tambahan earphone sendiri, jenis sambungan bluetooth..
والاو باݢايمان ڤون, اكو تق دڠر لاݢو كتيك برجوݢيڠ. لبيه كڤد اكتيۏيتي سنتاي سهاج
#4 Bateri boleh tahan - mungkin tak sebaik jam tradisional dengan potensi bateri yang bertahun lamanya, sebab smartwatch ini hanya bertahan selama 5 hari penggunaan biasa (Jam, bluetooth dengan smartphone, kira langkah, jam pengera activity tracker). Maksudnya kalau pergi trip berkhemah atau balik kampung jangka pendek masih memadai. Kalau penggunaan yang lebih agresif, mungkin akan makan bateri lebih cepat lagi. Namun, jam ini boleh dicas melalui pengecas (charger) jenis USB-c. (macam telefon pintar juga)
#5 Pengesan aktiviti (activity tracker). Termasuk dalam objektif asal aku memilih jam ini ialah dapat mengesan aktiviti. Antara dalam senarai aktiviti ialah jogging, jalan santai, berbasikal, mendaki, larian treadmill, sukan tennis/bola sepak. Sepanjang sesi aktiviti akan dianalisa pelbagai parameter kecergasan. Terdapat fungsi GPS sendiri.
#6 Muka jam (facewatch) yang menarik & pelbagai.
Applikasi STRAVA ini ramai sedia maklum merupakan satu applikasi sosial larian. Pengguna berlari sambil pegang handphone (aktifkan mod larian), kemudian laluan larian akan dipetakan dalam applikasi serta dianalisa berkaitan kelajuan, tempoh masa, rentak dan lain-lain. Tapi applikasi ini sangat memerlukan penggunaan GPS (dan/atau internet), jadi telefon yang tidak mencapai keperluan tersebut akan memaparkan keputusan yang tidak tepat.
Tapi dengan kehadiran smartwatch ini, pengguna boleh lari hanya dengan jam. Data dan maklumat larian kemudian boleh dipindahkan ke dalam applikasi STRAVA untuk analisis
#8 Fungsi lain seperti mana jam digital yang biasa
كالاو سوده بوسن دڠن ساتو چورك, بوليه ڤيليه چورك يڠ لاءين ڤولا. جوݢ بوليه موات تورون لاݢي چورك٢ مناريق#7 Boleh selaraskan dengan applikasi STRAVA
Applikasi STRAVA ini ramai sedia maklum merupakan satu applikasi sosial larian. Pengguna berlari sambil pegang handphone (aktifkan mod larian), kemudian laluan larian akan dipetakan dalam applikasi serta dianalisa berkaitan kelajuan, tempoh masa, rentak dan lain-lain. Tapi applikasi ini sangat memerlukan penggunaan GPS (dan/atau internet), jadi telefon yang tidak mencapai keperluan tersebut akan memaparkan keputusan yang tidak tepat.
Tapi dengan kehadiran smartwatch ini, pengguna boleh lari hanya dengan jam. Data dan maklumat larian kemudian boleh dipindahkan ke dalam applikasi STRAVA untuk analisis
#8 Fungsi lain seperti mana jam digital yang biasa
- Kiraan masa (Timer)
- Jam detik (stopwatch)
- Jam pengera (alarm)
----
Harga asal : RM459
Fungsi utama (bagi aku)
- jam
- jam pengera bangun tidur
- pengesan aktiviti (terutamanya masa jogging)
- pengesan kecergasan (aku selalu tekankan sasaran 10,000 langkah)
- muzik (kadang-kadang saja)
Kekerapan : harian
Sasaran jangka hayat 'berbaloi' (W) (mengikut teori tersebut) ialah
W (bilangan kekerapan harian) x 5 (fungsi penggunaan) > 459
W > 459 / 5
W > 91 baki 4
= 92
Kesimpulannya jam tangan haruslah digunakan paling kurang 92 hari baru dianggap berbaloi. Dengan kata lain, kalau jam baru sebulan (~ 30 hari) dah hilang atau rosak atau dicuri, maka kesimpulannya aku telah membuat perbelanjaan yang tidak berbaloi.. Lebih kurang macam itulah..
"kena jaga & gunakan barang dengan baik..."
Ulasan