Holiday Island [Game PC]
"Game adalah pesaing SimCity satu masa dahulu dengan sedikit perbezaan unik.."
siapa ingat lagi cover CD ni |
Holiday Island [PC]
Holiday
Island adalah dari genre strategy (business simulation) yang
dihasilkan pada tahun 1996 oleh Moritz Baer, Niel Kokkelink & Rainer Michael dari satu syarikat Jerman (Germany) yang bernama
Sunflower Interactive Entertainment.
"Aku mula didedahkan kepada game ni mesti sejak ayah beli PC di rumah (tahun 1998), jadi mungkin pada tahun yang sama (1998) atau tahun depannya (1999), masa tu belum ada banyak lagi game yang hebat-hebat macam sekarang. Sekali sekala aku masih suka lagi game sebegini.."
Kalau nak main balik sekadar kenangan lama atau cuba-cuba (baru) maka aku sediakan hyperlink --> download (nota - sumber aku copy paste dari blog / laman orang lain The Collection Chamber)
"This custom installer exclusive to The Collection Chamber uses DOSBox running Microsoft Windows 3.1 to get the game working on modern systems. Tested on Windows 10. File Size: 236 Mb. Install Size: 390 Mb. Need help? Consult the Collection Chamber FAQ"-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam game ini pemain akan berperanan sebagai pemaju di kepulauan
tropika, yang berniat untuk membangunkan sebuah kepulauan percutian untuk menarik perhatian ramai pelancong.
Terdapat banyak bangunan rekreasi dan kemudahan yang boleh dibangunkan di pulau
ini..
main menu sebelum mula |
Pada main menu game, terdapat beberapa setting yang boleh ditetapkan oleh pemain.
- Name in-game
- Warna - sebagai perbandingan dengan pesaing lain (CPU) dalam peta/ graf prestasi
- Jenis pulau (sama ada: banyak-banyak kecil vs banyak sederhana vs satu pulau benua terus)
- Bilangan pesaing (CPU) serta tahap kesukaran (kehebatan mereka dalam merancang pembinaan)
- Keadaan pulau (banyak cerun atau landai) serta kewujudan sungai/terusan
(1)
Standard Game - yang mana tiada objektif spesifik. Pemaju (pemain) bebas untuk
membangunkan resort percutian mengikut cara tersendiri.
in game interface |
Game
dimulai pada tahun 1996 yang mana pilihan reka bentuk rumah/bangunan masih
sedikit dan terhad. Peta game akan direka secara rawak (tapi menerusi setting yang kita pilih). Wang permulaan pun terhad sangat dalam 2,000,000 lebih (itu pun pinjaman bank sebenarnya yang perlu kita bayar semula), maka dari situ pemain akan mula merancang pembinaan pulau percutian..
Terdapat banyak unit yang boleh dibina - Hotel, Rumah, Airport, Taman, Pusat Kereta, Rekreasi dll. Setiap unit (contoh Hotel) ada beberapa reka bentuk, kos and nilai keuntungan tersendiri.
"Salah satu ciri menarik game ini ialah bersifat sedikit realistik yang mana apabila bila bina bangunan, tapak tersebut tidak terus siap, sebaliknya akan ada tapak pembinaan terlebih dahulu untuk satu jangka masa (misalnya bina Cheap Hotel akan ambil masa 96 hari untuk siap.) Jadi kena menunggu sedikit"Jadi biasanya pemain akan excited nak bina kepelbagaian jenis unit bangunan. Ada yang nak bina rumah murah di satu kawasan, kemudian kawasan lain bina satu perumahan rumah mewah dan sebagainya..
Antara yang menarik adalah pemain boleh bebas bina apa saja (tertakluk pada kemampuan kewangan semasa), tapi jujurnya aku tak dapat tangkap sangat formula berjaya game ni. Misalnya bina hotel seunit begitu tak semestinya menjamin laku atau tidak, kena tambah dengan fasiliti lain (cuma tak tahu apa dia, sebab ada masa tambah macam-macam pun masih tak berubah, tiba-tiba tambah fasiliti kecil contoh bangku tiba-tiba jadi laku.. Dan formula ni bila ulang, jadi lain pula..).
"Cuma pada umur dewasa ini, aku lebih faham konsep jana keuntungan (iaitu pastikan pendapatan satu unit bangunan lebih dari kos bulanan --> kena manipulasi kadar cukai)"
Terdapat beberapa lagi pesaing lain yang akan membina pulau percutian mereka sendiri. Mereka akan rawak memilih pulau-pulau (ada yang jauh, ada yang ambil sama pulau dengan kita). Namun cara permainan mereka sangat sukar diduga.
