Cabaran 10,000 langkah

Baru-baru ni di tempat kerja, ada program baru dianjurkan untuk golongan staf. Antaranya program KOSPEN Plus..
"KOmuniti Sihat PErkasa Negara (KOSPEN) adalah satu program inisiatif yang telah dicetuskan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri S. Subramaniam pada Julai 2013 dalam usaha menangani masalah peningkatan bebanan Penyakit Tidak Berjangkit (Non Communicable Disease, NCD) di negara ini.. " - sumber laman web Infosihat.gov.my
Program KOSPEN disasarkan kepada semua golongan masyarakat bagi meningkatkan mutu kesihatan awam. Namun, tak dilupakan juga staf KKM juga masih perlu diberi penekanan untuk program ini juga. Maka "KOSPEN Plus" dilancarkan dalam golongan sesama staf KKM..
"Hendaknya staf KKM ni tidak la hanya pandai berbicara tentang gaya hidup sihat semata-mata. Mereka pun hendaklah merasa sendiri program tersebut, baru la duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi.."
Salah satu cabaran / usaha untuk meningkatkan mutu kesihatan awam ialah dengan berjalan 10,000 langkah (=6.7km) sehari!! ^-^ Maka aku pun cuba la menyahut cabaran tersebut..
"Kebetulan sejak awal tahun 2018, aku mula kira langkah sebab adanya smart watch step counter. Tulis dalam diary. Ada la terlintas untuk lebih aktif mencapai sasaran 10,000 langkah banyak-banyak. Tapi takde la begitu beriya sangat..




Namun sejak pendedahan aku kepada program KOSPEN Plus, aku bertambah bersemangat la juga. Mungkin disebabkan pengenalan tentang satu aplikasi smart phone serta reward system yang ada bersama..

Jom install App BookDoc di smartphone anda.. Aplikasi ini yang aku faham merupakan satu applikasi dari kategori perubatan. Yang mana ia:
  • Memberi maklumat dan info semasa berkenaan kesihatan (mudah difahami oleh warga bukan kesihatan)
  • Mengenal pasti klinik yang berhampiran. Fungsi ni bagus kalau sesuatu masa kita perlu mencari klinik yang berhampiran pada sesuatu ketika.
  • Menyediakan sistem hadiah (reward) atas usaha kita. App akan selaraskan dengan applikasi 'step counter' tertentu (macam Samsung Health, FitBit, Google Fit), dan memberi tawaran ganjaran yang sesuai dengan usaha kita. 


sumber email dari apps BookDoc
Nampaknya applikasi ni ada satu kolaborasi besar dengan pelbagai syarikat lain (macam Old Town White Coffee, KLIA express, Guardian Pharmacy, Aquaria, Brooks Outlet dll) di Malaysia.. 
Aku paling berminat dengan isi ketiga. Setidaknya ia membuatkan aku lebih bersemangat untuk lebih menyahut cabaran 10,000 langkah ni. Namun, hadiahnya hanya boleh didapati pada permulaan awal bulan. App ni akan mengambil nilai purata langkah selama sebulan penuh, kemudian barulah ia akan memberi tawaran hadiah yang bersesuaian.
" Jadi maksudnya kena konsisten jalan setiap hari.. ^-^ Maka insya-allah aku akan terus berusaha. Dulu zaman student pernah jogging bersama kawan-kawan.. 
Maka dengan sebab aku sekali lagi ingin cuba kembali aktif. Sekurang-kurangnya setiap bulan aku akan sertai program berlari/jalan anjuran mana-mana organisasi..


it is always good to do things together with partner whenever possible

Some other stream of thought
Kalau diimbau kisah silam aku, bukannya tak pernah berjalan jauh..
  • 2002-2003 (tingkatan 2-3)  : aku mula balik bermalam (sekolah asrama) secara berdikari. Berjalanlah dari sekolah/asrama ke stesen komuter Bank Negara --> seberang sungai --> tukar LRT Bandaraya --> LRT Cempaka --> jalan Sampai rumah
  • 2004-2005 (tingkatan 4-5) : SBPI Rawang pun sama. Aku dah mula balik sendiri.
  • 2006/2007 (matrikulasi): berjalan lagi dari kolej hostel ke dewan kuliah setiap hari. Jauh rupanya sebenarnya.
  • akhir 2012 (mula bekerja HKL): mula-mula kerja sini takde kereta lagi (seperti mana entri transport ke tempat kerja). Alhamdulillah dengan ilmu naik LRT aku boleh berkejar ke HKL 

15-20 minit berjalan lagi (entri 'bersenam')


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)