Trip Singapore 2018 (part 1)

sebelum ni dari prolog, aku rancang satu percutian 3 hari 2 malam ke Singapura. Jadi ada beberapa persediaan rapi yang perlu dilakukan agar kembara ini berjalan lancar, termasuklah passport, duit tukaran, roaming, tiket, bekalan sikit dan lain-lain..
"Ok, kalau persediaan dah siap, jomlah kita mula.."
----------------------------------------------part 1 mulai--------------------------------------------------------

Untuk banyakkan masa di Singapore, sengaja aku memilih flight awal pagi dari Kuching (KCH).

masih gelap lagi latar belakang
Hendaknya mendarat di Singapura SIN, nanti ada masa lebih untuk jalan-jalan. Jadi flight kami pukul 7pagi. Selalunya penerbangan antarabangsa kena daftar masuk (check-in) awal 3 jam, tapi sekarang ni ada kemudahan web check-in & mobile check-in, urusan check in boleh dilakukan dalam 14 hari sebelum hari berlepas.
Cuma kalau nak check-in beg luggage masih kena datang awal 3 jam. Kami takde beg luggage jadi tak risau sangat..
Dah nak masuk flight, ada pula last beg check (yang masuk dalam mesin) sambil periksa badan. Aku diberitahu bahawa tak boleh bawa sebarang cecair dalam kuantiti >100ml. Semua kena buang dulu baru dapat lepas.
"Maka ruginya aku beli botol mineral 500ml x2. Walaupun tak buka pun tak boleh.. Maka tinggal la kat checkpoint sana. Jadi mesej bawa pulang, jangan bawa bekal air pun"
Kami sambung berlepas macam biasa. Perjalanan lebih kurang 2 jam. Sementara dalam flight, Pramugari akan berikan satu slip imigresen Singapura (biasanya negara ARRIVAL), untuk diisi dan diserahkan ke kaunter imigresen lepas mendarat nanti.

isi siap-siap sebelum landing
Antara butiran yang perlu diisi dalam slip ini ialah nama, IC, warganegara, nombor passport, dan alamat tinggal di Singapore ^-^ nasib baik ada print slip tempahan hotel, jadi senang nak isi..

Dah sampai airport, dah lepas imegresen. Kami mendarat di Terminal 4 (T4) rupanya. Aku rasa ada sejumlah 4 buah terminal semuanya, untuk pelbagai destinasi dan syarikat penerbangan. Jadi untuk sampai ke bandar, aku perlu transit ke Terminal (T2), sebab di T2 ada stesen MRT. Alhamdulillah ada perkhidmatan shuttle bas antara terminal tanpa bayaran (free)..

Sampai di T2, kami pun bergerak menuju ke stesen MRT [CG1 Changi]. Yang menariknya semua MRT di Singapura ada pelbagai stesen dan laluan. Namun, setiap satu laluan ada (banyak) stesen pertukaran sendiri. Tapi tak biasa dengan peta Singapura, kena rajin-rajin tengok peta serta tanya sekeliling



-----------------------------------------------Get around Singapore-----------------------------------------------

Ada beberapa cara untuk bergerak pusing-pusing di Singapura: Antaranya;



1) tren MRT/ LRT 
 kalau tengok peta ni, jaringan MRT memang menyeluruh di Singapura. Jadi boleh pergi mana-mana je dengan MRT. Terdapat dua jenis tiket tren yang perlu dipilih:
  • Tourist pass ticket yang boleh digunakan tanpa had. Yang bestnya satu pass ini boleh digunakan untuk semua bas awam Singapura, LRT & MRT. Harga yang ditawarkan ialah SG$10 (sehari), SG$16 (2 hari) SG$20 (3hari). Namun, perlu membayar tambahan deposit SG$10 untuk setiap satu pass
"Aku dan isteri ada sedikit berat hati apabila ada tambahan deposit. Sebab duit belanja kami hanya berjumlah SG$300. Jadi kalau beli pass 3hari ni, seorang kena bayar SG$20+10(deposit), lepas itu darab 2 orang. Kalau dah beli tiket ni baki yang tinggal ialah SG$240 (+20 deposit yang hanya boleh dapat semula ketika pulang)
  • Standard ticket - beli bila perlu membuat perjalanan. Satu ciri menarik tiket ini ialah satu tiket boleh digunakan sampai 6 kali trip perjalanan (perlu tambah nilai). Deposit $0.10 akan dikenakan untuk pembelian trip pertama (maksudnya harga asal tiket akan +$0.10 = jumlah yang perlu dibayar). Namun, deposit ini akan dikembalikan ketika pembelian trip ke-3 (maksudnya apabila beli tiket untuk trip ketiga, jumlah yang perlu dibayar = harga asal tiket akan -$0.10). Tambahan lagi, pada trip yang ke-6 (last trip), harga tiket akan diberikan diskaun $0.10. Lepas trip ke-6, tiket ini tidak boleh digunakan lagi. Perlu beli baru.
Oh ya, mesin tiket tidak menerima wang nilai besar. Paling SG$5 sahaja yang diterima. Jadi kalau nak mula kembara dengan SG$50 kena pecahkan dulu kat mana-mana kedai..

