Ujian personaliti (kawan-kawan)

Sambungan daripada entri terbaru ujian personaliti (sendiri), timbul satu persoalan lain;
"Agaknya aku dah pernah bersua/ berkawan dengan kawan-kawan dari pelbagai kumpulan personaliti ke belum?"
Sebab rasa ingin tahu, maka aku nak buat bancian sikit la. Setakat ni, hasil dapatan aku ialah;
[nota - aku dah set hyperlink setiap istilah personaliti ke website asal untuk maklumat lanjut, boleh klik untuk baca]

Diplomats - kalau tengok definisi dari kamus ialah individu yang berkemahiran untuk menangani situasi yang genting pada cara yang tidak menyakiti/menyinggung orang lain (CAMBRIDGE definition; a person who is skilled at dealing difficult situation in a way that does not offend people)

  • Advocate : Syed HSM (2018), Syazwan MN
  • Campaigner : Afiq S, Nasyitah Y, Azram Z
  • Protagonist : Naemah M, Luqman HB, Vinodhini
  • Mediator : Azahiri A, Hana As, Ronny D, Asyraf AW, Kamal Arifin
Analyst - dengan kamus yang sama ialah seseorang yang berperanan untuk mengkaji dan memeriksa sesuatu secara mendalam (CAMBRIDGE; a person whose job is to study or examine something in detail)
Explorer - maksudya seseorang yang mengembara ke tempat-tempat untuk mengetahui apa yang terdapat di sana (CAMBRIDGE; someone who travels to places to find out what is there)
Sentinel - bermaksud individu yang diarahkan untuk melindungi sesuatu (CAMBRIDGE lagi kata: a person employed to guard something)
  • Defender : Farahin AA, John YJP, Ali NHA, Ismail FR, Ehsan S, Aidil IA, Abg Chik, Abg Ngah
  • Consul : Farid As, Yusof A, Liyana H, Anis SH, Firdaus MN, Zahidah MH
  • Executive: Ernie N,
  • Logistician
"Masih banyak lagi kosong.. Kena terus banci/survey lagi kawan-kawan aku.. Gotta catch'em all.. ^-^!"
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ayat seterusnya sila role-play dengan nada pakcik tua yang bijaksana.. ^-^! advocates la katakan.. (tapi aku tak pandai ayat cara lama english, nanti la minta orang ajar)


"Though there are many of you (personality type) my friends, there is no good or bad persona. I do not hate or love any one more than the others. Neither i will look down on some of you nor look up on the others, as all of your deserve an equal respect. We are created by ALLAH s.w.t (God) in different colours (personalities) so that we will learn to value and appreciate each other. It is because of each other, our world has become more wonderful and colourful. Please know that.."

(versi terjemahan, ^-^! i'll do my best)

Walaupun, terdapat banyak dari kalanganmu (jenis personaliti) wahai sahabat, ketahuilah bahawa tidak ada baik atau jahatnya personaliti. Aku tidak membenci atau menyukai seseorang lebih daripada yang lain. Tidak juga aku akan pandang rendah pada segolongan atau menjulang tinggi segolongan lain, sedangkan kau semua berhak dihormati sama rata. Kita semua diciptak ALLAH s.w.t (Tuhan), dalam pelbagai warna (personaliti) agar kita akan belajar menghargai antara satu sama lain. (Hal) ini disebabkan kita semua, dunia ini menjadi lebih indah..  Ingatlah..

Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan. Kemudian kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah mereka yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti" (Surah Al-Hujurat 49:13)  - #entri jalinan
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nota - tidak ada keuntungan peribadi (personal gain) pun daripada bancian ini, malah aku hanya berharap kawan-kawan lebih mengenali diri (kekuatan/kelemahan) masing-masing dan persekitaran..

Namun demikian, aku hanya sekadar watak advocate, memang bukan kelebihan aku la nak approach  dan ajak-ajak orang direct suruh buat personaliti test.. Aku sedar aku bukan watak utama..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)