Trip Singapore 2018 (part 3)
Dari entri lalu - aku & isteri bercuti ke Singapura selama 3 hari 2 malam, setelah mendarat pagi hari. Kami bergerak menuju ke hotel untuk check in awal, tetapi tak berjaya. Maka kami jalan-jalan dulu di persekitaran di Bugis Street, Masjid Sultan, Kampung Glam dan juga makan tengah hari di Zam Zam Restoran..
"Akhirnya sampai masa check-in hotel (pukul 230petang). Dari seawal subuh dah bangun, berjalan suku hari di Singapore, maka kami pun kembali ke hotel dan berehat sementara.." - part 2
--------------------------------------------part 3 mula----------------------------------------------------------
Dah sampai masa untuk tengok bilik hotel..
5# Hotel Nuve Urbane
Terdapat juga hotel dari kumpulan yang sama: Hotel NuVe, Hotel NuVe HERITAGE , Hotel NuVe URBANE, tapi dibandingkan ketiga-tiga hotel ni, nampaknya NuVE URBANE mempunyai fasiliti yang optimum
"Masa check in berlaku sedikit konflik. Seperti mana yang tertera dalam slip tempahan, tetamu perlu membayar deposit SG$100 (walaupun dah selesai bayar online) untuk menginap di hotel ni. Masa ni la, aku bermasalah sebab tak aktifkan kad debit CIMB. Rejected! Tukar ke kad debit MAYBANK pun rejected! akhir sekali aku guna kad kredit MAYBANK baru lepas. Kalau tak lepas juga, gamaknya aku kena deposit tunai je la.. Aku diberitahu, deposit akan dipulangkan semula secara online tapi tempoh urusan perlu ambil 1-2 minggu..""Berbuih isteri aku dok nasihat suruh aktifkan kad debit tersebut.."
Sementara itu, bilik hotel adalah seperti gambar rajah. Tak besar sangat, tapi ada ruang untuk (bentang sejadah dan) solat, katil selesa, aircond sejuk, bilik mandi shower yang disediakan kit toileteries. sangat selesa. Dan juga disediakan mini bar dalam bilik sebagai pelengkap berupa (2 snek oreo, 2 bungkus snek kacang). Dalam peti sejuk ada 4 tin air bikarbonat. Aku tanya pada meja reception, adakah makanan dalam bilik perlu dibayar, namun jawapannya tidak. Semua dah termasuk dalam bayaran tempahan ^-^ Yay!
Tapi masa kami datang tak available pulak. Takpe la, dapat wifi pun dah cukup dah..
Antara lain, di lobi hotel disediakan refreshment berupa air manis, biskut dan keropok untuk tetamu hotel.
"Kalau penat-penat balik dari berjalan dapat singgah minum sebelum naik bilik memang nikmat~"Sepatutnya ada restaurant tapi masa kami datang mereka tengah renovate di lobi, jadi separuh bahagian ditutup.
Kebetulan bilik kami (504) di tingkat 5, jadi naik tingkat 5 baru la perasan ada kolam renang kat sini rupanya. Kolam renang takde la besar mana (tapi yang menariknya ada bahagian lantai dibina daripada kaca lutsinar, jadi boleh tengok sampai bawah) ^-^! Tapi kami tak berenang sebab nak jalan-jalan.. Di sekeliling kolam renang ada beberapa pondok untuk bersantai..
ada bilik yang mempunyai pintu belakang terus ke kolam renang. Bestnya. |
--------------------------------------------------sambung aktiviti----------------------------------------------------
Jadi kami rehat dulu, tidur sekejap. Dekat-dekat pukul 5petang, kami bangun dan pergi ke destinasi seterusnya.. (part 4)
Ulasan