2) Jalan kaki ^-^! ni kalau dah sampai bandar nanti la. Jarak antara stesen tak begitu jauh pun. Misalnya di hotel aku ada 3 stesen tren yang berbeza, semuanya cuma jalan kaki. Disebabkan aku dan isteri memang nak jalan-jalan, setiap jalan nak tengok benda & ambil gambar jadi memang kaki selalu jalan kaki


3) Basikal - macam di KL, terdapat basikal yang disediakan untuk penggunaan di Singapura. Antaranya dari apps Obike, MoBike, Ofo. Jadi kalau nak guna basikal, kena daftar melalui apps masing-masing sebelum dapat gunakan basikal tersebut. Basikal itu dikunci secara digital ^-^!
Nota - penggunaan basikal ini adalah berbayar [bayaran dibuat dalam apps masing-masing].
"Aku dah cuba bawa basikal oBike, bawa 4 minit pun kena charge RM1.47 ^-^! Sayangnya, dulu aku dapat reward apps Bookdoc: free oBike ride 10 minit x16 kali tapi aku tak redeem pula.."
4) Teksi - Macam di Malaysia, sini ada applikasi GrabCar serta teksi "Comfort Delgro". Tapi aku tak explore sebab rasa macam mahal

5) Bas - yang ni pun aku tak explore jadi tak dapat nak komen sangat

Bas ni jenis yang terbuka di tingkat atas. Pelancong seronok duduk atas

--------------------------------------------sambung cerita pengalaman---------------------------------------------
"Pembelian tiket tren adalah melalui mesin, jadi kena sediakan duit kecil siap-siap. Oleh kerana kami takde duit kecil, terpaksa la beli air di restoran airport untuk dapatkan baki wang kecil dahulu. Kami makan bekal nugget goreng isteri masak dari rumah. Isteri juga ada bawa bekal nasi goreng.."
Jadi kami naik tren menuju ke hotel terlebih dahulu..

Oh ya, negara Singapura terletak di lebih hampir di garisan khatulistiwa (equator), jadi sila jangkakan cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun ^-^! takdenya suasana sejuk bersalji. Oleh sebab itu, kena pakai pakaian ala summer dan ringan sebab akan banyak berpeluh (lagi-lagi kalau banyak berjalan di luar)

Harap-harap dapat check in awal. Kalau berdasarkan peta tren, stesen CG1 Changi turun di EW3 Tanah Puteh kemudian tukar tren naik ke destinasi EW13 Bugis. Lepas tu berjalan sikit cari hotel.
"Ingatkan boleh check in awal, tapi bilik masih tak available lagi ^-^! jadi kami tinggalkan beg dalam jagaan hotel supaya lebih mudah bergerak.."
Dari hotel, kami berjalan sikit. Kebetulan ada reunion kawan PJHUS aku yang lain buat di Singapura (kebetulan tinggal di hotel berdekatan), jadi aku ingat saja la tengok hotel kawan ni dan cakap "Hi" ke atau apa-apa. Alhamdulillah dapat jumpa di Singapura.

ikut jam dari kanan: Izyan, Nasyitah, Naemah, Farahin, Syed, Alis, Laili
Kemudian kami berpisah dan bergerak jalan menuju ke destinasi pertama.. (sambung next entri part 2)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)