"Bina hotel kat pinggir mana-mana entah (tak bersambung dengan jalan) pun misterinya mereka laku dan mendapat sambutan hangat (kod hijau). Yang mana bila aku tiru tapi tak berjaya macam mereka ^-^! pelik.. tapi tak apa la, yang penting main ikut gaya sendiri je.."
Semakin masa berlalu, lebih banyak pilihan unit bangunan
diperkenalkan melalui berita semasa. Juga dari semasa ke semasa, terdapat acara lelong tentang bangunan wonder of the
world macam (stonehedge, miss of the world, tennis stadium dll) yang diwartakan dalam berita semasa.
Namun, Wonder of the world adalah satu bentuk pelaburan high risk, high return. Kos pembelian secara lelong pun sangat mahal [dalam gandaan 1,000,000 untuk Stonehegde --> 2,000,000 untuk miss of the world contest dan seterusnya], kadang-kadang tak sempat kumpul duit pun sebelum berita/hari lelong tiba. Memang kalah la. Tapi walaupun berjaya menang lelong, baki duit akan tinggal sikit dan kemudiannya ada kos penyelenggaran lagi (kos/12 bulan) yang dibayar secara berbulan-bulan juga.. Mahunya jatuh berhutang jadinya..
Aku rasa masa ni la, ramai cenderung untuk guna cheat code >_<!
Tekan SHIFT+CTRL+ALT+G --> easy money (dapat duit banyak terus)
Tekan SHIFT+CTRL+ALT+G --> easy money (dapat duit banyak terus)
"Tapi aku jenis lebih suka berusaha sendiri. Bukan satu kepuasan kalau kejayaan didapati tanpa usaha dan penat lelah.. Kejayaan lebih manis & nikmat bila berusaha dan berjaya (sampai ke dunia nyata sekali pun, kita akan bertambah yakin menghadapi dunia)
(2) Scenarios - Pemain perlu mencapai objektif tertentu yang telah ditetapkan dalam suatu jangka masa. Biasanya scenarios ini digalakkan kepada pemain yang goal-oriented (maksudnya jenis yang main game yang ada matlamat / tak suka main secara terbuka & bebas). Kebanyakan scenarios telah pun menyediakan semua unit bangunan sejak awal permulaan game.
Antara scenarios yang diberi ialah:
- Money Maker - perlu jana 180,000,000 dalam masa 20 tahun
- Tourist Trap - perlu capai jumlah pelancong 10,000/sebulan dalam masa 20 tahun
- Monopolus - tamatkan usaha pesaing lain (CPU) dalam masa 20 tahun
- Green Island - dalam masa 20 tahun, perlu cipta satu syurga percutian (holiday paradise) yang mesra alam untuk 1000 pelancong
- Surfers Paradise - Tarik perhatian 4000 surfer air dalam masa 10 tahun
- Golden Island - Cipta pulau mewah yang eksklusif untuk 4,000 pelancong yang kaya, dalam masa 30 tahun
- Campers Dream - Tarik perhatian 5000 campers ke pulau percutian, dalam masa 15 tahun
- North Indies - Usaha untuk hubungkan pulau-pulau Mali, Tosh, Sly & Robbie menjadi satu kepulauan besar (benua)
- B & B Only - tanpa unit hotel untuk dibina, cuba baik mungkin dalam masa 25 tahun
- PR Wonders - Semua Wonder of the World telah tersedia, rancang pembinaan dalam masa 30 tahn untuk capai >80% pelawat
- Hurry Up (short game) - Semua unit bangunan tersedia, main selama 5 tahun dan lihat hasil
- Challenge (for pros) - Dalam masa 30 tahun, rebut lima bahagian terbaik pelancongan di pulau pesaing (CPU). Dalam mode ni, pesaing CPU dah pun bina resort tersendiri. Jadi pemain kena curi sebahagian dari pulau mereka dan rampas business..
Secara ringkasnya game ini memang addicting tapi jangka pendek (tak sampai berhari-hari atau lebih lamanya), pada masa mula bermain aku ingatkan main sekejap 30 minit macam tu, tapi sedar tak sedar boleh jadi berjam lamanya..
Best memang best, cuma bila sampai masanya dah dah bina semua jenis bangunan serta dah capai keuntungan secara berterusan, game akan jadi boring dan takde apa-apa lagi. Masa tu tunggu la lain kali kalau tiba-tiba terasa nak main semula..
Siri Game kenangan yang lain boleh didapati dari halaman ini --> Game (blog aku)
Siri Game kenangan yang lain boleh didapati dari halaman ini --> Game (blog aku)
Ulasan